Monday, April 16, 2012

La Liga

Athletic Bilbao
Pengurus Bilbao, Marcelo Bielsa berharap pasukannya boleh mengutip mata sepanjang baki musim ini untuk melayakkan diri ke Liga Juara-juara.

Atletico Madrid
Radamel Falcao gesa Atletico Madrid supaya mensasarkan tempat setinggi yang mungkin di dalam liga, selepas membantu mereka menewaskan Rayo.

Barcelona
Pihak Barcelona dilapor berminat untuk mendapatkan pemain khidmat sayap kiri kelab Udinese, Pablo Armero di dalam pasaran musim panas nanti.

Espanyol
Pengurus Espanyol, Mauricio Pochettino berkata amat jelas yang pasukannya berhak menang ke atas Valencia dan menafikan kaitan dengan Los Che.

Getafe
Mehdi Lacen jaringkan golnya yang pertama dalam La Liga untuk Getafe menang di tempat sendiri buat kali kelapan setelah menentang Sevilla.

Granada
Pengurus, Abel Resino mengaku Granada tumpul ketika menyerang Zaragoza, tetapi kekalahan itu tidak akan menentukan nasib mereka musim ini.

Levante
Pemain tengah Levante, Valdo marah mengenai penalti yang diberikan kepada Barcelona dan menuduh Pep Guadiola memberi tekanan kepada pengadil.

Malaga
Pengurus Malaga kesal dengan mata yang terlepas ketika menentang Sociedad, tetapi menegaskan bahawa lawan mereka ada kelebihan rehat dua hari.

Osasuna
Pengurus Osasuna, Mendilibar merungut mengenai kad merah untuk Raul Garcia, tetapi percaya skuadnya telah bermain dengan baik pada babak kedua.

Racing Santander
Penolong pengurus Racing, Federico Castanos berkeras yang kelab itu masih boleh elakkan penyingkiran, walaupun selepas seri dengan Villarreal.

Rayo Vallecano
Pengurus, Sandoval percaya Rayo boleh berbangga dengan aksi ketika menentang Atletico dan yakin masa akan membuktikan mereka sudah selamat.

Real Betis
Pengurus Real Betis, Pepe Mel gembira dengan kemenangan ke atas Osasuna dan mahu skuadnya kekalkan prestasi supaya peminat boleh berasa bangga.

Real Madrid
Jose Mourinho berkata rekod Real Madrid menentang Bayern tidak bermakna dan percaya skuad Bavarian itu adalah pilihan utama di Allianz Arena.

Real Mallorca
Pengurus, Joaquin Caparros berkata perlawanan menentang Bilbao adalah sama seperti Valencia, tetapi kali ini Mallorca gagal menjaringkan gol.

Real Sociedad
Pengurus Real Sociedad, Philippe Montanier amat puas hati seri dengan Malaga, terutamanya kerana salah seorang pemainnya telah dibuang padang.

Real Zaragoza
Pengurus Real Zaragoza, Manolo Jimenez mengaku kemenangan ke atas Granada telah membenarkan pasukannya untuk terus berjuang menyelamatkan diri.

Sevilla
Mehdi Lacen jaringkan golnya yang pertama dalam La Liga untuk Sevilla tewas di tempat lawan buat kali yang ketujuh setelah menentang Getafe.

Sporting Gijon
Pengurus Sporting, Clemente menghadapi masalah pertahanan kerana Ivan Hernandez tidak dapat beraksi selama tiga minggu kerana otot terkoyak.

Valencia
Pengurus Valencia, Unai Emery mengaku Espanyol lebih bagus dari segi taktikal, fizikal dan psikologikal, berikutan kekalahan besar di Cornella.

Villarreal
Miguel Lotina mengaku kegagalan Villarreal memastikan kemenangan ke atas Racing pada babak kedua telah menyebabkan mereka kerugian dua mata.

Serie A

AC Milan
AC Milan dilapor akan menawarkan Robinho kepada Santos sebagai sebahagian pertukaran untuk penyerang, Paulo Henrique Ganso pada musim panas.

AS Roma
Pihak AS Roma dilapor mahu meminjam khidmat Simon Kjaer selama setahun lagi sebelum membuat keputusan sama ada mahu memilikinya secara tetap.

Atalanta
Juventus dilapor akan menawarkan Luca Marrone kepada Atalanta sebagai sebahagian pertukaran untuk membeli Federico Peluso pada musim panas.

Bologna
Archimede Morleo adalah antara dua orang pemain Bologna yang telah dilayangkan kad merah, selepas membuat 24 faul di dalam 24 kemunculannya.

Cagliari
Agen Radja Nainggolan mengesahkan bahawa Juventus, Zenit dan CSKA adalah antara destinasi pilihan bila pemain itu keluar daripada Cagliari.

Catania
Presiden Catania, Pulvirenti menegaskan bahawa segalanya akan menjadi jelas pada hujung musim ini, setelah Lo Monaco dikaitkan dengan Napoli.

Cesena
Pemain pertahanan, Maurizio Lauro adalah pemain tunggal Cesena yang menerima 2 kad merah, setelah membuat 32 faul dalam 18 kemunculannya.

Chievo
Pemain pertahanan, Gennaro Sardo adalah pemain tunggal Chievo yang dilayangkan kad merah, setelah membuat 17 faul dalam 18 kemunculannya.

Fiorentina
Agen Michele Camporese menegaskan bahawa pemain itu masih mempunyai masa depan di Fiorentina, walaupun hanya muncul dua kali pada musim ini.

Genoa
Direktor Werder Bremen, Klaus Allofs mengesahkan bahawa mereka telah mengaktifkan hak mereka untuk membeli kontrak Sokratis daripada Genoa.

Inter Milan
Inter Milan dilapor telah menunjukkan minat untuk mendapatkan khidmat pemain tengah Toulouse, Moussa Sissoko dalam pasaran musim panas nanti.

Juventus
Juventus dilapor akan menawarkan Luca Marrone kepada Atalanta sebagai sebahagian pertukaran untuk membeli Federico Peluso pada musim panas.

Lazio
Berita baik untuk pengurus Lazio, Edy Reja kerana Andrea Dias telah kembali menjalani latihan penuh dan mungkin boleh menyertai skuad utama.

Lecce
Carlo Osti kagum dengan drama yang timbul selepas kematian Morosini dan tegaskan bahawa jadual perlawanan bukanlah keutamaan Lecce ketika ini.

Napoli
Napoli dilapor perlu mengeluarkan EUR15 juga sekiranya mereka mahu membawa pemain pertahanan Porto, Rolando ke San Paolo pada musim hadapan.

Novara
Jeda, Silva, Rigoni, Morimoto dan Ujkani tiada dalam sesi latihan pengurus Novara, Attilio Tesser berikutan kecederaan dan masalah fikizal.

Palermo
Bekas direktor Palermo, Foschi mengaku mereka berjaya tewaskan Juventus, Fiorentina dan Real Madrid untuk mengambil Edinson Cavani pada 2007.

Parma
Presiden Parma, Tommaso Ghirardi enggan berdebat mengenai penjadualan semula perlawanan dan akan mengikut sebarang keputusan pihak Lega Calcio.

Siena
Berikutan kematian Morosini, doktor Siena, Causarano menegaskan bahawa prosedur perubatan Itali adalah model yang diikuti oleh federasi lain.

Udinese
Pihak Barcelona dilapor berminat untuk mendapatkan pemain khidmat sayap kiri kelab Udinese, Pablo Armero di dalam pasaran musim panas nanti.

EPL

Arsenal
Jordi Gomez jaringkan golnya yang kelima dalam Liga Premier untuk Arsenal tewas di tempat sendiri buat kali ketiga setelah menentang Wigan.

Aston Villa
Alex McLeish yakin Ciaran Clark boleh bermain sepanjang baki kempen Aston Villa, selepas mengalami kecederaan kepala ketika menentang Man Utd.

Blackburn
Penyokong Blackburn merancang untuk mengadakan satu lagi tunjuk perasaan bagi membantah pemilik kelab, Venky's serta pengurus, Steve Kean.

Bolton
Pemain Bolton, Fabrice Muamba yang keluar dari hospital pada hari Isnin mengaku dia terhutang budi kepada doktor yang menyelamatkan nyawanya.

Chelsea
Juan Mata berpendapat bahawa adalah tidak mustahil untuk Chelsea menewaskan Barcelona berdasarkan pengalaman yang dimiliki oleh pasukannya.

Everton
Bekas pemain skuad England, Phil Neville berkata bahawa dia tidak mahu menjadi kakitangan kelab Everton selepas dia bersara daripada bermain.

Fulham
Penyerang, Pavel Pogrebnyak mungkin kekal di Fulham untuk jangka masa yang panjang selepas berpindah ke rumah lama Jose Mourinho di London.

Liverpool
Jamie Carracher mahu Liverpool mengekalkan Luis Suarez dan dia tidak akan menukarkan penyerang itu untuk mana-mana pemain lain di England.

Manchester City
Roberto Mancini tidak pasti sama ada Carlos Tevez akan kekal di Man City pada musim hadapan walaupun prestasinya cemerlang kebelakangan ini.

Manchester United
Penyerang Manchester United, Wayne Rooney mengaku dia kecewa dengan aksinya ketika menentang Aston Villa, walaupun berjaya jaringkan dua gol.

Newcastle United
Pemain pertahanan, Danny Simpson membayangkan bahawa dia mahu kekal di Newcastle pada musim hadapan, walaupun rundingannya masih berjalan.

Norwich City
Paul Lambert beritahu John Ruddy dan Ryan Bennett supaya cepat-cepat melupakan kesilapan yang mereka lalukan ketika Norwich bertemu Man City.

Queens Park Rangers
Penyerang Doncaster, El-Hadji Diof telah ditahan sementara pemain QPR, Anton Ferdinand disoalsiasat berikutan kes pergaduhan di kelab malam.

Stoke City
Pengurus Stoke, Tony Pulis pertimbangkan keputusan menurunkan penjaga gol, Thomas Sorensen ke dalam skuad utama sebelum musim ini berakhir.

Sunderland
Martin O'Neill tegaskan bahawa prestasi pemainnya sepanjang baki musim ini akan menentukan sama ada mereka mempunyai masa depan di Sunderland.

Swansea City
Pengurus Swansea, Brendan Rodgers tidak kisah mengenai kritikan terhadap pasukannya dan berkata pencapaian mereka pada musim ini sangat bagus.

Tottenham
Bintang Olympique de Marseille, Loic Remy mengaku dia tidak mahu keluar pada musim panas nanti, walaupun Tottenham berminat mendapatkannya.

West Brom
Pengurus, Roy Hodgson mendakwa bahawa masa depan bintang West Brom ketika ini bergantung kepada polisi kelab itu untuk membeli pemain baru.

Wigan Athletic
Jordi Gomez jaringkan golnya yang kelima di dalam Liga Premier untuk Wigan tewas di tempat lawan buat kali kelima setelah menentang Arsenal.

Wolverhampton
Michael Kightly sekali lagi menyatakan komitmennya kepada Wolverhampton dan berharap skuadnya tidak akan berpecah jika mereka turun divisi.

Sunday, April 15, 2012

La Liga

Athletic Bilbao
Fernando Llorente jaringkan golnya yang ke-17 dalam La Liga untuk Bilbao menang di tempat sendiri buat kali ke-8 setelah menentang Mallorca.

Atletico Madrid
Radamel Falcao jaringkan golnya yang ke-22 dalam La Liga untuk Atletico menang di tempat lawan buat kali yang ke-3 setelah menentang Rayo.

Barcelona
Javier Mascherano tidak mahu pemain Barcelona berfikir mengenai Real Madrid, tetapi fokus pada perlawanan Liga Juara-juara menentang Chelsea.

Espanyol
Cristian Gomez jaringkan golnya yang pertama dalam La Liga untuk Espanyol menang di tempat sendiri buat kali ke-9 setelah menentang Valencia.

Getafe
Pemain pertahanan Getafe, Juan Valera digugurkan daripada skuad yang akan menentang Sevilla setelah dia gagal pulih daripada masalah fizikal.

Granada
Tomislav Dujmovic jaringkan golnya yang pertama dalam La Liga untuk Granada tewas di tempat lawan buat kali ke-12 setelah menentang Zaragoza.

Levante
Pengurus Levante, Juan Ignacio berkata dia puas hati dengan sikap pemainnya dalam keempat-empat perlawanan menentang Barcelona dan Real Madrid.

Malaga
Penyerang, Isco jaringkan golnya yang kelima dalam La Liga untuk Malaga seri di tempat sendiri buat kali ketiga setelah menentang Sociedad.

Osasuna
Ruben Castro jaringkan golnya yang ke-14 dalam La Liga untuk Osasuna tewas di tempat lawan buat kali yang ke-6 setelah menentang Real Betis.

Racing Santander
Lautaro Costa jaringkan golnya yang kedua dalam La Liga untuk Racing seri di tempat lawan buat kali yang ketujuh setelah menentang Villarreal.

Rayo Vallecano
Radamel Falcao jaringkan golnya yang ke-22 dalam La Liga untuk Rayo tewas di tempat sendiri buat kali yang ke-4 setelah menentang Atletico.

Real Betis
Ruben Castro jaringkan golnya yang ke-14 dalam La Liga untuk Real Betis menang di tempat sendiri buat kali ke-7 setelah menentang Osasuna.

Real Madrid
Xabi Alonso menghormati barisan penyerang Bayern Munich, tetapi dia yakin Real Madrid boleh mendapatkan keputusan positif di Allianz Arena.

Real Mallorca
Fernando Llorente jaringkan golnya yang ke-17 dalam La Liga untuk Mallorca tewas di tempat lawan buat kali yang ke-7 setelah menentang Bilbao.

Real Sociedad
Xabi Prieto jaringkan golnya yang kedua dalam La Liga untuk Real Sociedad seri di tempat lawan buat kali keempat setelah menentang Malaga.

Real Zaragoza
Tomislav Dujmovic jaringkan golnya yang pertama dalam La Liga untuk Zaragoza menang di tempat sendiri buat kali kelima setelah bertemu Granada.

Sevilla
Pengurus, Michel menegaskan bahawa Sevilla masih mengawal nasib kempen mereka dan dia mahu menang kesemua baki perlawanan untuk ke Eropah.

Sporting Gijon
Pengurus, Javier Clemente mengakui jurang teknikal yang wujud antara Sporting dan Real Madrid, berikutan kekalahan pada hujung minggu lalu.

Valencia
Cristian Gomez jaringkan golnya yang pertama dalam La Liga untuk Valencia tewas di tempat lawan buat kali kelima setelah menentang Espanyol.

Villarreal
Hernan Perez jaringkan golnya yang ke-3 dalam La Liga untuk Villarreal seri di tempat sendiri buat kali yang ke-9 setelah menentang Racing.

Serie A

AC Milan
AC Milan dilapor masih berminat mendapatkan khidmat pemain tengah Stuttgart, Timo Gebhart yang mungkin akan dijual dengan harga EUR6 juta.

AS Roma
Roma dilapor sedang mengadakan rundingan dengan Fluminense mengenai pembelian kontrak Marquinho yang telah berjaya menyesuaikan dengan cepat.

Atalanta
Matias Schelotto telah membuat kemunculan paling banyak untuk Atalanta dalam 31 perlawanan serta menjaringkan 2 gol selepas membuat 25 cubaan.

Bologna
Penjaga gol Bologna, Jean Francois Gillet tamatkan sesi latihan lebih awal kerana masalah paha, tetapi dijangka pulih dalam masa beberapa hari.

Cagliari
Juventus mahu mendapatkan khidmat Davide Astori dan dilapor sedang mendesak Cagliari menurunkan harga EUR10 juta untuk pemain pertahanan itu.

Catania
Catania mengesahkan minat terhadap penyerang Universidad de Chile, Junior Fernandes tetapi menegaskan bahawa mereka belum memulakan rundingan.

Cesena
Marco Parolo telah membuat kemunculan paling banyak untuk Cesena dengan 27 perlawanan serta menjaringkan satu gol setelah membuat 42 cubaan.

Chievo
Penjaga gol, Stefano Sorrentino telah beraksi dalam kesemua perlawanan Chievo di mana dia telah menggagalkan 88 cubaan dan melepaskan 40 gol.

Fiorentina
Penjaga gol Fiorentina, Artur Boruc mungkin keluar dari Artemio Franchi bila kontraknya tamat pada musim panas nanti untuk kembali ke Celtic.

Genoa
Penjaga gol, Sebastian Frey telah bermain dalam kesemua perlawanan Genoa pada musim ini sambil menyelamatkan 118 cubaan dan melepaskan 58 gol.

Inter Milan
Pengurus Inter Milan, Andrea Stramaccioni berharap dapat menurunkan Wesley Sneijder pada minggu ini selepas empat minggu menjalani pemulihan.

Juventus
Juventus mahu mendapatkan khidmat Davide Astori dan dilapor sedang mendesak Cagliari menurunkan harga EUR10 juta untuk pemain pertahanan itu.

Lazio
Pemain pertahanan, Breno mungkin menyertai Lazio secara percuma setelah gagal membuat impak di Bayern Munich kerana kerap mengalami kecederaan.

Lecce
Pemain tengah, Guillermo Giacomazzi berkata Lecce telah memperbaiki pertahanan mereka, serta memuji peranan penting Di Michele dan Muriel.

Napoli
Pengurus Napoli, Walter Mazzarri boleh menurunkan semula Christian Maggio di dalam sesi latihan, setelah dia pulih daripada masalah ototnya.

Novara
Marco Rigoni dan Giuseppe Gemiti telah membuat 30 kemunculan untuk Novara pada musim ini dan bersama-sama mereka telah menjaringkan 8 gol.

Palermo
Abel Hernandez dengan rasminha telah memberikan komitmennya kepada Palermo dengan melanjutkan kontraknya di kelab itu sehinggalah Jun 2016.

Parma
Direktor sukan Parma, Pietro Leonardi terkejut dengan apa yang berlaku kepada Piermario Morosini kerana dia yang membawa pemain itu ke Udinese.

Siena
Claudio Terzi dan Franco Brienza telah membuat 30 kemunculan untuk Siena pada musim ini dan bersama-sama mereka telah menjaringkan tiga gol.

Udinese
Udinese dan Monaco dilapor sedang memerhatikan perkembangan pemain tengah Porto, Sergio Ribeiro yang ketika ini dipinjamkan kepada Padroense.

EPL

Arsenal
Penjaga gol, Wojciech Szczesny berjanji akan kekal bersama Arsenal sehinggalah Gunners berjaya mengakhiri penantian mereka untuk sebuah piala.

Aston Villa
Alex McLeish mahu mengutip enam mata daripada baki perlawanan untuk Aston Villa kekal dalam Liga Premier, berikutan kekalahan kepada Man Utd.

Blackburn
Steve Kean berkata dia meminta Gael Givet turun ke padang ketika Blackburn tewas di Swansea, tetapi pemain itu tidak bersedia dari segi minda.

Bolton
Penjaga gol Bolton, Jussi Jaaskelainen dilapor akan menolak kontrak 2 tahun yang baru sekiranya kelab itu turun divisi pada hujung musim ini.

Chelsea
Kapten Chelsea, John Terry mengaku bahawa gol kedua mereka dalam kemenangan separuh akhir Piala FA ke atas Tottenham sepatutnya dibatalkan.

Everton
Everton mengesahkan bahawa mereka gugurkan pemain tengah, Royston Drenthe daripada skuad Piala FA setelah dia dikenakan tindakan disiplin.

Fulham
Arsenal berpeluang untuk mengambil Climt Dempsey kerana penyerang itu mahu menunggu sehingga musim panas sebelum berbincang dengan Fulham.

Liverpool
Penjaga gol, Brad Jones mengaku dia mungkin akan kembali ke bangku simpanan, tetapi berbangga telah memainkan peranan dalam kejayaan Liverpool.

Manchester City
Carlos Tevez percaya Man City masih boleh menjuarai Liga Premier dan berterima kasih kepada kelab itu kerana berikan peluang kedua kepadanya.

Manchester United
Sir Alex Ferguson percaya Man Utd telah menunjukkan antara persembahan terbaik mereka kebelakangan ini dalam kemenangan ke atas Aston Villa.

Newcastle United
Chelsea menyediakan tawaran bernilai GBP15 juta untuk penjaga gol Newcastle, Tim Krul yang mungkin menerima gaji sebanyak GBP90,000 seminggu.

Norwich City
Andrew Surman gembira membuat impak untuk Norwich Sabtu lalu, tetapi mengaku aksi cemerlang Man City pada 20 minit terakhir mengecewakannya.

Queens Park Rangers
Djibril Cisse yang telah menerima dua kad merah mahu menebus kesalahannya dengan membantu usaha kelab QPR untuk kekal di dalam Liga Premier.

Stoke City
Pemain Stoke, Robert Huth berkata jadual kosong kali ini akan beri peluang kepada skuadnya memulihkan tenaga bagi menghadapi klimaks musim ini.

Sunderland
Penjaga gol Sunderland, Simon Mignolet berazam menghalang kempen Black Cats kali ini daripada tenggelam dengan mensasarkan 8 tempat teratas.

Swansea City
Gylfi Sigurdsson berkata kemenangan ke atas Blackburn adalah untuk membayar hutang kepada penyokong Swansea berikutan persembahan buruk di QPR.

Tottenham
Harry Redknapp sangat marah dengan Martin Atkinson kerana berikan gol kontroversi kepada Chelsea, berikutan kekalahan Spurs di dalam Piala FA.

West Brom
Pengurus West Brom, Roy Hodgson berharap pertahanan, Jonas Olsson dan penyerang, Marc-Antoine Fortune sempat pulih untuk menentang Liverpool.

Wigan Athletic
Pengurus, Roberto Martinez menegaskan bahawa dia perlu berikan masa kepada Shaun Maloney untuk menyesuaikan diri kepada cara permainan Wigan.

Wolverhampton
Pemain sayap Wolverhampton dan skuad Republik Ireland, Stephen Hunt berkata keputusan memecat pengurus, Mick McCarthy adalah suatu kesilapan.

Friday, April 13, 2012

La Liga

Athletic Bilbao
Penyerang, Gaizka Toquero berkata Bilbao mahu menamatkan musim ini sebaik yang mungkin dan tidak menolak kemungkinan mereka mara ke Eropah.

Atletico Madrid
Presiden Atletico, Enrique Cerezo percaya pasukannya boleh menang kesemua baki perlawanan musim ini dan mungkin melayakkan diri ke Liga Europa.

Barcelona
Pengurus Barcelona, Pep Guardiola mengaku bahawa pasukannya tidak boleh mencicirkan sebarang mata bermula sekarang sehinggalah musim ini tamat.

Espanyol
Pemain Espanyol, Joan Verdu beri amaran kepada skuadnya bahawa kekalahan kepada Valencia akan merumitkan usaha mereka mencari tiket ke Eropah.

Getafe
Getafe tidak mahu tewas buat kali ketiga dari lima perlawanan bila menentang Sevilla yang mahu menang di tempat lawan buat kali yang kelima.

Granada
Granada mahu mengutip mata buat kali keempat berturut-turut bila menentang Zaragoza yang tidak mahu tewas di tempat sendiri buat kali kelapan.

Levante
Pengurus Levante, Juan Ignacio percaya juara liga tidak akan ditentukan oleh perlawanan mereka menentang Barcelona pada hujung minggu ini.

Malaga
Ignacio Camacho menegaskan bahawa Malaga tidak peduli mengenai keputusan pasukan lain kerana mereka hanya beri tumpuan pada permainan sendiri.

Osasuna
Dengan enam perlawanan sahaja yang tinggal pada musim ini, Damia Abella percaya Osasuna mempunyai peluang cerah melayakkan diri ke Eropah.

Racing Santander
Racing tidak mahu tewas buat kali keempat berturut-turut bila menentang Villarreal yang mahu menang di tempat sendiri buat kali yang ketujuh.

Rayo Vallecano
Rayo Vallecano tidak mahu tewas buat kali keempat dari lima perlawanan bila bertemu Atletico yang mahu menang di tempat lawan buat kali ketiga.

Real Betis
Real Betis mahu mengutip mata buat kali keenam berturut-turut bila menentang Osasuna yang mahu menang di tempat lawan buat kali yang ketiga.

Real Madrid
Real Madrid dilapor mahukan pemain Werder Bremen, Tim Wiese dalam usaha mereka mencari penjaga gol gantian yang berkualiti untuk Iker Casillas.

Real Mallorca
Mallorca mahu mengutip mata buat kali ketiga berturut-turut bila menentang Bilbao yang tidak mahu tewas di tempat sendiri buat kali keempat.

Real Sociedad
Real Sociedad mahu mengutip mata buat kali keempat berturut-turut bila bertemu Malaga yang tercicir 13 mata di tempat sendiri pada musim ini.

Real Zaragoza
Real Zaragoza tidak mahu tewas buat kali ketiga berturut-turut bila menentang Granada yang mahu menang di tempat lawan buat kali yang kelima.

Sevilla
Berita buruk untuk pengurus skuad Sevilla, Michel kerana Diego Perotti tidak lagi dapat bermain pada musim ini setelah menjalani pembedahan.

Sporting Gijon
Sporting tidak mahu tewas buat kali ketiga dari lima perlawanan bila menentang Real Madrid yang telah tercicir tujuh mata di tempat sendiri.

Valencia
Pemain tengah milik Real Madrid, Sergio Canales menyatakan kesetiaannya kepada Valencia bila mengaku mahu kekal di Mestalla pada musim hadapan.

Villarreal
Berita buruk untuk Itali kerana bintang Villarreal, Giuseppe Rossi tidak dapat bermain di Euro 2012 telah mengalami kecederaan ketika berlatih.