Sunday, April 15, 2012

EPL

Arsenal
Penjaga gol, Wojciech Szczesny berjanji akan kekal bersama Arsenal sehinggalah Gunners berjaya mengakhiri penantian mereka untuk sebuah piala.

Aston Villa
Alex McLeish mahu mengutip enam mata daripada baki perlawanan untuk Aston Villa kekal dalam Liga Premier, berikutan kekalahan kepada Man Utd.

Blackburn
Steve Kean berkata dia meminta Gael Givet turun ke padang ketika Blackburn tewas di Swansea, tetapi pemain itu tidak bersedia dari segi minda.

Bolton
Penjaga gol Bolton, Jussi Jaaskelainen dilapor akan menolak kontrak 2 tahun yang baru sekiranya kelab itu turun divisi pada hujung musim ini.

Chelsea
Kapten Chelsea, John Terry mengaku bahawa gol kedua mereka dalam kemenangan separuh akhir Piala FA ke atas Tottenham sepatutnya dibatalkan.

Everton
Everton mengesahkan bahawa mereka gugurkan pemain tengah, Royston Drenthe daripada skuad Piala FA setelah dia dikenakan tindakan disiplin.

Fulham
Arsenal berpeluang untuk mengambil Climt Dempsey kerana penyerang itu mahu menunggu sehingga musim panas sebelum berbincang dengan Fulham.

Liverpool
Penjaga gol, Brad Jones mengaku dia mungkin akan kembali ke bangku simpanan, tetapi berbangga telah memainkan peranan dalam kejayaan Liverpool.

Manchester City
Carlos Tevez percaya Man City masih boleh menjuarai Liga Premier dan berterima kasih kepada kelab itu kerana berikan peluang kedua kepadanya.

Manchester United
Sir Alex Ferguson percaya Man Utd telah menunjukkan antara persembahan terbaik mereka kebelakangan ini dalam kemenangan ke atas Aston Villa.

Newcastle United
Chelsea menyediakan tawaran bernilai GBP15 juta untuk penjaga gol Newcastle, Tim Krul yang mungkin menerima gaji sebanyak GBP90,000 seminggu.

Norwich City
Andrew Surman gembira membuat impak untuk Norwich Sabtu lalu, tetapi mengaku aksi cemerlang Man City pada 20 minit terakhir mengecewakannya.

Queens Park Rangers
Djibril Cisse yang telah menerima dua kad merah mahu menebus kesalahannya dengan membantu usaha kelab QPR untuk kekal di dalam Liga Premier.

Stoke City
Pemain Stoke, Robert Huth berkata jadual kosong kali ini akan beri peluang kepada skuadnya memulihkan tenaga bagi menghadapi klimaks musim ini.

Sunderland
Penjaga gol Sunderland, Simon Mignolet berazam menghalang kempen Black Cats kali ini daripada tenggelam dengan mensasarkan 8 tempat teratas.

Swansea City
Gylfi Sigurdsson berkata kemenangan ke atas Blackburn adalah untuk membayar hutang kepada penyokong Swansea berikutan persembahan buruk di QPR.

Tottenham
Harry Redknapp sangat marah dengan Martin Atkinson kerana berikan gol kontroversi kepada Chelsea, berikutan kekalahan Spurs di dalam Piala FA.

West Brom
Pengurus West Brom, Roy Hodgson berharap pertahanan, Jonas Olsson dan penyerang, Marc-Antoine Fortune sempat pulih untuk menentang Liverpool.

Wigan Athletic
Pengurus, Roberto Martinez menegaskan bahawa dia perlu berikan masa kepada Shaun Maloney untuk menyesuaikan diri kepada cara permainan Wigan.

Wolverhampton
Pemain sayap Wolverhampton dan skuad Republik Ireland, Stephen Hunt berkata keputusan memecat pengurus, Mick McCarthy adalah suatu kesilapan.

No comments:

Post a Comment