Friday, April 13, 2012

Serie A

AC Milan
AC Milan dilapor mahu mengambil pemain tengah pasukan PSV Eindhoven, Kevin Strootman dan sanggup menawarkan EUR10 juta untuk perpindahannya.

AS Roma
Simon Kjaer dilapor mungkin kembali ke kelab induknya, Wolfsburg kerana pihak Roma tidak sanggup membayar EUR7 juta untuk membeli kontraknya.

Atalanta
Pemain sayap Atalanta, Ezequiel Schelotto telah menarik perhatian Liverpool yang dilapor bakal menghantar peninjau untuk melihat dia bermain.

Bologna
Bologna mahyu menang buat kali kedua berturut-turut bila mereka bertemu Siena yang telah mencicirkan 21 mata di tempat sendiri pada musim ini.

Cagliari
Cagliari mahu menang buat kali kedua dari lima perlawanan bila menentang Catania yang tidak mahu tewas di tempat lawan buat kali yang ketujuh.

Catania
Presiden Catania, Antonino Pulvirenti berharap kekalahan kepada Lecce dan Chievo telah menyentak pasukannya dalam usaha mereka mencari 50 mata.

Cesena
Presiden Cesena, Igor Campedelli memuji Emuanuele Giaccherini dan mendakwa pemain Juventus itu adalah prototaip untuk pemain bolasepak moden.

Chievo
Chievo amhu menang buat kali ketiga dari lima perlawanan bila menentang Atalanta yang hanya tiga kali tewas di tempat sendiri pada musim ini.

Fiorentina
Fiorentina mahu menang buat kali kedua dari lima perlawanan bila bertemu Roma yang telah mencicirkan 15 mata di tempat sendiri pada musim ini.

Genoa
Genoa mahu menang buat kali pertama dari 12 perlawanan bila menentang AC Milan yang hanya dua kali tewas di tempat sendiri pada musim ini.

Inter Milan
Pengurus Inter, Andrea Stramaccioni bakal merombak pasukannya bagi menghadapi Udinese kerana mereka adalah mangsa paling sesuai untuk Zebrette.

Juventus
Juventus sanggup menawarkan kontrak baru kepada pengurus, Antonio Conte, tetapi belum mengubah fikiran mereka mengenai Alessandro Del Piero.

Lazio
Pemain tengah Lazio, Senad Lulic yang sudah dua bulan menjalani pemulihan, berharap dia akan dapat kembali beraksi dalam masa dua minggu lagi.

Lecce
Lecce mahu menang buat kali ketiga berturut-turut bila mereka menentang Napoli yang telah mencicirkan 27 mata di tempat lawan pada musim ini.

Napoli
Christian Maggio belum pulih untuk menentang pasukan Novara, tetapi Napoli berharap dia boleh kembali beraksi dalam perlawanan seterusnya.

Novara
Novara tidak mahu tewas buat kali kedua berturut-turut bila mereka menentang Lazio yang berazam untuk menang di tempat lawan buat kali kelapan.

Palermo
Palermo mahu menang buat kali kedua dari lima perlawanan bila menentang Parma yang tidak mahu tewas di tempat lawan buat kali yang kesembilan.

Parma
Parma perlu meneruskan usaha untuk kekal di dalam liga tanpa khidmat McDonald Mariga setelah pemain itu mengalami kecederaan ligamen lutut.

Siena
Siena mahu menang buat kali ketiga dari lima perlawanan bila menentang Bologna yang tidak mahu tewas di tempat lawan buat kali yang keenam.

Udinese
Pengurus Udinese, Francesco Guidolin menegaskan bahawa perlawanan menentang Inter pada minggu ini tidak akan menentukan kedudukan tempat ke-3.

No comments:

Post a Comment