Monday, April 2, 2012

Serie A

AC Milan
Milan dilapor telah mencapai persetujuan untuk membeli separuh lagi kontrak Stephan El Shaarawy daripada pihak Genoa pada hujung musim ini.

AS Roma
Pengurus, Luis Enrique berkata AS Roma masih percaya mereka boleh merebut tempat ketiga dan mahu catatkan keputusan positif berturut-turut.

Atalanta
Pemain Atalanta, Andrea Masiello telah ditahan oleh pihak polis yang menyiasat mengenai skandal pertaruhan melibatkan skuad Bari musim lalu.

Bologna
Stefano Pioli menegaskan bahawa Bologna telah bermain dengan baik ketika tewas kepada Palermo, tetapi telah dihukum kerana melakukan kesilapan.

Cagliari
Massimo Ficcadenti gembira dengan aksi Cagliari ketika menentang Atalanta dan percaya mereka boleh memastikan kemenangan pada babak pertama.

Catania
Pietro Lo Monaco percaya kelab lain tidaklah serius mengenai hasrat untuk mengambilnya dan menggariskan bahawa fokusnya hanya pada Catania.

Cesena
Pengurus, Mario Beretta puas hati dengan aksi Cesena ketika menentang Lecce dan mahu pemainnya mengekalkan semangat sehingga musim ini tamat.

Chievo
Pengurus Chievo, Di Carlo gembira dengan kemenangan penting ke atas Fiorentina dan mendedahkan bahawa Pellissier telah bermain walaupun cedera.

Fiorentina
Direktor Fiorentina dilapor mungkin mahu memecat Delio Rossi dan melantik semula Sinisa Mihajlovic yang dipecat pada bulan November lalu.

Genoa
Genoa ambil keputusan memecat pengurus, Pasquale Marino dan melantik semula Alberto Malesani, berikutan kekalahan mereka kepada Inter Milan.

Inter Milan
Massimo Moratti yakin pengurus baharu, Andrea Stramaccioni telah membuat impak di Inter Milan, berikutan persembahan ketika menentang Genoa.

Juventus
Arturo Vidal mengaku dia telah menjaringkan gol yang hebat ketika menentang Napoli, tetapi menggariskan bahawa kemenangan Juve lebih penting.

Lazio
Berita buruk untuk pengurus Lazio, Edy Reja kerana Andre Dias tidak dapat beraksi selama 20 hari dan akan turun semula bila menentang Udinese.

Lecce
Pengurus, Serse Cosmi berkata tidak mudah bagi Lecce untuk bertenang dan menyempurnakan peluang mereka dalam keputusan seri dengan Cesena.

Napoli
Walter Mazzarri mengaku Napoli merosot selepas Arturo Vidal menjaringkan gol dan mula hilang sabar kerana permainan kasar pasukan Juventus.

Novara
Attilio Tesser percaya keputusan Novara tewas 5-2 kepada Roma adalah keterlaluan dan seorang pemain Giallorossi sepatutnya telah dibuang padang.

Palermo
Pengurus Palermo, Bortolo Mutti memuji persembahan pemain mudanya dan berkata kemenangan mereka di Bologna telah membantu skuadnya bertenang.

Parma
Parma berada di tempat ke-10 dalam carta Fair Play dengan 70 mata penalti setelah mengumpulkan 66 kad kuning dan 2 kad merah pada musim ini.

Siena
Giuseppe Sannino mengaku Siena menunjukkan aksi yang sangat bertenaga untuk menewaskan Udinese, tetapi lebih banyak pengorbanan diperlukan.

Udinese
Pengurus Udinese, Francesco Guidolin akui pasukannya sedang menghadapi masalah, tetapi menegaskan bahawa mereka masih bersaing untuk ke Eropah.

No comments:

Post a Comment