AC Milan
AC Milan dilapor masih berminat mendapatkan khidmat pemain tengah Stuttgart, Timo Gebhart yang mungkin akan dijual dengan harga EUR6 juta.
AS Roma
Roma dilapor sedang mengadakan rundingan dengan Fluminense mengenai pembelian kontrak Marquinho yang telah berjaya menyesuaikan dengan cepat.
Atalanta
Matias Schelotto telah membuat kemunculan paling banyak untuk Atalanta dalam 31 perlawanan serta menjaringkan 2 gol selepas membuat 25 cubaan.
Bologna
Penjaga gol Bologna, Jean Francois Gillet tamatkan sesi latihan lebih awal kerana masalah paha, tetapi dijangka pulih dalam masa beberapa hari.
Cagliari
Juventus mahu mendapatkan khidmat Davide Astori dan dilapor sedang mendesak Cagliari menurunkan harga EUR10 juta untuk pemain pertahanan itu.
Catania
Catania mengesahkan minat terhadap penyerang Universidad de Chile, Junior Fernandes tetapi menegaskan bahawa mereka belum memulakan rundingan.
Cesena
Marco Parolo telah membuat kemunculan paling banyak untuk Cesena dengan 27 perlawanan serta menjaringkan satu gol setelah membuat 42 cubaan.
Chievo
Penjaga gol, Stefano Sorrentino telah beraksi dalam kesemua perlawanan Chievo di mana dia telah menggagalkan 88 cubaan dan melepaskan 40 gol.
Fiorentina
Penjaga gol Fiorentina, Artur Boruc mungkin keluar dari Artemio Franchi bila kontraknya tamat pada musim panas nanti untuk kembali ke Celtic.
Genoa
Penjaga gol, Sebastian Frey telah bermain dalam kesemua perlawanan Genoa pada musim ini sambil menyelamatkan 118 cubaan dan melepaskan 58 gol.
Inter Milan
Pengurus Inter Milan, Andrea Stramaccioni berharap dapat menurunkan Wesley Sneijder pada minggu ini selepas empat minggu menjalani pemulihan.
Juventus
Juventus mahu mendapatkan khidmat Davide Astori dan dilapor sedang mendesak Cagliari menurunkan harga EUR10 juta untuk pemain pertahanan itu.
Lazio
Pemain pertahanan, Breno mungkin menyertai Lazio secara percuma setelah gagal membuat impak di Bayern Munich kerana kerap mengalami kecederaan.
Lecce
Pemain tengah, Guillermo Giacomazzi berkata Lecce telah memperbaiki pertahanan mereka, serta memuji peranan penting Di Michele dan Muriel.
Napoli
Pengurus Napoli, Walter Mazzarri boleh menurunkan semula Christian Maggio di dalam sesi latihan, setelah dia pulih daripada masalah ototnya.
Novara
Marco Rigoni dan Giuseppe Gemiti telah membuat 30 kemunculan untuk Novara pada musim ini dan bersama-sama mereka telah menjaringkan 8 gol.
Palermo
Abel Hernandez dengan rasminha telah memberikan komitmennya kepada Palermo dengan melanjutkan kontraknya di kelab itu sehinggalah Jun 2016.
Parma
Direktor sukan Parma, Pietro Leonardi terkejut dengan apa yang berlaku kepada Piermario Morosini kerana dia yang membawa pemain itu ke Udinese.
Siena
Claudio Terzi dan Franco Brienza telah membuat 30 kemunculan untuk Siena pada musim ini dan bersama-sama mereka telah menjaringkan tiga gol.
Udinese
Udinese dan Monaco dilapor sedang memerhatikan perkembangan pemain tengah Porto, Sergio Ribeiro yang ketika ini dipinjamkan kepada Padroense.
No comments:
Post a Comment