Thursday, April 12, 2012

EPL

Arsenal
Pemain Arsenal, Yossi Benayoun merancang untuk mengadakan rundingan dengan kelab induk, Chelsea mengenai masa depannya pada hujung bulan Jun.

Aston Villa
Carlos Cuellar kagum dengan pemain muda Aston Villa dan percaya mereka boleh membantu mendapatkan mata yang diperlukan dalam baki musim ini.

Blackburn
Pengurus, Steve Kean menegaskan bahawa masih terdapat banyak mata untuk dikutip dan Blackburn masih optimistik mengenai peluang untuk selamat.

Bolton
Southend tidak mahu menyambung kontrak peminjaman penyerang Bolton, Jack Sampson kerana pemain remaja itu masih belum pulih dari cedera kaki.

Chelsea
Usaha Chelsea untuk menamatkan musim ini di empat tempat teratas menjadi semakin sukar setelah Branislav Ivanovic digantung tiga perlawanan.

Everton
Tim Howard menegaskan bahawa Everton tidak mahu membalas dendam terhadap Liverpool bila mereka bertemu dalam separuh akhir Piala FA di Wembley.

Fulham
Pengurus Aberdeen, Craig Brown memberitahu Fraser Fyvie bahawa dia terlalu bagus untuk sertai Fulham yang dijangka akan serahkan tawaran baru.

Liverpool
Pengerusi Liverpool, Tom Werner beri jaminan bahawa masa depan Kenny Dalglish terjamin dan dia mendapat sokongan penuh daripada pemilik kelab.

Manchester City
Penyerang Paraguay, Roque Santa Cruz berkata dia gembira berada di Real Betis, tetapi mengaku masa depannya bergantung kepada Manchester City.

Manchester United
Juventus dilapor telah menawarkan gaji sebanyak EUR1.2 juta setahun kepada pemain remaja Manchester United, Paul Pogba untuk sertai Bianconeri.

Newcastle United
Alan Pardew ramal Demba Ba akan menemui semula sentuhannya di hadapan gol, berikutan kemarau yang sedang dialami oleh penyerang Newcastle itu.

Norwich City
Tom Adeyemi telah kembali ke kelab induk, Norwich City selepas Oldham ambil keputusan tidak mahu melanjutkan kontrak peminjamannya di situ.

Queens Park Rangers
Akos Buzsaky mengaku Queens Park Rangers kini berjuang mengelakkan penyingkiran dan berjanji akan melakukan segala yang terdaya untuk membantu.

Stoke City
Pengerusi Stoke, Peter Coates beri amaran bahawa mereka tidak boleh membeli pemain luar negara semata-mata kerana kejayaan Newcastle musim ini.

Sunderland
Pengurus Sunderland, Martin O'Neill menafikan spekulasi yang mengaitkan penyerang, Stephane Sessegnon dengan perpindahan keluar dari kelab itu.

Swansea City
Brandan Rodgers kecewa dengan aksi Swansea ketika bertemu QPR, tetapi percaya pasukannya akan bangun semula dalam baki perlawanan musim ini.

Tottenham
Gareth Bale menegaskan bahawa Tottenham akan menewaskan Chelsea dalam separuh akhir Piala FA kerana mereka adalah pasukan yang lebih bagus.

West Brom
Pengurus West Brom, Roy Hodgson berkata tiada pemain yang lebih penting daripada kelab dan pengurus harus kekal sebagai watak paling berkuasa.

Wigan Athletic
Dave Whelan menegaskan bahawa Wigan tidak akan mencemarkan memori kemenangan ke atas Manchester United dengan penyingkiran ke divisi bawah.

Wolverhampton
Pemain sayap Wolves, Michael Kightly mengaku bahawa terdapat 'sejuta satu sebab' mengapa pasukannya kini bergelut mengelakkan penyingkiran.

No comments:

Post a Comment