Tuesday, April 3, 2012

La Liga

Athletic Bilbao
Pemain sayap Bilbao, Markel Susaeta beri amaran kepada skuadnya supaya menghormati Schalke dan menggariskan ancaman Farfan, Huntelaar dan Raul.

Atletico Madrid
Pemain tengah Atletico, Tiago Mendes memberitahu skuadnya supaya melupakan kelebihan 2-1 ke atas Hannover dan cuba untuk menang di AWD-Arena.

Barcelona
Barcelona mara ke separuh akhir setelah Lionel Messi jaringkan golnya yang ke-14 dalam Liga Juara-juara untuk menyingkirkan pasukan AC Milan.

Espanyol
CEO Espanyol, Joan Collet mengumumkan bahawa kelab itu sedang berunding mengenai penjualan tiga orang pemain bagi mendapatkan dana untuk kelab.

Getafe
Francisco Javier Casquero menggesa pasukan Getae supaya bertenang dalam usaha memastikan status La Liga, sebelum mensasarkan tempat ke Eropah.

Granada
Granada umumkan bahawa kelab itu mempunyai hak membeli pemain pertahanan, Borja Gomez dan telah memulakan rundingan kontrak baru Carlos Martins.

Levante
Arouna Kone masih belum memilih sama ada mahu kekal bersama Levante pada musim hadapan, tetapi mengaku liga Eropah akan membantu dia memilih.

Malaga
Martin Demichelis meremehkan peluang Malaga menamatkan musim ini di tempat ke-3, menjelang pertemuan menentang Valencia, Barcelona dan Atletico.

Osasuna
Pemain pertahanan Osasuna, Ion Echaide gembira kembali beraksi selepas 7 bulan cedera dan mahu bermain dalam semua 8 baki perlawanan musim ini.

Racing Santander
Pemain pertahanan Racing, Alvaro Gonzalez ramalkan perlawanan yang sukar menentang Malaga yang mahu menebus kekalahan mereka pada minggu lalu.

Rayo Vallecano
Presiden Rayo, Raul Martin Presa gembira dengan hasil kerja Jose Ramon Sandoval dan menganggap dia sebagai pengurus ideal untuk projek mereka.

Real Betis
Pengurus Real Betis, Pepe Mel boleh menurunkan semula Paulao dalam perlawanan menentang Villarreal, setelah dia kembali menjalani latihan skuad.

Real Madrid
Jose Mourinho mengaku Real Madrid tersandung ketika menentang Malaga dan Villarreal, tetapi adalah mustahil untuk menang 40 kali berturut-turut.

Real Mallorca
Pengurus Mallorca, Joaquin Caparros marah dengan cara skuadnya melepaskan dua gol pertama kepada Sevilla kerana mereka hanya membahayakan diri.

Real Sociedad
Presiden, Jokin Aperribay berkata Real Sociedad akan melakukan segala yang terdaya untuk menghalang Real Madrid daripada mengambil Ruben Pardo.

Real Zaragoza
Franco Zuculini berkata tidak mustahil untuk Real Zaragoza tewaskan Barcelona, dalam usaha mereka mencari kemenangan keempat berturut-turut.

Sevilla
Michel gembira dengan kemenangan ke atas Mallorca dan tidak boleh menyalahkan skuad Sevilla kerana berehat sebentar selepas mendahului 3 gol.

Sporting Gijon
Kapten Sporting Gijon, David Barral mengaku bahawa pasukannya kurang keyakinan, tetapi mereka perlu cuba menamatkan musim ini dengan bermaruah.

Valencia
Victor Ruiz mengakui bahawa pertahanan Valencia terjejas setiap kali skuadnya cuba mendapatkan gol kedua bagi memastikan kemenangan mereka.

Villarreal
Villarreal dilapor akan mengikat perjanjian untuk pemain Santiago Wanderers, Andres Robles yang dianggap sebagai antara bakat terbaik di Chile.

No comments:

Post a Comment