Athletic Bilbao
Pengurus, Marcelo Bielsa berpuas hati seri dengan Getafe yang mencipta lebih banyak peluang, tetapi percaya Bilbao bermain dengan lebih baik.
Atletico Madrid
Atletico Madrid mungkin akan cuba mendapatkan Fernando Gago pada hujung musim ini, jika Roma tidak mahu gunakan keutamaan untuk membelinya.
Barcelona
Sir Alex Ferguson berpendapat bahawa Pep Guardiola sesuai terus kekal di Barcelona dan bukannya mengidamkan tempatnya di Manchester United.
Espanyol
Pengurus Espanyol, Mauricio Pochettino mahu masalah perkauman dihapuskan sepenuhnya, setelah Daniel Alves dijadikan sasaran ejekan 'monyet'.
Getafe
Pengurus Getafe, Luis Garcia gembira mengutip satu mata daripada pertemuan dengan Blbao, walaupun skuadnya telah mencipta lebih banyak peluang.
Granada
Granada bersetuju membeli 50 peratus kontrak Matias Campos Toro daripada kelab Chile, Audax Italiano setelah mereka berunding selama 48 jam.
Levante
Penjaga gol Levante, Keylor Navas akan mengharapkan rekod cemerlang mereka di tempat sendiri dalam usaha menyingkirkan Alcorcon daripada Copa.
Malaga
Pengurus Malaga, Manuel Pellegrini dilapor telah memberitahu Apono supaya mencari kelab baru, berikutan sikap buruknya pada hujung minggu lalu.
Osasuna
Osasuna berada di tempat ketujuh dalam carta Fairplay dengan 47 mata penalti setelah menerima 39 kad kuning dan 4 kad merah pada musim ini.
Racing Santander
Racing Santander berada di tempat ke-11 dalam carta Fairplay dengan 55 mata penalti setelah menerima 51 kad kuning dan 2 kad merah musim ini.
Rayo Vallecano
Jose Ramon Sandoval berkata kemenangan ke atas Sevilla membuktikan bahawa Rayo berada di atas landasan yang betul dan pemain mereka komitmen.
Real Betis
Selepas menewaskan Sporting Gijon, pengurus Real Betis, Pepe Mel berkata pasukannya kini berasa teruja mengenai kunjungan mereka ke Camp Nou.
Real Madrid
Pengurus Real Madrid, Jose Mourinho ramal penyerang, Karim Benzema boleh turun dalam perlawanan menentang Malaga di dalam Copa del Rey nanti.
Real Mallorca
Pengurus Mallorca, Joaquin Caparros menegaskan bahawa sejarah Copa membuktikan bahawa adalah tidak mustahil untuk mengatasi defisit dua gol.
Real Sociedad
Pengurus Sociedad, Philippe Montanier akan berasa amat kecewa sekiranya pasukannya gagal melayakkan diri ke peringkat suku akhir Copa del Rey.
Real Zaragoza
Agen Matteo Contini menegaskan bahawa Atalanta perlu berbincang dengan Real Zaragoza, jika mereka serius mahu mendapatkan khidmat pemain itu.
Sevilla
Juventus sudah hampir berjaya melengkapkan urusniaga untuk pemain Sevilla, Martin Caceres dan mungkin boleh mengambilnya hujung minggu ini.
Sporting Gijon
Pertahanan Sporting Gijon, Ivan Hernandez berkata gol pembukaan dan kad merah Sergio Ramos telah mempengaruhi keputusan pertemuan dengan Betis.
Valencia
Pemain tengah, Sofiane Feghouli mengumumkan bahawa Valencia yakin mereka boleh mengekalkan kelebihan gol ke atas Sevilla di dalam Copa del Rey.
Villarreal
Pertahanan Villareal, Joan Oriol percaya pasukannya telah membuktikan bahawa mempunyai sikap yang diperlukan untuk keluar daripada zon bahaya.
No comments:
Post a Comment