Friday, October 28, 2011

EPL

Arsenal
Wolves, West Brom dan Wigan berminat meminjam khidmat Chuks Aneke, sementara Wenger pula mahu dia mendapatkan pengalaman dalam skuad utama.

Aston Villa
Pengurus Aston Villa, Alex McLeish yang pertahankan bentesan Hutton terhadap Long, beri amaran bahawa bolasepak boleh hilang sifa fizikalnya.

Blackburn
Steve Kean berharap kemaraan dalam Piala Carling telah menutup mulut pengkritik, tetapi akui Blackburn perlu pastikan gawang tidak dibolosi.

Bolton
Pengurus Bolton, Owen Coyle mengaku pemain pertahanan, Dedryck Boyata berkemungkinan besar tidak boleh menentang Swansea kerana cedera kaki.

Chelsea
Pengurus Swansea City, Brendan Rodgers mengesahkan hasratnya untuk mengambil Josh McEachran, jika Chelsea sanggup meminjamkannya Januari ini.

Everton
Pengurus Tranmere Rovers, Les Parry gembira setelah kelabnya melanjutkan kontrak peminjaman pemain Everton, Jose Baxter untuk satu bulan lagi.

Fulham
Fulham mengesahkan yang Aaron Hughes tidak dapat bermain selama dua minggu, sementara Philippe Senderos untuk tidak dapat turun minggu ini.

Liverpool
Pengurus Liverpool, Kenny Dalglish percaya insiden antara Woodgate dan Luis Suarez membuktikan bahawa penyerang itu tidak suka jatuhkan diri.

Manchester City
Pemilik kelab Udinese, Giampaolo Pozzo dakwa bahawa Alexis Sanchez telah menolak tawaran daripada Manchester City untuk menyertai Barcelona.

Manchester United
Bintang Juventus, Milos Krasic berbesar hati setelah dikaitkan dengan Man Utd, tetapi dia tiada maklumat mengenai perpindahan bulan Januari.

Newcastle United
Fabricio Coloccini gembira dengan sokongan pengikut Newcastle ketika di Blackburn dan harap dapat membalasnya dengan kemenangan ke atas Stoke.

Norwich City
Pengurus Norwich, Paul Lambert gembira dengan persembahan para pemain barunya yang tidak ternama, dan yakin mereka akan menjadi semakin bagus.

Queens Park Rangers
Pemain tengah Maghribi, Adel Taarabt mengaku gembira dikaitkan dengan kelab seperti Napoli, tetapi menegaskan yang dia gembira berada di QPR.

Stoke City
Pengurus Stoke, Tony Pulis meyakinkan Mamady Sidibe bahawa kelab itu sekali lagi akan menanti sehingga penyerang itu pulih dari kecederaan.

Sunderland
Jack Colback percaya Darren Bent akan menjadi sasaran penyokong Sunderland minggu ini, tetapi menegaskan bahawa kelab itu sudah melupakannya.

Swansea City
Pengurus Swansea City, Brendan Rodgers mengesahkan hasratnya untuk mengambil Josh McEachran, jika Chelsea sanggup meminjamkannya Januari ini.

Tottenham
Penyerang Tottenham, Roman Pavlyuchenko yakin pengurus, Harry Redknapp tidak akan memilihnya dan menegaskan bahawa situasi itu perlu berubah.

West Brom
Pengurus West Brom, Roy Hodgson gesa penyerang, Simon Cox untuk mempergunakan sepenuhnya peluang yang ada sementara Shane Long masih cedera.

Wigan Athletic
Roberto Martinez yakin Wigan hanya perlukan satu keputusan baik untuk mengubah nasib kempen mereka, dan mensasarkan kemenangan ke atas Fulham.

Wolverhampton
Wolves, West Brom dan Wigan berminat meminjam khidmat Chuks Aneke, sementara Wenger pula mahu dia mendapatkan pengalaman dalam skuad utama.

No comments:

Post a Comment