AC Milan
Penjaga gol AC Milan, Christian Abbiati terkejut dengan keputusan penalti yang kedua dan berkata pemain Barcelona juga tidak menjangkakannya.
AS Roma
Pemain tengah, Fernando Gago mahu melanjutkan masanya bersama AS Roma, tetapi mengaku keputusan berada di tangan Giallorossi dan Real Madrid.
Atalanta
Masa depan Andrea Masiello kini menjadi samar setelah nama pemain Atalanta itu dipadamkan daripada laman sesawang Orobici selepas dia ditahan.
Bologna
Pemain tengah Bologna, Rene Krhin telah menjalani pembedahan terhadap ligamen lututnya yang putus dan perlukan lima bulan untuk pulih semula.
Cagliari
Laporan mengesahkan bahawa kelab Cagliari akan mengadakan perlawanan tempat sendiri menentang Catania, Chievo Verona dan Juventus di Trieste.
Catania
Direktor Catania, Pietro Lo Monaco dilaporkan berminat untuk mengambil pemain Universidad de Chile, Marcelo Diaz yang juga dikejar oleh Basel.
Cesena
Cesena tewaskan skuad U18 Sanfrecce Hiroshima 6-0 dalam setelah Del Nero, Malonga, Rennella, Ceccarelli, Filippi dan Cica menjaringkan gol.
Chievo
Chievo dilaporkan adalah salah satu daripada empat kelab Itali yang sedang memerhatikan pemain tengah Santiago Wanderers, Sebastian Ubilla.
Fiorentina
Pengurus Zenit St Petersburg, Luciano Spalletti menafikan pendapat yang mengatakan dia akan ke Fiorentina kerana dia gembira berada di Rusia.
Genoa
Pemain tengah milik FC Porto, Fernando Belluschi menegaskan bahawa dia mahu terus bersama Genoa, setelah berjaya menyesuaikan diri kelab itu.
Inter Milan
Direktor Inter Milan, Marco Branca mendedahkan bahawa mereka perlu menyerahkan EUR14 juta kepada Porto sekiranya mahu membeli Fredy Guarin.
Juventus
Penyerang Juventus, Fabio Quagliarella mungkin memulakan perlawanan pada hujung minggu ini setelah menjaringkan gol ketika menentang Napoli.
Lazio
Pengurus Lazio, Edy Reja dan direktor, Igli Tare dilapor telah bertanyakan mengenai status penjualan pemain tengah Brescia, Omar El Kaddouri.
Lecce
Guillermo Giacomazzi berkata Lecce yakin mereka belum tersingkir dan berazam menutup jurang 5 mata yang diperlukan untuk keluar dari zon bahaya.
Napoli
Pengurus Napoli, Walter Mazzarri menegaskan bahawa mereka tidak boleh memenangi tempat ketiga sekiranya menggunakan terlalu ramai pemain remaja.
Novara
Pemain tengah Novara, Marco Rigoni mengaku pasukannya menghadapi detik penentu dalam kempen musim ini, menjelang perlawanan menentang Genoa.
Palermo
Palermo sedar mereka perlu bekerja keras untuk menewaskan Juventus, terutamanya kerana separuh daripada skuad utama mereka tidak dapat beraksi.
Parma
Agen Sebastian Giovinco mendakwa bahawa Barcelona berminat untuk mendapatkan khidmat penyerang Parma itu yang kini mula memenuhi potensinya.
Siena
Pemain pertahanan Siena, Andrea Rossi menggesa rakan sepasukannya supaya mengambil kesempatan ke atas kemerosotan prestasi Atalanta minggu ini.
Udinese
Parma sedang mempertimbangkan sama ada mahu mengambil penyerang Udinese, Paulo Vitor Barreto yang bergelut dengan isu fizikal pada musim ini.
No comments:
Post a Comment