Friday, October 28, 2011

Serie A

AC Milan
Pengurus AC Milan, Massimiliano Allegri sanggup menunggu sehingga hujung musim ini sebelum dia menandatangani kontrak baru bersama Rossoneri.

AS Roma
Pengurus AS Roma, Luis Enrique gembira dengan dominasi Giallorossi ke atas Genoa dan percaya mereka sepatutnya telah menang perlawanan itu.

Atalanta
Pengurus Atalanta, Stefano Colantuono memuji prestasi cemerlang para pemainnya, berikutan keputusan seri dengan kelab besar Internazionale.

Bologna
Robert Acquafresca berkata kemenangan di Chievo yang menarik Bologna keluar dari zon bahaya, buktikan nilai pasukannya dan hasil kerja mereka.

Cagliari
Pemain pertahanan Cagliari, Michele Canini yang telah memberikan penalti kepada Cesena, menegaskan bahawa dia hanya cuba melindungi mukanya.

Catania
Pengurus Catania, Montella berkata dia mungkin telah ambil keputusan yang tepat keluar dari Roma, kerana dia pasti telah dipecat ketika ini.

Cesena
Pemain Cesena, Antonio Candreva beri sokongannya kepada pengurus, Giampaolo dan percaya kelab itu akan melakukan kesilapan jika memecatnya.

Chievo
Pengurus, Domenico Di Carlo mengaku Chievo telah dihukum oleh Bologna kerana gagal menyempurnakan tiga atau empat peluang pada babak pertama.

Fiorentina
Laporang mengatakan bahawa direktor sukan Fiorentina, Pantaleo Corvino juga diancam pemecatan jika kelab itu gagal menang hujung minggu ini.

Genoa
Alberto Malesani mengaku Genoa bernasib baik tewaskan AS Roma, terutamanya kerana Juraj Kucka jaringkan gol kemenangan menggunakan lututnya.

Inter Milan
Julio Cesar disahkan tidak dapat menyertai perlawanan menentang Juventus setelah penjaga gol Inter itu disahkan mengalami kecederaan paha.

Juventus
Sevilla sedang mempertimbangkan tawaran untuk pemain Juventus, Milos Krasic pada bulan Januari nanti kerana mereka perlukan pemain kreatif.

Lazio
Pemain tengah Lazio, Stefano Mauri tidak dapat bermain sehingga tahun 2012 setelah dia disahkan mengalami kecederaan berulang pada pahanya.

Lecce
Mauricio Pinilla jaringkan golnya yang kedua dalam Serie A untuk Lecce tewas di tempat lawan buat kali yang kedua setelah menentang Palermo.

Napoli
Ezequiel Lavezzi berasa lega jaringkan gol di San Paolo buat kali pertama sejak setahun lalu dan percaya Napoli kembali bermain gaya mereka.

Novara
Attilio Tesser berkata Novara akan bermula dari petak pertama pada hujung minggu ini, setelah mengkritik aksi mereka ketika menentang Siena.

Palermo
Mauricio Pinilla jaringkan golnya yang kedua dalam Serie A untuk Palermo menang di tempat sendiri buat kali keempat setelah menentang Lecce.

Parma
Pengurus Parma, Franco Colomba mengaku bahawa dua gol pantas Antonio Nocerino telah menjadi punca utama pasukannya tewas 4-1 kepada AC Milan.

Siena
Pertahanan Siena, Claudio Terzi tidak puas hati dengan ketidakmatangan pasukannya dan beri amaran bahawa mereka kini harus menewaskan Chievo.

Udinese
Pemilik kelab Udinese, Giampaolo Pozzo dakwa bahawa Alexis Sanchez telah menolak tawaran daripada Manchester City untuk menyertai Barcelona.

No comments:

Post a Comment