Arsenal
Jordi Gomez jaringkan golnya yang kelima dalam Liga Premier untuk Arsenal tewas di tempat sendiri buat kali ketiga setelah menentang Wigan.
Aston Villa
Alex McLeish yakin Ciaran Clark boleh bermain sepanjang baki kempen Aston Villa, selepas mengalami kecederaan kepala ketika menentang Man Utd.
Blackburn
Penyokong Blackburn merancang untuk mengadakan satu lagi tunjuk perasaan bagi membantah pemilik kelab, Venky's serta pengurus, Steve Kean.
Bolton
Pemain Bolton, Fabrice Muamba yang keluar dari hospital pada hari Isnin mengaku dia terhutang budi kepada doktor yang menyelamatkan nyawanya.
Chelsea
Juan Mata berpendapat bahawa adalah tidak mustahil untuk Chelsea menewaskan Barcelona berdasarkan pengalaman yang dimiliki oleh pasukannya.
Everton
Bekas pemain skuad England, Phil Neville berkata bahawa dia tidak mahu menjadi kakitangan kelab Everton selepas dia bersara daripada bermain.
Fulham
Penyerang, Pavel Pogrebnyak mungkin kekal di Fulham untuk jangka masa yang panjang selepas berpindah ke rumah lama Jose Mourinho di London.
Liverpool
Jamie Carracher mahu Liverpool mengekalkan Luis Suarez dan dia tidak akan menukarkan penyerang itu untuk mana-mana pemain lain di England.
Manchester City
Roberto Mancini tidak pasti sama ada Carlos Tevez akan kekal di Man City pada musim hadapan walaupun prestasinya cemerlang kebelakangan ini.
Manchester United
Penyerang Manchester United, Wayne Rooney mengaku dia kecewa dengan aksinya ketika menentang Aston Villa, walaupun berjaya jaringkan dua gol.
Newcastle United
Pemain pertahanan, Danny Simpson membayangkan bahawa dia mahu kekal di Newcastle pada musim hadapan, walaupun rundingannya masih berjalan.
Norwich City
Paul Lambert beritahu John Ruddy dan Ryan Bennett supaya cepat-cepat melupakan kesilapan yang mereka lalukan ketika Norwich bertemu Man City.
Queens Park Rangers
Penyerang Doncaster, El-Hadji Diof telah ditahan sementara pemain QPR, Anton Ferdinand disoalsiasat berikutan kes pergaduhan di kelab malam.
Stoke City
Pengurus Stoke, Tony Pulis pertimbangkan keputusan menurunkan penjaga gol, Thomas Sorensen ke dalam skuad utama sebelum musim ini berakhir.
Sunderland
Martin O'Neill tegaskan bahawa prestasi pemainnya sepanjang baki musim ini akan menentukan sama ada mereka mempunyai masa depan di Sunderland.
Swansea City
Pengurus Swansea, Brendan Rodgers tidak kisah mengenai kritikan terhadap pasukannya dan berkata pencapaian mereka pada musim ini sangat bagus.
Tottenham
Bintang Olympique de Marseille, Loic Remy mengaku dia tidak mahu keluar pada musim panas nanti, walaupun Tottenham berminat mendapatkannya.
West Brom
Pengurus, Roy Hodgson mendakwa bahawa masa depan bintang West Brom ketika ini bergantung kepada polisi kelab itu untuk membeli pemain baru.
Wigan Athletic
Jordi Gomez jaringkan golnya yang kelima di dalam Liga Premier untuk Wigan tewas di tempat lawan buat kali kelima setelah menentang Arsenal.
Wolverhampton
Michael Kightly sekali lagi menyatakan komitmennya kepada Wolverhampton dan berharap skuadnya tidak akan berpecah jika mereka turun divisi.
No comments:
Post a Comment