AC Milan
Zlatan Ibrahimovic jaringkan golnya yang ketiga dalam Liga Juara-juara untuk AC Milan seri kali kedua dalam kumpulan H setelah menentang BATE.
AS Roma
Bekas pengurus, Carlo Mazzone gesa supaya AS Roma diberi masa kerana mereka mempunyai skuad baru dan pengurus yang tiada pengalaman Serie A.
Atalanta
Simone Padoin kesal tidak dapat membantu Atalanta menentang Cagliari nanti dan mahu skuadnya mengumpulkan 20 mata sebelum tiba Hari Krismas.
Bologna
Agen Gaston Ramirez berkata pemain itu tidak akan berpindah ke Juventus Januari ini kerana Bologna enggan melepaskannya di pertengahan musim.
Cagliari
Pengurus Cagliari, Massimo Ficcadenti boleh menurunkan semula Daniele Conti serta Radja Nainggolan untuk perlawanan menentng Atalanta nanti.
Catania
Catania, Chievo dan Novara dilapor sedang memerhatikan perkembangan pemain Nocerina, Roberto di Maio dengan niat untuk membelinya Januari ini.
Cesena
Kelab tercorot, Cesena mempunyai pengurus yang baru selepas bekas pemain mereka, Daniele Arrigoni menandatangani kontrak sehingga Jun 2012.
Chievo
Chievo, Catania dan Novara dilapor sedang memerhatikan perkembangan pemain Nocerina, Roberto di Maio dengan niat untuk membelinya Januari ini.
Fiorentina
Laporan mengatakan bahawa Sinisa Mihajlovis belum lagi selamat di Fiorentina dan akan dipecat sekiranya mereka tewas kepada Chievo Ahad ini.
Genoa
Pemain pertahanan Genoa, Dario Dainelli yakin Grifone mempunyai kualiti dan kekuatan untuk catatkan keputusan baik menentang Inter minggu ini.
Inter Milan
Penyerang Inter, Diego Milito menegaskan bahawa Nerazzurri akan kembali menjadi kuasa kuat seperti ketika Samuel Eto'o masih berada di situ.
Juventus
Bekas pengurus Itali, Marcelo Lippi berkata Juventus kini mampu untuk merampas gelaran juara dengan adalahnya Andrea Pirlo dan stadium baru.
Lazio
Penyerang Lazio, Tommaso Rocchi mahu mengatasi rekod Giordano sebanyak 110 gol dan menegaskan bahawa dia tidak pernah mahu keluar dari situ.
Lecce
Pengurus Lecce, Eusebio Di Francesco dilapor akan berjuang untuk menyelamatkan kerjanya bila skuadnya menentang Cesena pada hujung minggu ini.
Napoli
Bekas penyerang Napoli, Roberto Sosa percaya Blerim Dzemaili dan Gokhan Inler akan memainkan peranan penting bila menentang Bayern Munich.
Novara
Novara, Chievo dan Catania dilapor sedang memerhatikan perkembangan pemain Nocerina, Roberto di Maio dengan niat untuk membelinya Januari ini.
Palermo
Penyerang Palermo, Abel Hernandez berkata dia tidak menentang Udinese sebagai langkah berjaga-jaga, tetapi kecederaannya sudah hampir pulih.
Parma
Franco Colomba berkata Parma akan sentiasa bersungguh-sungguh mencari kemenangan, tetapi matlamat mereka hanyalah untuk kekal dalam Serie A.
Siena
Presiden Siena, Massimo Mezzaroma masih yakin dengan Giuseppe Sannino dan mahu penyokong bersikap lebih realistik mengenai ekspektasi mereka.
Udinese
Pemain skuad Maghribi, Mehdi Benatia membayangkan bahawa dia mahu keluar dari Udinese dan menyertai Paris Saint-Germain pada hujung musim ini.
No comments:
Post a Comment