Arsenal
Robin Van Persie jaringkan golnya yang ke-27 dalam Liga Premier untuk Arsenal menang di tempat lawan buat kali ke-8 setelah bertemu Wolves.
Aston Villa
Bekas penjaga gol Hearts, Marian Kello akan tiba di Birmingham hujung minggu ini untuk melengkapkan rundingan pra-kontrak dengan Aston Villa.
Blackburn
Pengurus Blackburn, Steve Kean akan cuba mengukuhkan lagi pertahanan pasukannya kerana peluang mereka untuk kekal dalam liga semakin suntuk.
Bolton
Kapten Bolton Wanderers, Kevin Davies percaya pasukannya perlu lebih cekap menjaringkan gol sekiranya mereka mahu mengelakkan penyingkiran.
Chelsea
Chelsea telah dikaitkan dengan bintang remaja Maribor, Petar Stojanovic yang juga menjadi sasaran untuk Bayern Munich, Genoa dan Sampdoria.
Everton
Harapan pemain tengah Everton, Jack Rodwell untuk bermain di Euro 2012 sudah musnah setelah mengalami kecederaan paha ketika menjalani latihan.
Fulham
Penyerang, Pavel Pogrebnyak mengaku telah memulakan rundingan dengan Fulham mengenai kontrak baru dan percaya dia akan kekal di Liga Premier.
Liverpool
Kelab Championship, Hull City mengesahkan bahawa Liverpool telah memanggil Peter Gulacsi pulang bagi membantu krisis penjaga gol di kelab itu.
Manchester City
Sergio Aguero jaringkan golnya yang ke-19 dalam Liga Premier untuk Man City menang di tempat sendiri buat kali ke-16 setelah bertemu West Brom.
Manchester United
Shaun Maloney jaringkan golnya yang kedua dalam Liga Premier untuk Manchester Utd tewas di tempat lawan buat kali kedua setelah bertemu Wigan.
Newcastle United
Pengurus U21 Slovenia, Tomaz Kavcic berkata pemain Newcastle, Haris Vuckic tidak lagi dapat beraksi dalam musim ini kerana kecederaan lutut.
Norwich City
Steve Morison berkata 'adalah memalukan' jika pasangannya di Norwich City, Grant Holt tidak diberikan peluang untuk menyertai skuad England.
Queens Park Rangers
Joey Barton jaringkan golnya yang ketiga dalam Liga Premier untuk QPR menang di tempat sendiri buat kali yang kelima setelah menentang Swansea.
Stoke City
Pemain sayap, Jermaine Pennant melegakan kebimbangan mengenai masa depannya dengan mendakwa dia mahu bermain di Stoke selama dua tahun lagi.
Sunderland
Celtic mungkin sekali lagi akan membuat tawaran untuk penjaga gol Sunderland, Craig Gordon sekiranya kelab itu gagal membeli Fraser Forster.
Swansea City
Joey Barton jaringkan golnya yang ketiga dalam Liga Premier untuk Swansea tewas di tempat lawan buat kali ke-10 setelah menentang skuad QPR.
Tottenham
Tottenham telah menolak tawaran daripada Queens Park Rangers untuk pemain tengah remaja, Alex Pritchard yang tamat kontrak hujung musim ini.
West Brom
Sergio Aguero jaringkan golnya yang ke-19 dalam Liga Premier untuk West Brom tewas di tempat lawan buat kali ke-7 setelah menentang Man City.
Wigan Athletic
Shaun Maloney jaringkan golnya yang kedua dalam Liga Premier untuk Wigan menang di tempat sendiri buat kali ketiga setelah menentang Man Utd.
Wolverhampton
Robin Van Persie jaringkan golnya yang ke-27 dalam Liga Premier untuk Wolves tewas di tempat sendiri buat kali ke-12 setelah menentang Arsenal.
No comments:
Post a Comment