Wednesday, April 4, 2012

La Liga

Athletic Bilbao
Pengurus Bilbao, Marcelo Bielsa enggan membuat spekulasi mengenai peluang mereka mara ke peringkat separuh akhir kerana ia hanya membuang masa.

Atletico Madrid
Bintang Atletico Madrid, Diego menjangkakan sambutan yang garang dalam kunjungan mereka ke Hannover, tetapi dia sudah biasa dengan cemuhan.

Barcelona
Agen Sebastian Giovinco mendakwa bahawa Barcelona berminat untuk mendapatkan khidmat penyerang Parma itu yang kini mula memenuhi potensinya.

Espanyol
Pengurus Espanyol, Mauricio Pochettino berkata pasukannya tidak terjejas dengan isu luar padang dan hanya fokus untuk menang setiap minggu.

Getafe
Pedro Rios menegaskan bahawa pasukan Getafe belum berfikir mengenai Eropah kerana dua atau tiga prestasi buruk boleh mengubah situasi mereka.

Granada
Penjaga gol Granada, Roberto Fernandez mungkin tidak lagi dapat beraksi di dalam musim ini sekiranya dia perlu menjalani pembedahan belakang.

Levante
Penjaga gol Levante, Gustavo Munua berkata keputusan perlawanan menentang Atletico tidak akan menentukan kelab mana yang akan bermain di Eropah.

Malaga
Real Betis dilapor sanggup menawarkan kontrak jangka panjang kepada pemain sayap Malaga, Duda yang akan tamat kontrak dalam masa setahun lagi.

Osasuna
Pemain Osasuna, Marc Bertran boleh bermain semula setelah kembali menjalani latihan, sementara Ruben Gonzalez pula terkeluar kerana cedera.

Racing Santander
Penjaga gol Racing, Mario Fernandez kecewa tewas kepada Granada, tetapi pasukannya boleh mendapat suntikan semangat dengan menewaskan Malaga.

Rayo Vallecano
Piti berkata skuad Rayo sedar mereka tidak menunjukkan sikap yang betul ketika bertemu Sociedad dan perlu menebusnya dengan menewaskan Osasuna.

Real Betis
Real Betis dilapor sanggup menawarkan kontrak jangka panjang kepada pemain sayap Malaga, Duda yang akan tamat kontrak dalam masa setahun lagi.

Real Madrid
Real Madrid mara ke separuh akhir setelah Cristiano Ronaldo jaringkan golnya yang kelapan dalam Liga Juara-juara untuk menyingkirkan APOEL.

Real Mallorca
Victor Casadesus adalah antara penjaring terbanyak Mallorca dengan 7 gol setelah membuat 45 cubaan gol dalam 26 kemunculannya pada musim ini.

Real Sociedad
Penjaga gol Sociedad, Claudio Bravo mengaku dia bangga menjadi kapten kerana peranan itu selalunya hanya diberikan kepada anak didik kelab itu.

Real Zaragoza
Ivan Obradovic percaya satu-satunya cara untuk Zaragoza menghadapi Barcelona adalah dengan menyediakan pertahanan kukuh sebelum menyerang balas.

Sevilla
Sevilla dilapor sanggup menawarkan EUR3 juta untuk mendapatkan khidmat pemain pertahanan Sporting Lisbon, Daniel Carrico pada musim panas nanti.

Sporting Gijon
Pertahanan Sporting Gijon, Ivan Hernandez gesa rakan sepasukannya supaya bertenang sekiranya mahu bermain di tahap terbaik hujung minggu ini.

Valencia
Pemain pertahanan Valencia, Hedwiges Maduro bimbang dia mungkin tidak dapat menyertai Euro 2012 kerana jarang mendapat peluang bersama Los Che.

Villarreal
Bruno Soriano menegaskan bahawa Villarreal tenang walaupun gagal menewaskan Espanyol dan bakal menghadapi detik paling penting pada musim ini.

No comments:

Post a Comment