Saturday, January 28, 2012

EPL

Arsenal
Arsene Wenger gemarkan Piala FA, tetapi menamatkan musim ini di empat tempat teratas liga adalah keutamaan Arsenal selagi dia berada di situ.

Aston Villa
Alex McLeish akan menunggu sehingga hujung musim ini sebelum membuat keputusan sama ada mahu melanjutkan kontrak Emile Heskey di Villa Park.

Blackburn
Pemilik Blackburn, Venky's enggan melepaskan Chris Samba pada bulan ini, jika tiada pihak yang sanggup membayar harga GBP12 juta untuknya.

Bolton
Owen Coyle memuji persembahan keseluruhan Darren Pratley setelah dia jaringkan gol pertamanya untuk Bolton tewaskan Swansea dalam Piala FA.

Chelsea
Pemain Chelsea, Ramires mungkin tidak dapat beraksi selama sebulan setelah mengalami kecederaan lutut ketika menewaskan QPR di dalam Piala FA.

Everton
Penyerang Everton, Landon Donovan percaya kemenangan ke atas Fulham di dalam Piala FA adalah petanda baik untuk baki kempen mereka musim ini.

Fulham
Juventus berharap dapat melengkapkan urusniaga membeli pemain Fulham, Pajtim Kasami sebagai sebahagian usaha mereka mengambil Radja Nainggolan.

Liverpool
Pengurus, Kenny Dalglish mengalukan komitmen, sikap dan keinginan pemain Liverpool berikutan kemenangan ke atas Man Utd di dalam Piala FA.

Manchester City
Carlo Ancelotti berharap PSG akan mendapat satu lagi peluang untuk cuba mengambil pemain Man City Carlos Tevez dalam jangka masa terdekat ini.

Manchester United
Sir Alex Ferguson hairan dengan kekalahan Man Utd kepada Liverpool di dalam Piala FA dan kecewa dengan cara pemainnya melepaskan gol mereka.

Newcastle United
Alan Pardew mengkritik pemain Newcastle kerana gagal mengancam Brighton yang berjaya menyingkirkan pasukannya daripada pertandingan Piala FA.

Norwich City
Paul Lambert memuji penjaga gol, Jed Steer setelah dia membantu Norwich mara ke peringkat ke-5 Piala FA berikutan kemenangan ke atas West Brom.

Queens Park Rangers
Pengurus Queens Park Rangers, Mark Hughes puas hati melihat pasukannya bekerja keras ketika bertahan dalam kekalahan Piala FA kepada Chelsea.

Stoke City
Tony Pulis tidak merungut walaupun kemenangan ke atas Derby di dalam Piala FA menambah jumlah perlawanan dalam jadual Stoke yang sudah padat.

Sunderland
Martin O'Neill mengaku dia berharap dapat membawa masuk penyerang baru sebelum pasaran ditutup berikutan kecederaan hidung Nicklas Bendtner.

Swansea City
Pengurus Swansea, Brendan Rodgers enggan menyalahkan penjaga gol, Gerhard Tremmel kerana menyebabkan mereka tewas kepada Bolton dalam Piala FA.

Tottenham
Harry Redknapp ramal tiada urusniaga yang akan dilakukan oleh Tottenham sehingga pasaran ditutup, walaupun banyak nama dikaitkan dengan Spurs.

West Brom
Pengurus West Brom, Roy Hodgson kecewa setelah melihat pasukannya tersingkir daripada Piala FA, tetapi dia enggan mengkritik Craig Dawson.

Wigan Athletic
Pengurus Wigan Athletic, Roberto Martinez akan meminjamkan Nouha Dicko kepada Blackpool supaya dia boleh mendapat pengalaman dalam skuad utama.

Wolverhampton
Pengurus Wolverhampton, Mick McCarthy dilaporkan berminat meminjam khidmat penyerang Newcastle United, Leon Best sehingga hujung musim ini.

No comments:

Post a Comment