Friday, October 28, 2011

Serie A

AC Milan
Pengurus AC Milan, Massimiliano Allegri percaya lawan mereka seterusnya, AS Roma mempunyai peluang untuk menjulang Scudetto pada musim ini.

AS Roma
Luis Enrique tidak sabar untuk melibat reaksi Roma ketika bertemu Milan, tetapi menegaskan bahawa dia tidak akan mengubah pendekatan skuadnya.

Atalanta
Atalanta mahu menang di tempat lawan buat kali ketiga bila mereka bertemu Bologna yang tidak mahu tewas buat kali ketiga dari lima perlawanan.

Bologna
Bologna tidak mahu tewas buat kali ketiga dari lima perlawanan bila menentang Atalanta yang mahu menang buat kali yang ketiga di tempat lawan.

Cagliari
Penjaga gol Cagliari, Michael Agazzi berkata dia tidak banyak beraksi ketika menentang Cesena kerana mekanisma pertahanan mereka berkesan.

Catania
Pengurus Catania, Vincenzo Montella mahu pasukannya menghasilkan persembahan yang bagus secara konsisten, menjelang pertemuan dengan Napoli.

Cesena
Cesena tidak mahu tewas di tempat lawan buat kali yang keempat bila menentang Parma yang mahu menang buat kali ketiga dari lima perlawanan.

Chievo
Chievo tidak mahu tewas buat kali ketiga berturut-turut bila mereka menentang Siena yang mahu menang di tempat sendiri buat kali yang ketiga.

Fiorentina
Fiorentina mahu menang buat kali pertama dari enam perlawanan bila menentang Genoa yang tidak mahu tewas di tempat lawan buat kali ketiga.

Genoa
Berita baik untuk pengurus Genoa, Malesani kerana Emiliano Moretti telah kembali menjalani latihan dan dijangka boleh menentang Fiorentina.

Inter Milan
Pengurus, Claudio Ranieri menegaskan bahawa Inter Milan masih boleh merebut Scudetto walaupun jika mereka gagal tewaskan Juventus malam ini.

Juventus
Pengurus Juventus, Antonio Conte masih anggap Inter sebagai pilihan utama malam ini kerana mereka telah mendominasi Serie A selama 5 tahun.

Lazio
Lazio dan Milan dilapor berminat dengan pemain tengah Porto, Fernando selepas agennya mengakui pemain dari Brazil itu mahu berpindah ke Itali.

Lecce
Lecce tidak mahu tewas di tempat sendiri buat kali kelima bila mereka menentang Novara yang mahu mengutip mata buat kali kedua berturut-turut.

Napoli
Christian Maggio berkata dia tidak bimbang mengenai penangguhan rundingan kontrak barunya di Napoli dan mendakwa ini adalah tahun terbaiknya.

Novara
Novara mahu mengutip mata buat kali kedua berturut-turut bila mereka menentang Lecce yang tidak mahu tewas di tempat sendiri buat kali kelima.

Palermo
Pemain Palermo, Mauricio Pinilla menegaskan bahawa Rosanero tidak pernah menghadapi krisis dan kedudukan mereka di dalam carta adalah bukti.

Parma
Parma mahu menang buat kali ketiga dari lima perlawanan bila mereka menentang Cesena yang tewas setiap kali mereka bermain di tempat lawan.

Siena
Pemain tengah, Gaetano D'Agostino menegaskan yang dia mahu menamatkan kerjayanya di Siena, selepas dia dilapor akan ke Sampdoria Januari ini.

Udinese
Direktor sukan, Fabrizio Larini nafikan spekulasi yang mengatakan Udinese telah bersetuju menjual Mehdi Benatia kepada PSG pada bulan Januari.

No comments:

Post a Comment