Sunday, April 1, 2012

EPL

Arsenal
Pemain pertahanan, Andre Santos ramal Arsenal akan bersaing merebut gelaran juara pada musim hadapan, terutamanya jika Robin van Persie kekal.

Aston Villa
Alex McLeish berkata Stiliyan Petrov amat bangga dengan aksi Aston Villa ketika bertemu Chelsea, menjelang permulaan rawatannya untuk leukimia.

Blackburn
Penolong pengurus, Eric Black berharap dapat menewaskan Sir Alex Ferguson buat kali yang pertama bila Blackburn turun menentang Manchester Utd.

Bolton
Pengurus, Owen Coyle percaya persembahan Bolton ketika menentang Wolves adalah bukti perpaduan skuadnya, walaupun mereka berada di bawah carta.

Chelsea
Pengurus sementara, Roberto Di Matteo percaya Chelsea dapat menggunakan baki 7 perlawanan musim ini untuk melayakkan diri ke Liga Juara-juara.

Everton
Tony Hibbert mendakwa bahawa kelesuan bukanlah suatu masalah untuk Everton, selagi pasukannya mampu menang seperti ketika menentang West Brom.

Fulham
John Arne Riise tidak kisah mengenai aksi kurang menarik Fulham ketika menewaskan Norwich kerana sebelum ini mereka tewas 3 kali berturut-turut.

Liverpool
Kenny Dalglish tidak merungut mengenai kad merah Pepe Reina atau reaksi Andy Carroll selepas dia ditukarkan dalam kekalahan kepada Newcastle.

Manchester City
Kapten, Vincent Kompany menolak pendapat yang mengatakan Man City tersandung dalam persaingan merebut gelaran juara liga kerana mereka gemuruh.

Manchester United
Arjen Robben dilapor mungkin akan menyertai Man Utd pada musim panas kerana dia masih bertangguh untuk menandatangani kontrak di Bayern Munich.

Newcastle United
Pengurus Newcastle, Alan Pardew berazam membawa pasukannya ke pertandingan di Eropah, berikutan kemenangan ke atas 10 orang pemain Liverpool.

Norwich City
Aaron Wilbraham gembira menjaringkan golnya yang ke-100 dalam kerjayanya, tetapi kecewa dengan peluang yang terlepas ketika menentang Fulham.

Queens Park Rangers
Pengurus kelab QPR, Mark Hughes gesa pasukannya supaya jangan mensia-siakan kemenangan ke atas Arsenal dalam usaha mengelakkan penyingkiran.

Stoke City
Pemain sayap Stoke, Jermaine Pennant membidas pengurus, Tony Pulis yang memaksa dia bermain di luar posisi kebiasaannya ketika menentang Wigan.

Sunderland
Sebastian Larsson mengaku bahawa dia kecewa seri di Manchester City, walaupun dia telah memainkan peranan penting dalam persembahan Sunderland.

Swansea City
Brendan Rodgers gembira dengan persembahan Swansea ketika tewas di White Hart Lane, setelah berjaya memaksa Tottenham untuke berkerja keras.

Tottenham
Pengurus Tottenham, Harry Redknapp kagum dengan persembahan pasukannya ketika menentang Swansea dan anggap Gareth Bale sebagai pemain unik.

West Brom
Pengurus, Roy Hodgson berkata Peter Odemwinger dan Ben Foster bertengkar kerana kecewa dan ia tidak meninggalkan kesan selepas perlawanan itu.

Wigan Athletic
Roberto Martinez ramal perlawanan akan ditentukan pada hari terakhir musim ini kerana semua kelab corot yang lain sudah mula mengutip mata.

Wolverhampton
Terry Connor mengaku kemenangan ketujuh berturut-turut di tempat sendiri telah mengecewakan para pemainnya, tetapi yakin Wolves boleh selamat.

No comments:

Post a Comment