Athletic Bilbao
Pemain tengah Athletic Bilbao, Mikel San Jose yakin skuadnya mempunyai pemain yang cukup untuk menangani krisis kecederaan mereka ketika ini.
Atletico Madrid
Pengurus Atletico, Gregorio Manzano anggap Oktober sebagai bulan hitam dan berharap kemenangan ke atas Zaragoza akan menjadi titik perubahan.
Barcelona
Direktor sukan Barcelona, Andoni Zubizarreta mengesahkan bahawa Alexis Sanchez boleh menyertai skuad mereka dalam kunjungan ke Victoria Plzen.
Espanyol
Pengurus, Mauricio Pochettino yakin Espanyol tidak sepatutnya tewas kepada Malaga, tetapi enggan gunakan kontroversi penalti sebagai alasan.
Getafe
Getafe berada di tempat ke-15 dalam carta Fairplay dengan 34 mata penalti setelah menerima 32 kad kuning dan satu kad merah pada musim ini.
Granada
Mikel Rico jaringkan golnya yang pertama dalam La Liga untuk Granada menang di tempat lawan buat kali yang pertama setelah menentang Sevilla.
Levante
Pengurus Levante, Juan Ignicio enggan menawarkan sebarang alasan selepas tewas kepada Osasuna, tetapi bangga dengan cara skuadnya bermain.
Malaga
Pengurus, Manuel Pellegrini gembira dengan kemenangan penting Ahad lalu kerana Malaga telah tewaskan skuad hebat yang bermain dengan baik.
Osasuna
Pengurus Osasuna, Jose Luis Mendilibar berkata pasukannya berjaya mengekalkan kelebihan gol mereka kerana Levante tidak biasa ketinggalan gol.
Racing Santander
Pengurus Racing, Hector Cuper tidak percaya perlawanan bola dimenangi oleh skuad yang lebih bernasib baik, berikutan kemenangan ke atas Betis.
Rayo Vallecano
Pemain tengah Rayo, Javi Fuego percaya pasukannya bermain dengan baik dalam La Liga kerana kedudukan mereka di dalam carta tidak pernah jatuh.
Real Betis
Pengurus, Pepe Mel percaya Betis tidak sepatutnya tewas kepada Racing kerana hanya nasib malang menghalang mereka daripada menjaringkan gol.
Real Madrid
Penyerang Real Madrid, Gonzalo Higuian gesa pasukannya supaya kekal bertenang dalam usaha mereka merampas gelaran juara daripada Barcelona.
Real Mallorca
Penyerang Mallorca, Emilio Nsue sedih tewas 5-0 kepada Barcelona, tetapi kekalahan 1-2 kepada pesaing utama, Gijon adalah jauh lebih pedih.
Real Sociedad
Sociedad berada di tempat ke-4 dalam carta Fairplay dengan 23 mata penalti setelah menerima 21 kad kuning dan satu kad merah pada musim ini.
Real Zaragoza
Pengurus Real Zaragoza, Javier Aguirre tiada rungutan selepas tewas kepada Atletico dan mengaku bahawa pasukannya gagal bermain dengan baik.
Sevilla
Mikel Rico jaringkan golnya yang pertama dalam La Liga untuk Sevilla tewas di tempat sendiri buat kali yang pertama setelah menentang Granada.
Sporting Gijon
Penyerang Sporting Gijon, Mate Bilic menegaskan bahawa dia tiada masalah di kelab itu dan mahu kekal di situ untuk tiga ke empat tahun lagi.
Valencia
Pengurus, Unai Emery belum mahu berfikir mengenai kemungkinan turun ke Liga Europa dan mahu Valencia memastikan kemenangan ke atas Leverkusen.
Villarreal
Pemain tengah Villarreal, Hernan Perez berkata isu kecederaan tidak akan menghalang mereka daripada mensasarkan kemenangan ke atas Man City.
No comments:
Post a Comment