Saturday, October 29, 2011

EPL

Arsenal
Pengurus Arsenal, Arsene Wenger gembira melihat barisan serangannya menunjukkan aksi cemerlang di dalam kemenangan besar di Stamford Bridge.

Aston Villa
Alex McLeish mengaku Darren Bent mungkin dihantui kegagalannya menjaringkan gol pada minit ke-70 dalam keputusan Villa seri dengan Sunderland.

Blackburn
Pengurus Blackburn, Steve Kean akui keputusan seri di Norwich terasa bagaikan kekalahan, setelah Grant Holt jaringkan penalti di saat akhir.

Bolton
Pengurus Bolton, Owen Coyle merungut mengenai prestasi pengadil, Mark Clattenburg yang tidak konsisten dalam kekalahan mereka kepada Swansea.

Chelsea
Pengurus Chelsea, Andres Villas-Boas tegaskan bahawa fikiran kapten, John Terry tidak terganggu, berikutan kekalahan teruk di tangan Arsenal.

Everton
Pengurus Everton, David Moyes kecewa selepas tewas kepada Man Utd kerana dia percaya mereka berhak mendapatkan satu mata dari perlawanan itu.

Fulham
Pengurus, Martin Jol bersimpati dengan rakan sejawatnya, Roberto Martinez kerana Wigan tewas walaupun mendominasi perlawanan menentang Fulham.

Liverpool
Kenny Dalglish mengaku dia sudah kehabisan perkataan untuk memuji Luis Suarez yang cemerlang dalam kemenangan Liverpool ke atas West Brom.

Manchester City
Pengurus, Roberto Mancini mengalukan kemenangan penting bagi Manchester City yang berjaya mengharungi detik getir ketika menentang Wolves.

Manchester United
Pengurus Manchester Utd, Sir Alex Ferguson puas hati walaupun menang tipis ke atas Everton yang memberikan tentangan hebat di Goodison Park.

Newcastle United
Pengurus Newcastle, Alan Pardew menegaskan yang dia mahu mengekalkan Fabricio Coloccini di kelab itu, setelah dia dikaitkan dengan Liverpool.

Norwich City
Pengurus Norwich, Paul Lambert percaya pasukannya berhak seri dengan Blackburn dan memuji pemainnya kerana menunjukkan semangat juang mereka.

Queens Park Rangers
Harry Redknapp yakin Neil Warnock mampu bersaing dengannya untuk merebut jawatan pengurus pasukan England, berikutan pencapaiannya di QPR.

Stoke City
Penjaga gol Stoke, Asmir Begovic percaya pengurus Newcastle, Alan Pardew perlu dipuji di atas urusniaga yang dijalankannya di dalam pasaran.

Sunderland
Pengurus Sunderland, Steve Bruce mendedahkan yang penjaga gol, Simon Mignolet mengalami kecederaan muka yang serius ketika seri dengan Villa.

Swansea City
Pengurus, Brendan Rodgers gembira dengan cara Swansea menangani tekanan ketika bertemu skuad yang mantap, berikutan kemenangan ke atas Bolton.

Tottenham
Penjaga gol Tottenham, Heurelho Gomes mengaku dia sudah bersedia keluar dari White Hart Lane pada bulan Januari bagi mencari peluang bermain.

West Brom
Pengurus West Brom, Roy Hodgson tidak puas hati dengan penalti dalam kekalahan kepada Liverpool, tetapi akui aksi skuadnya tidak cukup bagus.

Wigan Athletic
Roberto Martinez puas hati dengan aksi pasukan Wigan ketika tewas kepada Fulham, tetapi mengkritik pengadil kerana tidak melindungi Diame.

Wolverhampton
Pengurus Wolves, Mick McCarthy enggan mengkritik Wayne Hennessey tetapi kecewa satu kesilapan telah menyebabkan mereka tewas kepada Man City.

No comments:

Post a Comment