Friday, April 13, 2012

La Liga

Athletic Bilbao
Penyerang, Gaizka Toquero berkata Bilbao mahu menamatkan musim ini sebaik yang mungkin dan tidak menolak kemungkinan mereka mara ke Eropah.

Atletico Madrid
Presiden Atletico, Enrique Cerezo percaya pasukannya boleh menang kesemua baki perlawanan musim ini dan mungkin melayakkan diri ke Liga Europa.

Barcelona
Pengurus Barcelona, Pep Guardiola mengaku bahawa pasukannya tidak boleh mencicirkan sebarang mata bermula sekarang sehinggalah musim ini tamat.

Espanyol
Pemain Espanyol, Joan Verdu beri amaran kepada skuadnya bahawa kekalahan kepada Valencia akan merumitkan usaha mereka mencari tiket ke Eropah.

Getafe
Getafe tidak mahu tewas buat kali ketiga dari lima perlawanan bila menentang Sevilla yang mahu menang di tempat lawan buat kali yang kelima.

Granada
Granada mahu mengutip mata buat kali keempat berturut-turut bila menentang Zaragoza yang tidak mahu tewas di tempat sendiri buat kali kelapan.

Levante
Pengurus Levante, Juan Ignacio percaya juara liga tidak akan ditentukan oleh perlawanan mereka menentang Barcelona pada hujung minggu ini.

Malaga
Ignacio Camacho menegaskan bahawa Malaga tidak peduli mengenai keputusan pasukan lain kerana mereka hanya beri tumpuan pada permainan sendiri.

Osasuna
Dengan enam perlawanan sahaja yang tinggal pada musim ini, Damia Abella percaya Osasuna mempunyai peluang cerah melayakkan diri ke Eropah.

Racing Santander
Racing tidak mahu tewas buat kali keempat berturut-turut bila menentang Villarreal yang mahu menang di tempat sendiri buat kali yang ketujuh.

Rayo Vallecano
Rayo Vallecano tidak mahu tewas buat kali keempat dari lima perlawanan bila bertemu Atletico yang mahu menang di tempat lawan buat kali ketiga.

Real Betis
Real Betis mahu mengutip mata buat kali keenam berturut-turut bila menentang Osasuna yang mahu menang di tempat lawan buat kali yang ketiga.

Real Madrid
Real Madrid dilapor mahukan pemain Werder Bremen, Tim Wiese dalam usaha mereka mencari penjaga gol gantian yang berkualiti untuk Iker Casillas.

Real Mallorca
Mallorca mahu mengutip mata buat kali ketiga berturut-turut bila menentang Bilbao yang tidak mahu tewas di tempat sendiri buat kali keempat.

Real Sociedad
Real Sociedad mahu mengutip mata buat kali keempat berturut-turut bila bertemu Malaga yang tercicir 13 mata di tempat sendiri pada musim ini.

Real Zaragoza
Real Zaragoza tidak mahu tewas buat kali ketiga berturut-turut bila menentang Granada yang mahu menang di tempat lawan buat kali yang kelima.

Sevilla
Berita buruk untuk pengurus skuad Sevilla, Michel kerana Diego Perotti tidak lagi dapat bermain pada musim ini setelah menjalani pembedahan.

Sporting Gijon
Sporting tidak mahu tewas buat kali ketiga dari lima perlawanan bila menentang Real Madrid yang telah tercicir tujuh mata di tempat sendiri.

Valencia
Pemain tengah milik Real Madrid, Sergio Canales menyatakan kesetiaannya kepada Valencia bila mengaku mahu kekal di Mestalla pada musim hadapan.

Villarreal
Berita buruk untuk Itali kerana bintang Villarreal, Giuseppe Rossi tidak dapat bermain di Euro 2012 telah mengalami kecederaan ketika berlatih.

No comments:

Post a Comment