AC Milan
AC Milan dilapor akan menawarkan Robinho kepada Santos sebagai sebahagian pertukaran untuk penyerang, Paulo Henrique Ganso pada musim panas.
AS Roma
Pihak AS Roma dilapor mahu meminjam khidmat Simon Kjaer selama setahun lagi sebelum membuat keputusan sama ada mahu memilikinya secara tetap.
Atalanta
Juventus dilapor akan menawarkan Luca Marrone kepada Atalanta sebagai sebahagian pertukaran untuk membeli Federico Peluso pada musim panas.
Bologna
Archimede Morleo adalah antara dua orang pemain Bologna yang telah dilayangkan kad merah, selepas membuat 24 faul di dalam 24 kemunculannya.
Cagliari
Agen Radja Nainggolan mengesahkan bahawa Juventus, Zenit dan CSKA adalah antara destinasi pilihan bila pemain itu keluar daripada Cagliari.
Catania
Presiden Catania, Pulvirenti menegaskan bahawa segalanya akan menjadi jelas pada hujung musim ini, setelah Lo Monaco dikaitkan dengan Napoli.
Cesena
Pemain pertahanan, Maurizio Lauro adalah pemain tunggal Cesena yang menerima 2 kad merah, setelah membuat 32 faul dalam 18 kemunculannya.
Chievo
Pemain pertahanan, Gennaro Sardo adalah pemain tunggal Chievo yang dilayangkan kad merah, setelah membuat 17 faul dalam 18 kemunculannya.
Fiorentina
Agen Michele Camporese menegaskan bahawa pemain itu masih mempunyai masa depan di Fiorentina, walaupun hanya muncul dua kali pada musim ini.
Genoa
Direktor Werder Bremen, Klaus Allofs mengesahkan bahawa mereka telah mengaktifkan hak mereka untuk membeli kontrak Sokratis daripada Genoa.
Inter Milan
Inter Milan dilapor telah menunjukkan minat untuk mendapatkan khidmat pemain tengah Toulouse, Moussa Sissoko dalam pasaran musim panas nanti.
Juventus
Juventus dilapor akan menawarkan Luca Marrone kepada Atalanta sebagai sebahagian pertukaran untuk membeli Federico Peluso pada musim panas.
Lazio
Berita baik untuk pengurus Lazio, Edy Reja kerana Andrea Dias telah kembali menjalani latihan penuh dan mungkin boleh menyertai skuad utama.
Lecce
Carlo Osti kagum dengan drama yang timbul selepas kematian Morosini dan tegaskan bahawa jadual perlawanan bukanlah keutamaan Lecce ketika ini.
Napoli
Napoli dilapor perlu mengeluarkan EUR15 juga sekiranya mereka mahu membawa pemain pertahanan Porto, Rolando ke San Paolo pada musim hadapan.
Novara
Jeda, Silva, Rigoni, Morimoto dan Ujkani tiada dalam sesi latihan pengurus Novara, Attilio Tesser berikutan kecederaan dan masalah fikizal.
Palermo
Bekas direktor Palermo, Foschi mengaku mereka berjaya tewaskan Juventus, Fiorentina dan Real Madrid untuk mengambil Edinson Cavani pada 2007.
Parma
Presiden Parma, Tommaso Ghirardi enggan berdebat mengenai penjadualan semula perlawanan dan akan mengikut sebarang keputusan pihak Lega Calcio.
Siena
Berikutan kematian Morosini, doktor Siena, Causarano menegaskan bahawa prosedur perubatan Itali adalah model yang diikuti oleh federasi lain.
Udinese
Pihak Barcelona dilapor berminat untuk mendapatkan pemain khidmat sayap kiri kelab Udinese, Pablo Armero di dalam pasaran musim panas nanti.
No comments:
Post a Comment