Athletic Bilbao
Pengurus Bilbao, Marcelo Bielsa berharap pasukannya boleh mengutip mata sepanjang baki musim ini untuk melayakkan diri ke Liga Juara-juara.
Atletico Madrid
Radamel Falcao gesa Atletico Madrid supaya mensasarkan tempat setinggi yang mungkin di dalam liga, selepas membantu mereka menewaskan Rayo.
Barcelona
Pihak Barcelona dilapor berminat untuk mendapatkan pemain khidmat sayap kiri kelab Udinese, Pablo Armero di dalam pasaran musim panas nanti.
Espanyol
Pengurus Espanyol, Mauricio Pochettino berkata amat jelas yang pasukannya berhak menang ke atas Valencia dan menafikan kaitan dengan Los Che.
Getafe
Mehdi Lacen jaringkan golnya yang pertama dalam La Liga untuk Getafe menang di tempat sendiri buat kali kelapan setelah menentang Sevilla.
Granada
Pengurus, Abel Resino mengaku Granada tumpul ketika menyerang Zaragoza, tetapi kekalahan itu tidak akan menentukan nasib mereka musim ini.
Levante
Pemain tengah Levante, Valdo marah mengenai penalti yang diberikan kepada Barcelona dan menuduh Pep Guadiola memberi tekanan kepada pengadil.
Malaga
Pengurus Malaga kesal dengan mata yang terlepas ketika menentang Sociedad, tetapi menegaskan bahawa lawan mereka ada kelebihan rehat dua hari.
Osasuna
Pengurus Osasuna, Mendilibar merungut mengenai kad merah untuk Raul Garcia, tetapi percaya skuadnya telah bermain dengan baik pada babak kedua.
Racing Santander
Penolong pengurus Racing, Federico Castanos berkeras yang kelab itu masih boleh elakkan penyingkiran, walaupun selepas seri dengan Villarreal.
Rayo Vallecano
Pengurus, Sandoval percaya Rayo boleh berbangga dengan aksi ketika menentang Atletico dan yakin masa akan membuktikan mereka sudah selamat.
Real Betis
Pengurus Real Betis, Pepe Mel gembira dengan kemenangan ke atas Osasuna dan mahu skuadnya kekalkan prestasi supaya peminat boleh berasa bangga.
Real Madrid
Jose Mourinho berkata rekod Real Madrid menentang Bayern tidak bermakna dan percaya skuad Bavarian itu adalah pilihan utama di Allianz Arena.
Real Mallorca
Pengurus, Joaquin Caparros berkata perlawanan menentang Bilbao adalah sama seperti Valencia, tetapi kali ini Mallorca gagal menjaringkan gol.
Real Sociedad
Pengurus Real Sociedad, Philippe Montanier amat puas hati seri dengan Malaga, terutamanya kerana salah seorang pemainnya telah dibuang padang.
Real Zaragoza
Pengurus Real Zaragoza, Manolo Jimenez mengaku kemenangan ke atas Granada telah membenarkan pasukannya untuk terus berjuang menyelamatkan diri.
Sevilla
Mehdi Lacen jaringkan golnya yang pertama dalam La Liga untuk Sevilla tewas di tempat lawan buat kali yang ketujuh setelah menentang Getafe.
Sporting Gijon
Pengurus Sporting, Clemente menghadapi masalah pertahanan kerana Ivan Hernandez tidak dapat beraksi selama tiga minggu kerana otot terkoyak.
Valencia
Pengurus Valencia, Unai Emery mengaku Espanyol lebih bagus dari segi taktikal, fizikal dan psikologikal, berikutan kekalahan besar di Cornella.
Villarreal
Miguel Lotina mengaku kegagalan Villarreal memastikan kemenangan ke atas Racing pada babak kedua telah menyebabkan mereka kerugian dua mata.
No comments:
Post a Comment