Arsenal
Pengurus Arsenal, Arsene Wenger marah dengan persembahan pengadil, Lee Probert kerana mempengaruhi keputusan kekalahan pasukannya kepada Fulham.
Aston Villa
Pengurus Aston Villa, Alex McLeish amat kecewa mengenai kekalahan kepada Swansea kerana ia datang selepas kemenangan pasukannya di Chelsea.
Blackburn
Pengurus Blackburn, Steve Kean kecewa pasukannya gagal ambil kesempatan terhadap keputusan kelab lain, berikutan kekalahan mereka kepada Stoke.
Bolton
Andre Villas-Boas ramal rundingan Chelsea mendapatkan pemain Bolton, Gary Cahill akan mengambil masa, walaupun yurannya telah dipersetujui.
Chelsea
Pemain tengha, Frank Lampard mengaku dia bernasib baik tidak dibuang padang ketika menjaringkan gol kemenangan skuad Chelsea ke atas Wolves.
Everton
David Moyes dan Phil Neville mahu Everton meningkatkan prestasi dalam separuh kedua musim, seperti yang sering dilakukan beberapa tahun lalu.
Fulham
Pengurus Fulham, Martin Jol berpendapat bahawa pasukannya layak menewaskan Arsenal setelah menunjukkan aksi cemerlang pada babak yang kedua.
Liverpool
Pengurus Liverpool, Kenny Dalglish menegaskan bahawa mereka tidak gentar dengan pasukan mewah Man City dan berazam mahu membawa pulang mata.
Manchester City
Pengurus Man City, Roberto Mancini menegaskan bahawa dia perlukan kesemua pemainnya kerana mereka perlu bermain 5 perlawanan dalam masa 16 hari.
Manchester United
Manchester United akan membawa pulang Joshua King setelah kontrak peminjaman penyerang muda itu di Monchengladbach dibatalkan dengan lebih awal.
Newcastle United
Pemain sasaran Newcastle, Aly Cissokho menegaskan bahawa dia tidak menyesal gagal berpindah ke St James Park dan dia belum menerima tawaran.
Norwich City
Pengurus Norwich, Paul Lambert memuji Anthony Pilkington setelah dia membantu Canaries menang buat kali pertama dari lima perlawanan di QPR.
Queens Park Rangers
Neil Warnoch menuduh bahawa Bradley Johnson telah 'menipu' penjaga garisan, berikutan kad merah Joey Barton dalam kekalahan QPR kepada Norwich.
Stoke City
Pengurus, Tony Pulis memuji Peter Crouch berikutan kemenangan Stoke City di Blackburn dan dia juga gembira dengan sumbangan Jonathan Woodgate.
Sunderland
Sebastian Larsson gesa skuad Sunderland supaya tidak mensia-siakan kemenangan mereka ke atas Manchester City dengan tewas kepada Wigan pula.
Swansea City
Brendan Rodgers gembira Swansea telah menunjukkan persembahan cemerlang di Aston Villa untuk menang di tempat lawan buat kali yang pertama.
Tottenham
Emmanuel Adebayor mahu Tottenham mengukuhkan kedudukan mereka di 4 tempat teratas dengan memenangi semua perlawanan di tempat sendiri bulan ini.
West Brom
Roy Hodgson tiada niat membenarkan Graham Dorrans menyertai Rangers dan yakin Gers juga tidak mahu menjual Nikica Jelavic kepada West Brom.
Wigan Athletic
Pemain tengah Wigan, James McCarthy berharap Latics boleh memulakan 2012 dengan sempurna dengan menewaskan pasukan Sunderland di Stadium DW.
Wolverhampton
Mick McCarthy amat marah dan jelik setelah melihat Wolves cicirkan satu mata yang berada dalam genggaman di akhir perlawanan menentang Chelsea.
No comments:
Post a Comment