Monday, October 31, 2011

EPL 2011/11/1

{EAV_BLOG_VER:07f62623648c5421}

Arsenal
Arsene Wenger tegaskan bahawa Arsenal tidak bergantung kepada Robin van Persie seorang walaupun kedudukan kelab itu pulih bersama prestasinya.

Aston Villa
Kapten Aston Villa, Stiliyan Petrov mengaku Darren Bent amat terkejut dengan tahap cemuhan yang diterimanya daripada penyokong Sunderland.

Blackburn
Accrington berjaya meminjam khidmat penyerang muda Blackburn, Micah Evans selama sebulan, selepas gagal mengambilnya pada musim panas lalu.

Bolton
Pemain pertahanan, David Wheater mendedahkan bahawa Nigel Reo-Coker telah memarahi rakan sepasukannya selepas kekalahan Bolton di Swansea.

Chelsea
Pengurus, Andre Villas-Boas mengaku Chelsea telah melalui minggu yang teruk, tetapi menegaskan yang mereka masih mampu menjadi juara musim ini.

Everton
Pemain pertahanan Everton, John Heitinga mendakwa bahawa adalah lebih sukar untuk pasukannya merampas mata daripada kelab utama Liga Premier.

Fulham
Penyerang Fulham, Bobby Zamora mengaku dia perlu tingkatkan permainannya jika mahu mencuri perhatian Capello dan sertai skuad England semula.

Liverpool
Andy Carroll percaya dia berhak mengambil kembali tempatnya dalam skuad Liverpool dan berharap ia akan membantu dia menyertai skuad England.

Manchester City
Pengurus Manchester City, Roberto Mancini percaya Micah Richards boleh mencapai status lagenda di situ jika dia mengekalkan keyakinan diri.

Manchester United
Pemain Manchester United, Rafael da Silva yang tidak dapat beraksi sejak Ogos lalu, mungkin muncul semula ketika mereka menentang Sunderland.

Newcastle United
Demba Ba jaringkan golnya yang kelapan dalam Liga Premier untuk Newcastle menang di tempat lawan buat kali ketiga setelah menentang Stoke.

Norwich City
Pengurus Norwich, Paul Lambert memuji Grant Holt yang berani tampil ke hadapan dan mengambil penalti di hujung perlawanan menentang Blackburn.

Queens Park Rangers
Pemain pertahanan QPR, Anton Ferdinand umumkan yang benar-benar percaya dengan tindakan yang diambilnya berikutan kejadian menentang Chelsea.

Stoke City
Demba Ba jaringkan golnya yang kelapan dalam Liga Premier untuk Stoke tewas di tempat sendiri buat kali pertama setelah bertemu Newcastle.

Sunderland
Keiren Westwood bakal memulakan perlawanan Liga Premier buat pertama kali pada hujung minggu ini berikutan krisis penjaga gol di Sunderland.

Swansea City
Nathan Dyer percaya pengajaran yang diterima ketika Swansea menentang Wolves telah membantu mereka menghalang Bolton daripada bangun semula.

Tottenham
Harry Redknapp mengaku Tottenham sedang memerhatikan kemajuan James Forrest, akan tetapi mereka belum membuat tawaran untuk pemain Celtic itu.

West Brom
Pemain pertahanan West Brom, Paul Scharner menuduh bintang Liverpool, Luis Suarez menjatuhkan diri bagi mendapatkan penalti di The Hawthorns.

Wigan Athletic
Ben Watson mengaku adalah penting bagi Wigan mengutip mata dalam tiga perlawanan seterusnya jika mereka mahu keluar daripada dasar carta liga.

Wolverhampton
Jody Craddock akan tinggalkan bolasepak dan fokus perhatiannya pada kerjaya sebagai artis jika Wolves tidak menawarkan kontrak baru kepadanya.

No comments:

Post a Comment