Arsenal
Pengurus Arsenal, Arsene Wenger mahu pasukannya menamatkan musim ini dengan cemerlang dengan memenangi kesemua baki 7 tujuh perlawanan mereka.
Aston Villa
Alex McLeish memuji pasukan Villa kerana berjaya memastikan satu mata di Liverpool dan berkata keputusan itu telah menaikkan semangat mereka.
Blackburn
Pengurus Blackburn, Steve Kean kesal dengan kegagalan pasukannya menjaringkan gol, walaupun banyak mengawal bola dalam kekalahan di West Brom.
Bolton
Pengurus Bolton, Owen Coyle mengaku kecewa setelah tewas di tempat sendiri di tangan Fulham, terutamanya dengan cara pasukannya melepaskan gol.
Chelsea
Pengurus Chelsea, Roberto Di Matteo mengaku Wigan tidak bernasib baik pulang dengan tangan kosong setelah menunjukkan persembahan cemerlang.
Everton
Pengurus Everton, David Moyes kecewa setelah skuadnya 2 kali gagal mempertahankan kelebihan gol, tetapi puas hati berjaya seri di Carrow Road.
Fulham
Martin Jol puas hati Fulham berjaya menewaskan Bolton yang sebelum ini menang 3 perlawanan berturut-turut, tetapi dia tidak mahu terlalu teruja.
Liverpool
Pengurus Liverpool, Kenny Dalglish gembira dengan usaha pasukannya setelah mereka berjaya mengejar dari belakang untuk seri dengan Aston Villa.
Manchester City
Roberto Mancini menerima hakikat kerjanya tiada jaminan masa panjang, walaupun selepas dia berjaya memastikan masa depan cerah untuk Man City.
Manchester United
Sir Alex Ferguson tidak terkejut melihat David de Gea kembali menunjukkan prestasi cemerlang dan menegaskan bahawa penjaga gol itu masih muda.
Newcastle United
Pemain Newcastle, Cheick Tiote enggan ambil risiko turun menentang Bolton pada hari Isnin ini setelah mengalami kecederaan ketika di Swansea.
Norwich City
Pengurus Norwich, Paul Lambert memuji Grant Holt dan Jonny Howson, setelah mereka jaringkan gol untuk memastikan keputusan seri dengan Everton.
Queens Park Rangers
Pengurus, Mark Hughes percaya adalah sukar untuk QPR mengumpulkan 40 mata, tetapi dia masih yakin bahawa mereka boleh kekal dalam Liga Premier.
Stoke City
Pengurus Stoke, Tony Pulis gembira kembali mencatatkan kemenangan selepas bertemu Wolves dan yakin England perlu membawa Crouch ke Euro 2012.
Sunderland
Pengurus, Martin O'Neill tidak kesal menggunakan taktik bertahan untuk memastikan Sunderland seri dengan salah satu pasukan terbaik di England.
Swansea City
Pengurus Swansea, Brendan Rodgers menegaskan bahawa dia tidak akan membenarkan kempen mereka tenggelam, berikutan kekalahan kepada Newcastle.
Tottenham
Pengurus Tottenham, Harry Redknapp pemainnya telah gagal mencari jawapan untuk mengatasi taktik bertahan yang digunakan oleh pasukan Sunderland.
West Brom
Pengurus, Roy Hodgson percaya prestasi baik bahagian pertahanan telah memastikan West Brom mendapatkan kemenangan penting ke atas Blackburn.
Wigan Athletic
Pengurus, Roberto Martinez berasa hairan dan kecewa dengan keputusan memberikan penalti kepada Chelsea dalam kekalahan Wigan di Stamford Bridge.
Wolverhampton
Pengurus, Terry Connor yakin dia akan mengekalkan jawatannya di Wolverhampton sehingga musim ini tamat, walaupun selepas tewas kepada Stoke.
No comments:
Post a Comment