Arsenal
Fiorentina dilapor sedar pertimbangkan keputusan untuk meminjam penyerang Arsenal, Marouane Chamakh dengan pilihan membelinya pada hujung musim.
Aston Villa
Pengurus, Alex McLeish berharap penjaga gol Aston Villa, Shay Given akan pulih daripada kecederaan sebelum perlawanan liga menentang Everton.
Blackburn
Steve Kean mengaku bahawa Blackburn tiada pilihan selain mempertimbangkan semua tawaran untuk Junior Hoilett kerana kontraknya hampir tamat.
Bolton
Pemain Bolton, Adam Bogdan berasa lega gol yang dijaringkan oleh penjaga gol Everton tidak menyebabkan skuad Trotters kehilangan mata Rabu lalu.
Chelsea
Pertahanan Wigan, Patrick van Aanholt yang dipinjam daripada Chelsea telah kembali ke kelab induknya selepas membatalkan kontraknya di situ.
Everton
Pengurus, David Moyes mengaku rancangan Everton di dalam pasaran mungkin terjejas kerana Phil Jagielka tidak dapat beraksi selama 6 minggu.
Fulham
Pengurus Fulham, Martin Jol berminat dengan pemain tengah Ajax Amsterdam, Eyong Enoh dan mungkin membuat tawaran dalam masa tiga minggu ini.
Liverpool
Liverpool mara ke peringkat keempat Piala FA setelah Bellamy, Gerrard, Shelvey, Carroll dan Downing jaringkan gol untuk menyingkirkan Oldham.
Manchester City
Pengurus Manchester City, Roberto Mancini percaya kejayaan mereka di dalam Piala FA pada musim lalu telah mendorong kempen mereka kali ini.
Manchester United
Manchester Utd dilapor telah menghantar peninjau, Martin Ferguson untuk melihat pemain muda Barcelona, Isaac Cuenca ketika menentang Osasuna.
Newcastle United
Harry Redknapp membayangkan minatnya terhadap Demba Ba bila mendedahkan bahawa penyerang Newcastle itu ada klausa perpindahan dalam kontraknya.
Norwich City
Paul Lambert menegaskan bahawa pemain Norwich, Bradley Johnson bukanlah seorang penipu seperti yang didakwa oleh Joey Barton dan Neil Warnock.
Queens Park Rangers
Laporan mengatakan yang Fulham telah menolak tawaran QPR untuk Andrew Johnson, tetapi masih ada kemungkinan dia akan dijual pada bulan ini.
Stoke City
Perlawanan Piala FA di antara Gillingham dan Stoke telah diberikan lampu hijau, selepas kelab Liga Dua itu mencapai persetujuan dengan Polis.
Sunderland
Pengurus Sunderland, Martin O'Neill telah menafikan laporan pihak media yang mengatakan Arsenal telah menghubunginya mengenai Kieran Richardson.
Swansea City
Pemain baru Swansea, Gylfi Rigurdsson mahu mengikut jejak bekas rakan sepasukannya, Demba Ba dengan menjaringkan gol di dalam Liga Premier.
Tottenham
Harry Redknapp membayangkan minatnya terhadap Demba Ba bila mendedahkan bahawa penyerang Newcastle itu ada klausa perpindahan dalam kontraknya.
West Brom
Roy Hodgson semakin hampir berjaya mengambil pemain Dundee, Scott Allan dan mendakwa dia boleh menjadi urusniaga yang menarik untuk West Brom.
Wigan Athletic
Pertahanan Wigan, Patrick van Aanholt yang dipinjam daripada Chelsea telah kembali ke kelab induknya selepas membatalkan kontraknya di situ.
Wolverhampton
Middlesbrough, Crystal Palace, Nottingham Forest sedang memerhatikan situasi George Elokobi di Wolves dengan niat untuk mendapatkan khidmatnya.
No comments:
Post a Comment