Arsenal
Alex Oxlade-Chamberlain mengumumkan hasratnya untuk menyertai pasukan England dan menegaskan mereka boleh menjuarai pertandingan Euro 2012.
Aston Villa
Aston Villa telah melantik Gabriel Agbonlahor iaitu pemain paling lama berada di kelab itu, sebagai kapten baru untuk sepanjang baki musim ini.
Blackburn
Steve Kean yakin Blackburn masih mampu mencatatkan beberapa keputusan baik dalam baki musim ini, setelah kembali jatuh ke dalam zon bahaya.
Bolton
Kapten Bolton, Kevin Davies kecewa jarang memulakan perlawanan, tetapi berharap dapat memecah masuk dalam skuad utama sebelum musim ini tamat.
Chelsea
Roberto Di Matteo beri amaran Chelsea ambil risiko mencatatkan sejarah yang tidak diingini jika gagal ambil serius perlawanan menentang Benfica.
Everton
Penyerang Everton, Victor Anichebe mahu kembali menjadi pemain utama skuad David Moyes, setelah kecederaan menghadkan masanya di atas padang.
Fulham
Alex Kacaniklic mahu mengambil kesempatan penuh setiap peluang yang diberikan kepadanya, setelah membuat kemunculan pertamanya untuk Fulham.
Liverpool
AS Roma dilapor berharap untuk menggunakan hubungan baik mereka dengan Liverpool untuk cuba membawa penyerang, Luis Suarez ke Stadio Olimpico.
Manchester City
Joleon Lescott yakin dia akan sempat pulih sebelum perlawanan menentang Arsenal dan membantu Manchester City melancarkan semula kempen mereka.
Manchester United
Wayne Rooney mengaku berbesar hati bakal menyamai rekod Violett dan Best, tetapi mengaku dia mahu pecahkan rekod 249 gol milik George Best.
Newcastle United
Cheick Tiote berpendapat bahawa tiada sebabnya Newcastle United tidak boleh menduduki 4 tempat teratas dan melayakkan diri ke Liga Juara-juara.
Norwich City
Aaron Wilbraham telah menolak beberapa tawaran untuk meminjam khidmatnya kerana mahu berjuang merampas tempat di dalam skuad utama Norwich.
Queens Park Rangers
Mark Hughes mengesahkan bahawa dia tidak akan membuka rundingan dengan mana-mana pemain Queens Park Rangers sehingga kempen musim ini tamat.
Stoke City
Pemain Stoke, Jonathan Woodgate berharap dapat melanjutkan kontraknya di situ, tetapi mengakui bahawa segala keputusan berada di tangan kelab.
Sunderland
Pemain tengah Sunderland, Lee Cattermole tiada rancangan untuk melepaskan sebarang baki perlawanan musim ini walaupun mengalami masalah ligamen.
Swansea City
Pemain tengah ADO, Jens Toornstra bersikap terbuka mengenai perpindahan ke Sunderland, berikutan spekulasi yang mengaitkannya dengan kelab itu.
Tottenham
Emmanuel Adebayor yakin Tottenham boleh menamatkan musim ini dengan cemerlang setelah mendapat momentum daripada kemenangan ke atas Swansea.
West Brom
West Brom dilapor telah cuba mengambil penyerang Rangers, Steven Naismith pada minggu lalu, tetapi tawaran mereka telah ditolak oleh kelab itu.
Wigan Athletic
Penjaga gol Oman, Ali Al-Habsi berkata Wigan tidak gentar dengan mana-mana pasukan dan ramal Latics sekali lagi akan mengelakkan penyingkiran.
Wolverhampton
Agen Kenny Miller mengaku penyerang Wolves itu mungkin berminat untuk berpindah ke Celtic - walaupun sebelum ini dia bermain untuk Rangers.
No comments:
Post a Comment