Sunday, October 30, 2011

EPL

Arsenal
Arsene Wenger akan membuat tawaran pada bulan Januari untuk pemain Man City, Kolo Toure yang telah dibekukan dalam skuadnya di Stadium Etihad.

Aston Villa
Pemain tengah Newcastle, Yohan Cabaye mendedahkan bahawa dia pernah berpeluang menyertai Aston Vila sebelum dia berpindah ke St James Park.

Blackburn
Pengurus Blackburn, Steve Kean menegaskan bahawa banyak perkara positif yang boleh diambil daripada kegagalan mereka untuk menang di Norwich.

Bolton
Owen Coyle yakin bahawa Bolton adalah lebih bagus daripada yang ditunjukkan setakat ini dan dia akan cuba memperbetulkannya di dalam latihan.

Chelsea
Peminat Chelsea telah melabelkan Yossi Benayoun sebagai pembelot selepas dia memuji Arsenal kerana menang dalam kunjungan ke Stamford Bridge.

Everton
Pengurus Everton, David Moyes membayangkan yang dia mungkin membawa masuk penjaga gol baru selepas berpeluang menilai persembahan Jan Mucha.

Fulham
Mark Schwarzer berkata Fulham tidak gentar menerima kunjungan lawan berikutan rekod cemerlang mereka di Craven Cottage sepanjang 10 tahun ini.

Liverpool
Daniel Agger tetapkan matlamat bermain 200 perlawanan Liga Premier untuk Liverpool selepas muncul buat kali ke-100 ketika menentang West Brom.

Manchester City
Arsene Wenger akan membuat tawaran pada bulan Januari untuk pemain Man City, Kolo Toure yang telah dibekukan dalam skuadnya di Stadium Etihad.

Manchester United
Pemain Manchester United, Phil Jones percaya pasukannya kini lebih sukar ditangani setelah Nemanja Vidic kembali mengepalai pertahanan mereka.

Newcastle United
Pemain tengah Newcastle, Yohan Cabaye mendedahkan bahawa dia pernah berpeluang menyertai Aston Vila sebelum dia berpindah ke St James Park.

Norwich City
Pemain tengah Norwich, Bradley Johnson berpendapat bahawa semangat yang ditunjukkan ketika seri dengan Blackburn akan banyak membantu mereka.

Queens Park Rangers
Pengurus, Neil Warnock menegaskan bahawa siasatan pihak FA tiada impak terhadap persiapan atau persembahan QPR, walaupun tewas kepada Spurs.

Stoke City
Pengurus Stoke, Tony Pulis mengaku dia perlu berhati-hati ketika memilih pemain kerana mereka perlu sertai tiga perlawanan dalam tujuh hari.

Sunderland
Pengurus Sunderland, Steve Bruce percaya Connor Wickham hanya akan menjadi semakin bagus selepas menjaringkan gol dalam kemunculan penuhnya.

Swansea City
Danny Graham cabar Swansea tukarkan prestasi cemerlang di tempat sendiri kepada kemenangan di tempat lawan, menjelang kunjungan ke Liverpool.

Tottenham
Pengurus, Harry Redknapp mengaku Tottenham bahawa terpaksa bekerja keras, tetapi memuji persembahan keseluruhan mereka ketika menewaskan QPR.

West Brom
Billy Jones berkata West Brom sedar Luis Suarez pandai mencari penalti dan percaya mereka tidak bernasib baik menghadiahkan satu kepadanya.

Wigan Athletic
Roberto Martinez yakin Wigan boleh atasi kemerosotan prestasi ketika ini berikutan kejayaan mereka mengelakkan penyingkiran pada musim ini.

Wolverhampton
Pemain tengah Wolves, Stephen Hunt berkata dia percaya bahawa skuadnya telah bermain dengan baik untuk menimbulkan masalah terhadap Man City.

No comments:

Post a Comment