Friday, April 13, 2012

EPL

Arsenal
Pengurus Arsenal, Arsene Wenger mahu pengadil diberi kuasa menghentikan perlawanan dan merujuk kepada video sebelum mereka membuat keputusan.

Aston Villa
Alex McLeish tidak mahu skuad Aston Villa berasa gentar untuk mencantas Ashley Young dan pemain Man Utd yang lain bila bermain di Old Trafford.

Blackburn
Pengurus, Steve Kean yakin dia boleh menamatkan momentum negatif Blackburn mengeluarkan mereka daripada zon bahaya dengan menewaskan Swansea.

Bolton
Pengurus, Owen Coyle optimistik Bolton boleh mencipta peluang dan menjaringkan gol yang diperlukan untuk kelab itu kekal dalam Liga Premier.

Chelsea
Roberto Di Matteo umumkan bahawa John Terry dan Ashley Cole boleh menyertai pasukan Chelsea dalam perlawanan Pialal FA menentang Tottenham.

Everton
David Moyes berkata Everton mempunyai ramuan yang diperlukan untuk mencapai kejayaan - bermula dengan perlawanan Piala FA menentang Liverpool.

Fulham
Pengurus West Brom, Roy Hodgson telah menafikan laporan yang mengatakan Peter Odemwingie akan terlibat dalam pertukaran pemain dengan Fulham.

Liverpool
Pemain sayap Atalanta, Ezequiel Schelotto telah menarik perhatian Liverpool yang dilapor bakal menghantar peninjau untuk melihat dia bermain.

Manchester City
Roberto Mancini menggariskan kemajuan yang telah dibuat oleh Manchester City dan yakin bahawa ini adalah musim yang positif bagi pasukannya.

Manchester United
Sir Alex Ferguson berkata dia juga tidak terkecuali daripada menjadi sasaran kemarahan penyokong sekiranya Manchester Utd mengalami masalah.

Newcastle United
Pengurus, Alan Pardew puji pemain skuad kebangsaan Ireland Utara, Shane Ferguson dan mendakwa dia mempunyai masa depan yang cerah di Newcastle.

Norwich City
Pengurus Norwich, Paul Lambert mengesahkan yang Marc Tierney tidak lagi dapat bermain pada musim ini setelah menjalani pembedahan pangkal paha.

Queens Park Rangers
Mark Hughes berkata skuad QPR mahu mengekalkan momentum yang terbina selepas bertemu Swansea dan membawanya ke perlawanan menentang West Brom.

Stoke City
Pemain pertahanan, Robert Huth berkata dia mahu menjaringkan lebih banyak gol dalam usaha Stoke City menamatkan musim ini di 10 tempat teratas.

Sunderland
Pengurus Sunderland, Martin O'Neill mengaku penyerang, Asamoah Gyan dijangka tidak akan kembali ke kelab itu selepas pinjamkan kepada Al-Ain.

Swansea City
Brendan Rodgers berkata perlawanan menentang Blackburn adalah peluang bagi Swansea mengutip mata selepas tewas 4 perlawanan berturut-turut.

Tottenham
Tottenham dilapor berminat untuk mengambil penjaga gol kelab Lyon, Hugo Lloris yang baru-baru ini telah melanjutkan kontraknya sehingga 2015.

West Brom
Pengurus West Brom, Roy Hodgson telah menafikan laporan yang mengatakan Peter Odemwingie akan terlibat dalam pertukaran pemain dengan Fulham.

Wigan Athletic
Pengerusi Wigan, Dave Whelan nafikan laporan yang mengatakan Roberto Martinez akan keluar dan berkata pengurus itu akan kekal setahun lagi.

Wolverhampton
Terry Connor menegaskan bahawa dia tidak menyesal menerima jawatan pengurus Wolves, walaupun dia mungkin dipecat selepas 13 tahun di Molineux.

No comments:

Post a Comment