AC Milan
Penyerang, Zlatan Ibrahimovic yang menjaringkan dua gol untuk Milan tewaskan Roma, menegaskan yang Rossoneri boleh jaringkan lebih banyak gol.
AS Roma
Pengurus Roma, Luis Enrique akui jurang antara pasukannya dengan Milan masih terlalu besar dan mereka langsung tidak berpeluang untuk menang.
Atalanta
Stefano Colantuono mengaku Atalanta semakin yakin selepas seri dengan Inter kerana ia buktikan mereka boleh bersaing dengan sesiapa sahaja.
Bologna
Stefano Pioli mahu Bologna menunjukkan peningkatan bila menentang Bologna dan mengaku pendekatan perlawanan akan menjadi penentu kemenangan.
Cagliari
Pengurus Cagliari, Massimo Ficcadenti puas hati dengan hasil skuadnya setakat ini dan yakin mereka mempunyai kualiti untuk menangani Lazio.
Catania
Vincenzo Montella belum puas hati walaupun Catania kini mempunyai mata yang sama banyak dengan Napoli berikutan kemenangan ke atas Partenopei.
Cesena
Pengurus Cesena, Marco Giampaolo sedar kunjungan ke Parma mungkin menentukan nasibnya dan mahu skuadnya supaya lebih efektif ketika menyerang.
Chievo
Pengurus, Domenico Di Carlo yakin Chievo boleh bangun daripada kekecewaan Rabu lalu, tetapi mahu mereka berwaspada dengan pertahanan Siena.
Fiorentina
Sinisa Mihajlovic mengaku dia malu dengan aksi Fiorentina ketika menentang Juventus, tetapi berharap dapat menebus diri bila bertemu Genoa.
Genoa
Pengurus Genoa, Alberto Malesani mendedahkan bahawa penyerang, Andrea Caracciolo telah digugurkan daripada pasukannya kerana masalah perut.
Inter Milan
Direktor, Gabriele Oriali mengaku Inter perlu mula berasa bimbang kerana mereka kini diancam jatuh ke zon bahaya selepas tewas kepada Juve.
Juventus
Pengurus, Antonio Conte mengaku kemenangan ke atas Inter Milan adalah satu langkah penting bagi Juventus dan memuji aksi cemerlang pasukannya.
Lazio
Edy Reja mengaku telah melalui waktu yang amat sukar ketika penyokong memprotes dan tidak menolak kemungkinan Lazio bersaing merebut Scudetto.
Lecce
Pengurus Lecce, Di Francesco memberitahu pemainnya bahawa mereka tiada pilihan selain menewaskan Novara dan gesa mereka supaya lebih berani.
Napoli
Pengurus Napoli, Walter Mazzarri kecewa tewas kepada Catania kerana berpendapat bahawa ia adalah aksi terbaik mereka ketika di tempat lawan.
Novara
Pengurus Novara, Attilio Tesser mengaku tidak akan mengubah skuadnya untuk menghadapi Lecce, setelah berulang kali terpaksa membuat rombakan.
Palermo
Presiden, Maurizio Zamparini percaya kesemua pengurus Palermo harus mendengar cakapnya kerana sudah 30 tahun dia terlibat dalam bolasepak.
Parma
Pengurus Parma, Franco Colomba tidak mahu pemainnya patah semangat walaupun tewas dua kali berturut-turut dan timbul pergaduhan dalam latihan.
Siena
Pengurus Siena, Giuseppe Sannino perlawanan menentang Chievo adalah peluang untuk menamatkan minggu yang penting dengan cara yang terbaik.
Udinese
Pengurus, Francesco Guidolin tidak terlalu kecewa rekod tanpa kalah Udinese sudah berakhir kerana mereka bukannya Milan, Juventus atau Napoli.
No comments:
Post a Comment