Arsenal
Pengurus Arsenal, Arsene Wenger mengaku persembahan pasukannya ketika tewas kepada QPR tidak cukup bagus dan memuji sikap skuad tuan rumah.
Aston Villa
Pengurus Aston Villa, Alex McLeish bangga dengan persembahan pasukannya di hadapan Stiliyan Petrov, walaupun mereka ditewaskan oleh Chelsea.
Blackburn
Steve Kean berkata penyokong Blackburn telah menulis surat meminta maaf dan mengaku mereka bersalah kerana meminta dia dipecat awal musim ini.
Bolton
Pengurus Bolton, Owen Coyle memuji-muji persembahan pertahanan pasukannya yang kukuh di dalam kemenangan Trotters ke atas tuan rumah, Wolves.
Chelsea
Pengurus, Roberto Di Matteo memuji semangat yang ditunjukkan oleh para pemain Chelsea setelah mereka berjaya menangani kebangkitan Aston Villa.
Everton
Pengurus Everton, David Moyes memuji pasukannya yang dengan mudah telah mengatasi West Brom untuk mencatatkan kemenangan ketiga dalam seminggu.
Fulham
Pengurus Fulham, Martin Jol mengaku dia kecewa pasukannya gagal menggunakan gayanya di dalam babak kedua, walaupun berjaya menewaskan Norwich.
Liverpool
Dirk Kuyt menerima kritikan yang ditujukan ke arah Liverpool kebelakangan ini dan mengaku persembahan pasukannya gagal memenuhi ekspektasi.
Manchester City
Pengurus Man City, Roberto Mancini kecewa dengan persembahan Mario Balotelli ketika menentang Sunderland walaupun dia menjaringkan dua gol.
Manchester United
Pemain Man Utd, Tom Cleverley tidak mahu dilabelkan sebagai pemain mudah cedera, dan menegaskan yang dia hanya kurang bernasib baik musim ini.
Newcastle United
Pengurus Newcastle, Alan Pardew ramalkan perlawanan yang sangat negatif atau sangat positif, berdasarkan rekodnya dengan Liverpool sebelum ini.
Norwich City
Pengurus Norwich, Paul Lambert bangga dengan persembahan pasukannya pada babak yang kedua dan yakin mereka sepatutnya mendapat mata di Fulham.
Queens Park Rangers
Pengurus Queens Park Rangers, Mark Hughes puji persembahan kelas pertama Joey Barton, berikutan kemenangan ke atas Arsenal dalam Liga Premier.
Stoke City
Tony Pulis marah dengan persembahan Stoke ketika menentang Wigan dan mengaku pasukannya tidak layak membawa pulang mata daripada Stadium DW.
Sunderland
Pengurus Sunderland, Martin O'Neill gembira dengan persembahan skuadnya di Manchester City, tetapi kecewa mereka terlepas peluang untuk menang.
Swansea City
Brendan Rodgers mengaku yang dia belum bersedia untuk menguruskan kelab utama Liga Premier dan menggariskan komitmen penuhnya terhadap Swansea.
Tottenham
Harry Redknapp berharap Daniel Levy sekali lagi akan menyediakan dana untuk dia membeli para pemain yang akan membawa Tottenham ke tahap baru.
West Brom
Rod Hodgson berpendapat bahawa penyerang, Peter Odemwingie bersalah kerana bertengkar dengan Ben Foster dalam kekalahan West Brom di Everton.
Wigan Athletic
Roberto Martinez gembira dengan persembahan Wigan Athletic yang berjaya mengatasi Stoke untuk mencatatkan kemenangan kedua di tempat sendiri.
Wolverhampton
Pengurus Wolves, Terry Connor mengaku bahawa keputusan pengadil untuk memberikan penalti kepada pihak Bolton telah mengubah arus perlawanan.
No comments:
Post a Comment