AC Milan
AC Milan dilapor akan mempercepatkan rundingan mereka dengan pihak Genoa mengenai perpindahan Francesco Acerbi yang dipinjamkan kepada Chievo.
AS Roma
Luis Enrique mengaku AS Roma telah mencatatkan beberapa keputusan teruk musim ini, tetapi menegaskan yang mereka masih merebut tempat ketiga.
Atalanta
Riccardo Cazzorla percaya Atalanta perlu dipuji kerana tewaskan Napoli dan mengumumkan bahawa dia mahu kekal di situ untuk jangka masa panjang.
Bologna
Alessandro Diamanti jaringkan golnya yang ke-6 dalam Serie A untuk Bologna menang di tempat sendiri buat kali ke-6 setelah bertemu Cagliari.
Cagliari
Alessandro Diamanti jaringkan golnya yang ke-6 dalam Serie A untuk Cagliari tewas di tempat lawan buat kali ke-9 setelah menentang Bologna.
Catania
Pengurus Catania, Vincenzo Montella kecewa tewas kepada Lecce dan mengaku pasukannya kekurangan kekuatan mental untuk merebut tempat ke Eropah.
Cesena
Pengurus Cesena, Mario Beretta puas hati dengan persembahan pasukannya ketika seri dengan Genoa dan percaya mereka sebenarnya boleh menang.
Chievo
Michael Bradley kecewa Chievo gagal memastikan status mereka pada hari Rabu lalu, tetapi menegaskan bahawa mereka tewas kepada skuad juara.
Fiorentina
Andrea Della Valle percaya Fiorentina perlukan 5 mata lagi untuk mengelakkan penyingkiran, tetapi menegaskan situasi mereka tidaklah dramatik.
Genoa
AC Milan dilapor akan mempercepatkan rundingan mereka dengan pihak Genoa mengenai perpindahan Francesco Acerbi yang dipinjamkan kepada Chievo.
Inter Milan
Berita buruk untuk pengurus Inter Milan, Andrea Stramaccioni kerana Walter Samuel tidak dapat beraksi selama 3 minggu kerana kecederaan otot.
Juventus
Juventus dilapor telah menawarkan gaji sebanyak EUR1.2 juta setahun kepada pemain remaja Manchester United, Paul Pogba untuk sertai Bianconeri.
Lazio
Lazio dilapor akan mempercepatkan usaha mereka untuk mendapatkan pemain tengah Brescia, Omar El Kaddouri yang dianggarkan bernilai EUR3 juta.
Lecce
Presiden Lecce, Giovanni Semeraro mengaku pengurus, Serse Cosmi telah membuat keajaiban kecil di kelab itu dan berhak menerima pengikhtirafan.
Napoli
Napoli dilapor sedang mempertimbangkan tawaran untuk tiga orang pemain kelab Udinese, Mehdi Benatia, Luis Muriel dan Juan Guillermo Cuadrado.
Novara
Pengurus, Attilio Tesser mengaku Novara mungkin sudah terlepas peluang terakhir untuk mengelakkan penyingkiran setelah tewas kepada Parma.
Palermo
Presiden Palermo, Maurizio Zamparini puas hati seri di Fiorentina dan menafikan laporan yang mengaitkan Fabio Capello dengan pihak Rosanero.
Parma
Jonathan mengaku Parma belum lagi selamat, tetapi berharap skuadnya boleh mengekalkan prestasi yang mereka tunjukkan ketika menentang Novara.
Siena
Pengurus Siena, Giuseppe Sannino mengaku banyak yang perlu dikesali mengenai kekalahan kepada Inter dan gesa skuadnya fokus pada Inter pula.
Udinese
Napoli dilapor sedang mempertimbangkan tawaran untuk tiga orang pemain kelab Udinese, Mehdi Benatia, Luis Muriel dan Juan Guillermo Cuadrado.
No comments:
Post a Comment