Athletic Bilbao
Penyerang Athletic Bilbao, Oscar de Marcos telah melanjutkan kontraknya di kelab itu sehingga 2016 dan menetapkan yurannya pada EUR32 juta.
Atletico Madrid
Juanfran Torres berkata pasukan Atletico puas hati dengan pengurus baru mereka dan berazam untuk menunjukkan reaksi bila mereka bertemu Malaga.
Barcelona
Barcelona mendahului Osasuna di dalam Copa setelah Cesc Fabregas dan Lionel Messi berjaya menjaringkan gol dalam pertemuan pertama mereka di Camp Nou.
Espanyol
Pengurus Espanyol, Mauricio Pochettino menegaskan bahawa perlawanan menentang Barcelona Ahad ini tidak akan mengubah rancangannya untuk Copa.
Getafe
Juan Valera beri amaran kepada Getafe supaya jangan leka dalam separuh kedua kempen ini, walaupun mencatatkan rekod yang baik di hujung 2011.
Granada
Direktor Granada, Juan Carlos Cordero sedang berunding dengan Fiorentina mengenai kemungkinan meminjam khidmat penyerang muda, Khoumar Babacar.
Levante
Pemain tengah Levante, Miguel Pallardo tidak bimbang mengenai keputusan negatif di Alcorcon dan yakin skuadnya boleh menang di tempat sendiri.
Malaga
Pengurus Malaga, Manuel Pellegrini marah selepas tewas dalam pertemuan pertama dengan Real Madrid yang telah menghukum setiap kesilapan mereka.
Osasuna
Barcelona mendahului Osasuna di dalam Copa setelah Cesc Fabregas dan Lionel Messi berjaya menjaringkan gol dalam pertemuan pertama mereka di Camp Nou.
Racing Santander
Juanjo Gonzalez mengaku Racing tewas kerana menunjukkan aksi lemah dalam babak pertama di Mirales, tetapi optimistik mengenai pertemuan kedua.
Rayo Vallecano
Pengurus Rayo Vallecano, Jose Ramon Sandoval bimbang mengenai kecergasan Daniel Pacheco yang mengadu sakit lutut ketika dia menjalani latihan.
Real Betis
Berita buruk untuk pengurus Real Betis, Pepe Mel kerana pemain pertahanan, Antonio Amaya tidak dapat beraksi selama sebulan kerana cedera kaki.
Real Madrid
Gonzalo Higuain berkata pasukannya berjaya bangun untuk menewaskan Malaga setelah pengurus, Jose Mourinho memarahi pasukannya pada waktu rehat.
Real Mallorca
Real Sociedad mendahului Mallorca dalam pertemuan pertama mereka dalam Copa del Rey setelah Aranburu dan Agirretxe berjaya menjaringkan gol.
Real Sociedad
Real Sociedad mendahului Mallorca dalam pertemuan pertama mereka dalam Copa del Rey setelah Aranburu dan Agirretxe berjaya menjaringkan gol.
Real Zaragoza
Pemain tengah Zaragoza, Leo Ponzio akan keluar menyertai River Plate setelah bersetuju menandatangani kontrak tiga setengah tahun di kelab itu.
Sevilla
Pengurus Sevilla, Marcelino Garcia Toral enggan bercakap mengenai urusniaga pemain kerana ia seperti mereka tidak menghormati pemain sedia ada.
Sporting Gijon
Miguel de las Cuevas tidak bimbang mengenai kedudukan Gijon di dalam zon bahaya, tetapi mengaku ia mula memberi kesan kepada semangat pasukan.
Valencia
Pengurus, Unai Emery berkata Valencia berazam untuk menjuarai Copa del Rey bagi memastikan mereka boleh sertai Liga Juara-juara musim hadapan.
Villarreal
Penyerang Villarreal, Nilmar menafikan khabar angin yang mengatakan dia mahu kembali ke Brazil pada bulan ini, berikutan isu kecergasannya.
No comments:
Post a Comment