Thursday, January 5, 2012

Serie A

AC Milan
Kia Joorabchian masih berunding dengan AC Milan mengenai perpindahan penyerang Manchester City, Carlos Tevez dan nafikan minat daripada Inter.

AS Roma
Masa depan David Pizarro di AS Roma semakin samar setelah pemain itu meninggalkan sesi latihan tanpa kebenaran daripada pengurus pasukannya.

Atalanta
German Denis tidak berminat untuk mengatasi jumlah gol penyerang Milan, Zlatan Ibrahimovic dan hanya mahu membantu Atalanta menang minggu ini.

Bologna
Bologna dilapor berminat untuk mendapatkan khidmat penyerang milik Juventus, Cristian Pasquato yang ketika ini dipinjamkan kepada kelab Lecce.

Cagliari
Cagliari mungkin sedang cuba mendapatkan dua orang penyerang pada bulan ini, setelah Emiliano Bonazzoli dilapor telah menjadi sasaran Rossoblu.

Catania
Penyerang Catania, Maxi Lopez dilapor telah menolak tawaran daripada kelab Inggeris, Fulham kerana dia mahu terus bermain di dalam Serie A.

Cesena
Pengurus Cesena, Daniele Arrigoni perlu menentang Udinese tanpa khidmat Dominique Malonga setelah penyerang itu mengalami kecederaan pada paha.

Chievo
Pengurus Chievo, Domenico Di Carlo berkata Thereau akan kekal di posisi playmaker kerana tekniknya boleh menjadi senjata tambahan bagi mereka.

Fiorentina
Gianni Munari mahu terus kekal bersama Fiorentina dan merebut tempat di dalam skuad, walaupun menjadi rebutan Bologna, Cesena dan Sampdoria.

Genoa
Presiden Genoa, Enrico Preziosi tidak menolak kemungkinan mengambil pemain Juventus, Frederik Sorensen, tetapi hanya melalui pertukaran pemain.

Inter Milan
Pemain tengah, Wesley Sneijder berkata dia mungkin kekal bersama Inter pada bulan ini, tetapi mengaku tiada yang mustahil di dalam pasaran.

Juventus
Juventus tewaskan Al-Hilal 7-1 dalam perlawanan persahabatan setelah Del Piero, Elia, Vidal, Chiellini, Pepe and Quagliarella menjaringkan gol.

Lazio
Lazio dilapor berharap dapat memujuk penyerang Bayern, Ivica Olic supaya berpindah ke Olimpico dengan menawarkannya gaji EUR2 juta semusim.

Lecce
Bologna dilapor berminat untuk mendapatkan khidmat penyerang milik Juventus, Cristian Pasquato yang ketika ini dipinjamkan kepada kelab Lecce.

Napoli
Presiden Palermo, Maurizio Zamparini mengaku jika boleh dia mahukan pemain Napoli, Walter Gargano, tetapi nafi akan bertindak pada bulan ini.

Novara
Novara telah mengikat kontrak dengan agen bebas, Daniel Jensen, setelah bekas pemain Werder Bremen itu menjalani ujian di Stadio Silvio Piola.

Palermo
Presiden Palermo, Maurizio Zamparini mengaku jika boleh dia mahukan pemain Napoli, Walter Gargano, tetapi nafi akan bertindak pada bulan ini.

Parma
Parma mengumumkan bahawa mereka telah memanggip Francesco Finocchio pulang daripada Cremonese, di mana dia hanya bermain muncul selama 14 minit.

Siena
Agen Mattia Destro tegaskan bahawa penyerang muda itu akan kekal bersama Siena hingga hujung musim ini dan Palermo tidak pernah menghubunginya.

Udinese
Udinese mengesahkan bahawa mereka telah berjaya meminjam khidmat pemain tengah, Gelson Fernandes selama enam bulan daripada kelab St Etienne.

No comments:

Post a Comment