Arsenal
Bayern Munich dilapor sedang mendahului saingan untuk kapten Arsenal, Robin Van Persie dan sedang menyediakan tawaran GBP20 juta untuknya.
Aston Villa
Pengurus Aston Villa, Alex McLeish ramal Darren Bent mampu menangani sambutan dingin penonton di Sunderland dan 'melukakan' kelab lamanya.
Blackburn
Pemain Blackburn, Jason Lowe mengaku teringin mewakili Great Britain di kejohanan Olimpik, tetapi ketika ini fokusnya hanya pada Blackburn.
Bolton
Pengurus Bolton, Owen Coyle mengesahkan bahawa Dedryck Boyata tidak dapat beraksi selama enam minggu kerana mengalami kecederaan ligamen kaki.
Chelsea
John Terry dijangka akan turun menentang Arsenal setelah Andre Villas-Boas menegaskan yang dia tidak bimbang mengenai keadaan minda kaptennya.
Everton
Pemain Everton, Sylvain Distin mahu mengambil kesempatan ke atas tumpuan Man Utd yang mungkin terjejas selepas dibelasah oleh jiran, Man City.
Fulham
Pengurus Fulham, Martin Jol berkata David Stockdale tidak dijual, sementara kelab itu bakal buka rundingan kontrak baru dengan Zdenek Grygera.
Liverpool
Pengurus West Brom, Roy Hodgson percaya bahawa Liverpool kini menghadapi tekanan untuk menyertai Liga Juara-juara setelah berbelanja besar.
Manchester City
Manchester City bersetuju meminjamkan Abdul Razak kepada Portsmouth selama sebulan supaya dia boleh menimba pengalaman di dalam skuad utama.
Manchester United
Sir Alex Ferguson ramal Wayne Rooney akan menepis layanan buruk daripada penyokong Everton dan memastikan Manchester United bangun semula.
Newcastle United
Pemain pertahanan Newcastle, Steven Taylor dibenarkan turun menentang Stoke City, tetapi dia akan memakai topeng untuk hidungnya yang patah.
Norwich City
Pengurus, Paul Lambert menegaskan bahawa adalah suatu kesilapan untuk menganggap Norwich boleh menewaskan kelab corot, Blackburn dengan mudah.
Queens Park Rangers
Danny Gabbidon dan Armand Traore mungkin boleh menyertai kunjungan QPR ke Tottenham setelah mereka kembali menjalani latihan pada hari Jumaat.
Stoke City
Asmir Begovic menyediakan dirinya untuk menghadapi cabaran terbesar Stoke pada musim ini, menjelang kunjungan Newcastle Utd pada hari Isnin.
Sunderland
Pengurus, Steve Bruce sedar bahawa bulan hadapan adalah fasa yang penting dalam kempen Sunderland dalam usaha mereka keluar dari 'zon bahaya'.
Swansea City
Pemain pertahanan Swansea, Neil Taylor mengaku keputusan seri minggu lalu bagaikan suatu kekalahan, tetapi berkata mereka telah melupakannya.
Tottenham
Harry Redknapp bersimpati dengan Jermain Defoe, tetapi yakin dia akan tunjukkan reaksi yang betul selepas kehilangan tempat dalam skuad Spurs.
West Brom
Pengurus West Brom, Roy Hodgson tiada masalah keputusan Republik Ireland memanggil Shane Long yang masih cedera untuk menyertai skuad mereka.
Wigan Athletic
Roberto Martinez mahu pemain Wigan menewaskan Fulham sebagai ganjaran kepada penyokong yang masih setia sepanjang beberapa bulan yang sukar.
Wolverhampton
Jamie O'Hara sedar Wolves tidak boleh mengulangi kesilapan Rabu lalu bila mereka menentang Manchester City buat kali kedua dalam masa 3 hari.
No comments:
Post a Comment