Saturday, October 29, 2011

La Liga

Athletic Bilbao
Marcelo Bielsa beri amaran kepada Bilbao supaya jangan sambil lewa atau terlalu yakin dengan rekod 7 perlawanan tanpa kalah bertemu Atletico.

Atletico Madrid
Pemain tengah Atletico, Gani tegaskan bahawa pengurus, Gregorio Manzano tidak boleh dipersalahkan kerana bukan dia yang bermain di atas padang.

Barcelona
Lionel Messi memuji Barcelona kerana membelasah Mallorca dan nafi dia dilanda krisis walaupun gagal menjaringkan gol dalam tiga perlawanan.

Espanyol
Pengurus Espanyol, Pochettino ramalkan laluan sukar menentang Malaga yang mempunyai pengalaman yang diperlukan untuk mengatasi kemerosotan.

Getafe
Sofiane Feghouli jaringkan golnya yang kedua dalam La Liga untuk Getafe tewas di tempat lawan buat kali keempat setelah menentang Valencia.

Granada
Fabri Gonzalez beri amaran kepada Granada untuk mendekati perlawanan menentang Sevilla dengan kesungguhan serta rentak, jika tidak mahu tewas.

Levante
Kapten Levante, Sergio Ballesteros berkata walaupun skuadnya kini mendahului carta, La Liga masih menjadi milik Barcelona dan Real Madrid.

Malaga
Pengurus Malaga, Manuel Pellegrini enggan menuding jari ke arah pemainnya kerana sempadan pemisah di antara menang dan tewas adalah tipis.

Osasuna
Pengurus Osasuna, Mendilibar mengaku Levante adalah skuad terbaik ketika ini kerana memiliki mata terbanyak dan ide jelas mengenai permainan.

Racing Santander
Pengurus Racing, Cuper mengaku tidak bersalah setelah dia dilapor akan disoal-siasat mengenai penglibatannya dalam kes menentukan perlawanan.

Rayo Vallecano
Bruno Llido jaringkan golnya yang pertama dalam La Liga untuk Rayo tewas di tempat lawan buat kali yang kedua setelah menentang Villarreal.

Real Betis
Pengurus, Pepe Mel berkata kemerosotan Betis ketika ini berlaku kerana masalah kecederaan yang melanda, bukannya kerana isu psikologi pemain.

Real Madrid
Gonzalo Higuain jaringkan golnya yang ke-10 dalam La Liga untuk Real Madrid menang di tempat lawan buat kali ke-4 setelah bertemu Sociedad.

Real Mallorca
Lionel Messi jaringkan golnya yang ke-13 dalam La Liga untuk Mallorca tewas di tempat lawan buat kali yang ke-3 setelah menentang Barcelona.

Real Sociedad
Gonzalo Higuain jaringkan golnya yang ke-10 dalam La Liga untuk Sociedad tewas di tempat sendiri buat kali ke-2 setelah bertemu Real Madrid.

Real Zaragoza
Javier Aguirre mahu Real Zaragoza memperbaiki prestasi serangan secara berkumpulan dan mengaku mereka kehilangan momentum dari segi keputusan.

Sevilla
Sevilla mengesahkan bahawa otot penyerang, Alvaro Negredo tidak terkoyak, akan tetapi dia tidak dapat menyertai skuad untuk menentang Granada.

Sporting Gijon
Pengurus, Manolo Preciado yakin mengenai peluang Sporting Gijon untuk menewaskan Bilbao - pasukan terbaik di belakang Madrid dan Barcelona.

Valencia
Sofiane Feghouli jaringkan golnya yang kedua dalam La Liga untuk Valencia menang di tempat sendiri buat kali keempat setelah menentang Getafe.

Villarreal
Bruno Llido jaringkan golnya yang pertama dalam La Liga untuk Villarreal menang di tempat sendiri buat kali yang kedua setelah menentang Rayo.

No comments:

Post a Comment