Athletic Bilbao
Pengurus, Marcelo Bielsa berkata Bilbao telah melakukan yang terbaik, tetapi mustahil untuk menang di Bernabeu setelah pemain dibuang padang.
Atletico Madrid
Laporan mengesahkan penyerang Atletico Madrid, Diego Costa akan menamatkan kempen musim ini sebagai pemain pinjaman di kelab Rayo Vallecano.
Barcelona
Pemain tengah, Andres Iniesta telah menyamai rekod kemunculan sebanyak 384 perlawanan yang dicatatkan oleh Pep Guardiola untuk kelab Barcelona.
Espanyol
Ajax serta Espanyol kini sedang mengadakan rundingan mengenai perpindahan penyerang, Mounir El Hamdaoui yang dijangka berpindah minggu ini.
Getafe
Nicolas Fedor adalah penjaring terbanyak untuk kelab Getafe dengan enam gol setelah membuat 38 cubaan dalam 19 kemunculannya pada musim ini.
Granada
Granada mengesahkan bahawa Abel Resino akan menerajui usaha mereka kekal dalam La Liga, setelah kelab itu memecat pengurus, Fabri Gonzalez.
Levante
Pengurus Levante, Juan Ignacio tegaskan bahawa setiap mata adalah penting bagi mereka kerana bahagian kedua musim ini adalah jauh lebih rumit.
Malaga
Pengurus Malaga, Manuel Pellegrini kesal pasukannya gagal menyempurnakan peluang mereka, tetapi mengaku Barcelona lebih cekap mengawal bola.
Osasuna
Pengurus Osasuna, Jose Luis Mendilibar yakin mereka sepatutnya menang ke atas Valencia, tetapi mengaku penjaga gol, Diego Alves terlalu cekap.
Racing Santander
Christian Stuani adalah penjaring gol terbanyak Racing Santander dengan 5 gol setelah membuat 24 kemunculan dalam 16 kemunculan musim ini.
Rayo Vallecano
Laporan mengesahkan penyerang Atletico Madrid, Diego Costa akan menamatkan kempen musim ini sebagai pemain pinjaman di kelab Rayo Vallecano.
Real Betis
Pengurus Celtic, Neil Lennon dilapor telah menyatakan hasrat untuk mengambil penyerang Betis, Jorge Molina yang dianggarkan bernilai GBP2 juta.
Real Madrid
Alvaro Arbeloa menegaskan bahawa adalah tidak adil pihak penyokong menuding jari ke arah Jose Mourinho berikutan kekalahan kepada Barcelona.
Real Mallorca
Penyerang Real Mallorca, Ivan Ramis mengaku walaupun mereka berjaya menewaskan Rayo Vallecano, ia bukanlah persembahan terbaik pasukannya.
Real Sociedad
Antoine Griezmann gembira dengan hasil kerja Sociedad sepanjang dua bulan ini, dalam usaha mereka melupakan kekalahan teruk kepada Atletico.
Real Zaragoza
Manolo Jimenez mengaku satu mata yang dikutip ketika menentang Levante adalah tidak mencukupi, tetapi puas hati dengan sikap pemain Zaragoza.
Sevilla
Presiden Sevilla, Jose Maria del Nido berkata pasukannya tahu bagaimana bermain secara efektif, tetapi prestasi mereka tidak cukup konsisten.
Sporting Gijon
Marco Ruben jaringkan golnya yang keenam dalam La Liga untuk Sporting tewas di tempat lawan buat kali keenam setelah menentang Villarreal.
Valencia
Valencia bakal mengumumkan bahawa pemain tengah, Ever Banega telah bersetuju melanjutkan kontraknya di kelab itu sehingga musim panas 2015.
Villarreal
Marco Ruben jaringkan golnya yang keenam dalam La Liga untuk Villarreal menang di tempat sendiri buat kali keempat setelah menentang Sporting.
No comments:
Post a Comment