Arsenal
Robin van Persie mengaku tidak sangka akan menjadi penyerang utama Arsenal, sehinggalah Emmanuel Adebayor meninggalkan skuad Gunners pada 2009.
Aston Villa
Penyerang Aston Villa, Darren Bent berkata dia semakin pulih dan enggan menolak kemungkinan menyertai skuad England yang akan ke Euro 2012.
Blackburn
Pemain pertahanan, Bradley Orr berkata Blackburn akan menggunakan kekalahan kepada Manchester Utd sebagai pendorong untuk menang di West Brom.
Bolton
Pengurus Bolton, Owen Coyle mahu memastikan pemain sayap, Ryo Miyaichi segar untuk menghadapi perlawanan menentang Fulham dan Newcastle Utd.
Chelsea
Chelsea mara ke peringkat separuh akhir setelah Raul Meireles jaringkan golnya yang kedua dalam Liga Juara-juara untuk menyingkirkan Benfica.
Everton
Phil Jagielka beri amaran kepada pemain Everton supaya bermain di tahap terbaik sekiranya mereka mahu mengatasi John Ruddy di Carrow Road nanti.
Fulham
Brede Hangeland berkata rekod Fulham di tempat lawan adalah lebih baik pada musim ini dan beberapa kemenangan lagi akan beri impak yang besar.
Liverpool
Bekas pengurus Liverpool, Roy Evans gesa pengikut Reds supaya beri sokongan kepada Kenny Dalglish serta pasukannya di penghujung musim ini.
Manchester City
Penyerang Manchester City, Sergio Aguero menafikan dakwaan mengenai kecederaan kakinya dan mengaku dia mungkin boleh turun menentang Arsenal.
Manchester United
Sir Alex Ferguson jangka derbi Manchester akan memainkan peranan menentukan juara liga, walaupun jurang antara United dan City semakin besar.
Newcastle United
Alan Pardew menggesa para pemain Newcastle supaya memastikan mereka akan bermain di Eropah pada musim hadapan, setahun lebih awal dari jangkaan.
Norwich City
Pemain tengah Norwich, Wes Hoolahan mahu menamatkan musim ini dengan cemerlang supaya dia boleh memecah masuk skuad Euro 2012 Republik Ireland.
Queens Park Rangers
Jacob Mellis yang meninggalkan Chelsea selepas meletupkan bom asap di pusat latihan kelab itu, kini menjalani ujian di Queens Park Rangers.
Stoke City
Salif Diao akan meninggalkan Stoke City pada hujung musim ini selepas lima tahun berada di situ, dalam usaha untuk menyelamatkan kerjayanya.
Sunderland
Pengurus Sunderland, Martin O'Neill cabar Connor Wickham dan Ji Dong-won supaya memecah masuk ke dalam skuad utama sebelum musim ini tamat.
Swansea City
Pengurus Swansea, Brendan Rodgers telah menghubungi Harry Redknapp mengenai kemungkinan mendapatkan khidmat Steven Caulker pada musim hadapan.
Tottenham
Harry Redknapp percaya pengurus warga British telah membuktikan bahawa mereka mampu mencapai kejayaan jika pengerusi kelab yakin dengan mereka.
West Brom
Gareth McAuley mahu melihat Roy Hodgson kekal di West Brom dan berharap penamat yang baik pada musim ini akan membantu dia membuat keputusan.
Wigan Athletic
Berita baik untuk Wigan kerana Mohamed Diame telah pulih dan boleh menentang Chelsea, tetapi perlu menunggu lebih lama untuk Hugo Rodallega.
Wolverhampton
Pemain Wolves, Stephen Hunt akan bertemu dengan pakar buat kali kedua dalam masa dua minggu bagi mengetahui tahap kecederaan pangkal pahanya.
No comments:
Post a Comment