Monday, October 31, 2011

Serie A 2011/11/1

AC Milan
Milan akan membawa remaja, Simone Andrea Ganz untuk hadapi BATE kerana hanya dua orang penyerang, Ibrahimovic dan Robinho yang boleh bermain.

AS Roma
Walter Sabatini menegaskan bahawa pengurus Roma, Luis Enrique telah memenuhi ekspektasi kelab itu, walaupun sekali lagi tewas dalam Serie A.

Atalanta
Stefano Colantuono berharap kekalahan kepada Bologna telah mengajar Atalanta bahawa perlawanan boleh berubah dalam masa beberapa minit sahaja.

Bologna
Juventus sedang memerhatikan pemain Bologna, Gaston Ramirez dalam usaha mereka membawa masuk darah baru di dalam pasaran musim sejuk nanti.

Cagliari
Albin Ekdal percaya pertemuan dengan Lazio pasti menghasilkan keputusan yang berbeza jika Cagliari telah menjaringkan gol pada babak pertama.

Catania
Presiden, Antonino Pulvirenti beri amaran kepada Catania bahawa AC Milan tetap sukar untuk ditangani walaupun ketiadaan beberapa pemain utama.

Cesena
Cesena telah memecat pengurus, Marco Giampaolo kerana kelab itu masih lagi berada di dasar liga dengan tiga mata daripada sembilan perlawanan.

Chievo
Kapten Chievo, Sergio Pellissier beri amaran kepada pasukannya bahawa Serie A amat seimbang dan kesilapan kecil mampu menyebabkan kekalahan.

Fiorentina
Fiorentina mengesahkan yang pemain tengah, Stevan Jovetic telah menandatangani kontrak baru untuk kekal di kelab itu sehingga bulan June 2016.

Genoa
Genoa dilapor mungkin sekali akan cuba mendapatkan penyerang Fiorentina, Alberto Gilardino bila pasaran musim sejuk dibuka pada bulan Januari.

Inter Milan
Andrea Ranocchia mengaku segalanya serba tidak menjadi buat Inter, tetapi yakin mereka masih mampu bersaing merebut Scudetto pada musim ini.

Juventus
Juventus sedang perhatikan pemain Bologna, Gaston Ramirez dan Josip Ilicic dari Palermo dengan niat untuk mengambil mereka pada bulan Januari.

Lazio
Pengurus Lazio, Edy Reja percaya rekod mereka di tempat lawan adalah lebih bagus kerana pihak lawan lebih suka bertahan di Stadio Olimpico.

Lecce
Rodney Strasser percaya Lecce hanya tidak bernasib baik gagal tewaskan Novara kerana mereka mempunyai 4 peluang baik untuk menjaringkan gol.

Napoli
Lorenzo Insigne akan dibenarkan mencapai kematangan di Pescara pada musim ini dan bukannya kembali ke kelab induk, Napoli pada bulan Januari.

Novara
Pengurus, Attilio Tesser menyesal Novara hanya mampu mendapat satu mata pada hari Ahad kerana dia percaya Lecce tidak berhak berkongsi mata.

Palermo
Juventus sedang perhatikan pemain tengah Palermo, Josip Ilicic dalam usaha mereka membawa masuk darah baru di dalam pasaran musim sejuk nanti.

Parma
Direktor sukan Parma, Pietro Leonardi beri amaran kepada pasukannya bahawa mereka perlu ubah sikap bila menentang kelab besar jika mahu maju.

Siena
Presiden Siena, Massimo Mezzaroma gembira mereka berjaya menewaskan Chievo dan memuji usaha pasukannya dalam mengubah situasi di kelab itu.

Udinese
Direktor Udinese, Fabrizio Larini menegaskan bahawa adalah penting untuk pemain muda mereka bermain dan menimba pengalaman di pentas Eropah.

No comments:

Post a Comment