Monday, April 2, 2012

EPL

Arsenal
Pemain sasaran Arsene Wenger, Yann M'Villa mengaku dia teringin menyertai sama ada kelab Arsenal, Inter Milan atau Real Madrid pada musim panas.

Aston Villa
Pengurus Sunderland, Martin O'Neill telah dikaitkan dengan pemain Villa, Stephen Warnock yang mungkin boleh dibeli dengan nilai GBP2.5 juta.

Blackburn
Antonio Valencia jaringkan golnya yang ke-4 dalam Liga Premier untuk Blackburn tewas di tempat sendiri buat kali ke-10 setelah bertemu Man Utd.

Bolton
Owen Coyle memberitahu Bolton supaya mengekalkan momentum setelah mengutip mata di Wolves kerana kelab yang bersaing dengan juga telah menang.

Chelsea
Frank Lampard mencadangkan bahawa pengurus sementara Chelsea, Roberto Di Matteo lebih pandai menguruskan pemain berbanding Andre Villas-Boas.

Everton
Everton adalah antara 6 kelab Liga Premier yang sedang perhatikan pemain Nottingham, Gareth McCleary yang akan tamat kontrak pada musim panas.

Fulham
Martil Jol merayu kepada Clint Dempsey supaya menandatangani kontrak baru untuk kekal di Fulham, berikutan satu lagi persembahan baik darinya.

Liverpool
Liverpool dilapor tidak akan merayu kad merah yang dilayangkan kepada penjaga gol Pepe Reina kerana bertindak kasar ketika menentang Newcastle.

Manchester City
Bintang Atletico Madrid, Radamel Falcao meremehkan laporan yang mengaitkannya dengan Manchester City kerana dia gembira bermain dalam La Liga.

Manchester United
Antonio Valencia jaringkan golnya yang ke-4 dalam Liga Premier untuk Man Utd menang di tempat lawan buat kali ke-12 setelah menentang Blackburn.

Newcastle United
Pengurus, Alan Pardew berkata Papiss Cisse berkeyakinan tinggi dan mengaku dia tidak pernah meragui yang pemain itu akan berjaya di Newcastle.

Norwich City
Norwich adalah antara 6 kelab Liga Premier yang sedang perhatikan pemain Nottingham, Gareth McCleary yang akan tamat kontrak pada musim panas.

Queens Park Rangers
Pengurus QPR, Mark Hughes mahu Taarabt menyalurkan kebolehannya ke arah yang betul dan secara konsisten, jika mahu menjadi bintang Liga Premier.

Stoke City
Pengurus Stoke, Tony Pulis mungkin tidak dapat menurunkan pemain sayap, Matthew Etherington dan Jermain Pennant bila menentang Wolves dan Villa.

Sunderland
Pengurus Sunderland, Martin O'Neill telah dikaitkan dengan pemain Villa, Stephen Warnock yang mungkin boleh dibeli dengan nilai GBP2.5 juta.

Swansea City
Pengerusi Swansea, Huw Jenkins menegaskan bahawa dia akan melakukan segala yang terdaya untuk mengekalkan pengurus, Brendan Rodgers di situ.

Tottenham
Pemain tengah Tottenham, Gareth Bale mengaku dia tidak akan menolak tawaran daripada Barcelona atau Real Madrid sekiranya peluang itu muncul.

West Brom
Pemain tengah, Chris Brunt menggesa West Brom supaya bertenang bagi memastikan mereka tidak terlibat dalam pergelutan mengelakkan penyingkiran.

Wigan Athletic
Pemain tengah, James McCarthy akui bahawa sudah tiba masanya Wigan mendapatkan mata daripada aksi mereka, berikutan dua kemenangan sebelum ini.

Wolverhampton
Michael Kightly mengaku Wolves berkemungkinan besar akan turun divisi, tetapi menggesa rakan sepasukannya supaya berjuang sehingga musim tamat.

No comments:

Post a Comment