Arsenal
Permintaan gaji yang terlalu tinggi oleh Theo Walcot mungkin menyaksikan dia keluar dari Arsenal dan Liverpool dilaporkan berminat mengambilnya.
Aston Villa
Stiliyan Petrov berkata pasukan Villa tidak pernah hilang keyakinan terhadap Stephen Ireland, berikutan prestasinya ketika menewaskan Chelsea.
Blackburn
Pengurus Newcastle, Alan Pardew sedang mencari pemain pertahanan baru dan dilaporkan sedang berusaha mengambil Chris Samba daripada Blackburn.
Bolton
Gretar Steinsson gembira dengan kepulangan beberapa orang pemain utama Bolton, tetapi tidak mahu skuadnya gunakan kecederaan sebagai alasan.
Chelsea
Bapa dan agen kepada Gonzalo Higuian berkata penyerang itu tidak mahu keluar dari Real Madrid, walaupun dia dikaitkan dengan Chelsea dan Juve.
Everton
David Moyes memuji impak Victor Anichebe setelah penyerang Everton yang baru pulih itu menjaringkan gol dalam kemenangan ke atas West Brom.
Fulham
Pengurus, Martin Jol mahu Fulham lebih cekap menjaringkan gol, setelah beberapa kali mensia-siakan peluang ketika seri menentang Norwich City.
Liverpool
Permintaan gaji yang terlalu tinggi oleh Theo Walcot mungkin menyaksikan dia keluar dari Arsenal dan Liverpool dilaporkan berminat mengambilnya.
Manchester City
Pengurus Man City, Roberto Mancini mengaku terkejut dan kecewa setelah pasukannya tewas kepada Sunderland dengan sepakan terakhir perlawanan.
Manchester United
Manchester United menegaskan bahawa penyerang, Wayne Rooney tidak turun menentang Blackburn kerana cedera dan bukannya kerana masalah disiplin.
Newcastle United
Pengurus Newcastle, Alan Pardew sedang mencari pemain pertahanan baru dan dilaporkan sedang berusaha mengambil Chris Samba daripada Blackburn.
Norwich City
Paul Lambert sedar masih banyak yang perlu dilakukan oleh Norwich walaupun cemerlang dalam 2011, tetapi yakin mereka boleh kekal dalam liga.
Queens Park Rangers
Neil Warnock percaya nasib Queens Park Rangers di dalam Liga Premier musim ini akan bergantung kepada keputusan dalam 10 perlawanan seterusnya.
Stoke City
Penolong pengurus Stoke, Dave Kemp ramal skuadnya akan menghadapi pasukan Blackburn yang bersemangat kerana berjaya menang di Old Trafford.
Sunderland
Martin O'Neill mengalukan semangat para pemain Sunderland, berikutan keputusan cemerlang menewaskan Manchester City di saat akhir perlawanan.
Swansea City
Brendan Rodgers berharap keputusan seri dengan Tottenham akan beri suntikan psikologi kepada Swansea dalam usaha mereka kekal di dalam liga.
Tottenham
Tottenham dilapor telah menunjukkan minat terhadap pemain tengah Lecce, Djamel Mesbah yang juga menjadi sasaran kelab Bundesliga, Freiburg.
West Brom
Pengurus West Brom, Roy Hodgson mengaku skuadnya tidak layak untuk menang, tetapi berasa bagaikan dirompak selepas Everton jaringkan gol lewat.
Wigan Athletic
James McCarthy mengaku yakin Ben Watson akan menyumbat gol ketika menentang Stoke kerana dia berlatih menjaringkan penalti hampir setiap hari.
Wolverhampton
Mick McCarthy gembira dengan urusniaga yang telah dijalankan setakat ini dan percaya Emmanuel Frimpong akan beri sumbangan besar kepada Wolves.
No comments:
Post a Comment