Tuesday, April 3, 2012

Serie A

AC Milan
Barcelona mara ke separuh akhir setelah Lionel Messi jaringkan golnya yang ke-14 dalam Liga Juara-juara untuk menyingkirkan pasukan AC Milan.

AS Roma
AS Roma dilapor berharap untuk menggunakan hubungan baik mereka dengan Liverpool untuk cuba membawa penyerang, Luis Suarez ke Stadio Olimpico.

Atalanta
Direktor, Pierpaolo Marino berkata masalah sindiket menentukan keputusan perlawanan adalah masalah umum tetapi hanya Atalanta yang dihukum.

Bologna
Pertahanan Bologna, Nicola Cherubin memberitahu pasukannya bahawa masanya sudah tiba untuk membuktikan kemampuan mereka bila menentang Cesena.

Cagliari
Cagliari berterima kasih kepada Trieste kerana bekerjasama, tetapi mengakui perpindahan ke Nereo Rocco bukanlah penyelesaian jangka panjang.

Catania
Direktor Genoa, Capozzucca mengaku laporan mengaitkannya dengan Catania meletakkan dirinya dalam situasi yang rumit, tetapi tidak menafikannya.

Cesena
Rafael Martinho mengaku bahawa Cesena mempunyai hak untuk membeli kontraknya daripada Catania, tetapi dia tidak mahu bermain dalam Serie B.

Chievo
Penjaga gol Chievo, Stefano Sorrentino memuji hasil kerja direktor, Giovanni Sartori yang telah dilakukan dengan jumlah dana yang amat terhad.

Fiorentina
Gabriele Oriali dilaporkan adalah calon utama untuk menjadi direktor sukan Fiorentina yang baru bila Pantaleo Corvino keluar pada musim panas.

Genoa
Direktor Genoa, Capozzucca mengaku laporan mengaitkannya dengan Catania meletakkan dirinya dalam situasi yang rumit, tetapi tidak menafikannya.

Inter Milan
Inter dilapor akan mempercepatkan rundingan dengan Porto untuk membeli Fredy Guarin setelah mendapat tahu bahawa Real Madrid juga berminat.

Juventus
Pemain Parma, Sebastian Giovinco membayangkan yang dia sanggup kembali ke Juventus dan mahu mengambil nombor jersi milik Alessandro Del Piero.

Lazio
Pengurus Lazio, Edy Reja percaya pertemuan dengan Napoli minggu ini adalah perlawanan akhir bagi kedua-dua pasukan yang mahukan tempat ketiga.

Lecce
Carlo Osti telah beri amaran kepada pemain Lecce supaya jangan membenarkan isu luar mempengaruhi tugas dan menggesa mereka supaya bertenang.

Napoli
Berita baik untuk pengurus Napoli, Walter Mazzarri setelah Christian Maggio disahkan hanya mengalami kelesuan ketika menentang skuad Juventus.

Novara
Penjaga gol Novara, Samir Ujkani dijangka telah bermain buat kali terakhir pada musim ini, setelah dia disahkan mengalami keretakan tangan.

Palermo
Igor Budan berkata adalah normal untuk Palermo memberikan peluang kepada pemain remaja mereka berikutan ketiadaan beberapa pemain skuad utama.

Parma
Pemain Parma, Sebastian Giovinco membayangkan yang dia sanggup kembali ke Juventus dan mahu mengambil nombor jersi milik Alessandro Del Piero.

Siena
Pertahanan, Andrea Rossi mahu bermain dengan lebih kerap, tetapi mengakui bahawa Del Grosso sedang menunjukkan prestasi terbaiknya untuk Siena.

Udinese
Pengurus Udinese, Francesco Guidolin percaya ketika ini terdapat lima kelab sedang merebut tempat ketiga dalam liga, termasuklah pasukannya.

No comments:

Post a Comment