AC Milan
Milan telah melengkapkan urusniaga untuk meminjam khidmat penyerang Catania, Maxi Lopez dengan pilihan untuk membelinya pada hujung musim ini.
AS Roma
Daniele De Rossi mungkin terima kontrak 5 tahun di Roma dengan gaji EUR6 juta setahun, sementara yurannya akan ditetapkan pada EUR15 juta.
Atalanta
Atalanta tidak mahu tewas buat kali keempat berturut-turut bila mereka menentang Cesena yang mahu menang di tempat sendiri buat kali ketiga.
Bologna
Bologna mahu mengutip mata buat kali keempat berturut-turut bila mereka menentang Roma yang hanya dua kali tewas di tempat sendiri musim ini.
Cagliari
Cagliari mahu mengutip mata buat kali keempat berturut-turut bila mereka menentang Milan yang hanya sekali tewas di tempat sendiri musim ini.
Catania
Milan telah melengkapkan urusniaga untuk meminjam khidmat penyerang Catania, Maxi Lopez dengan pilihan untuk membelinya pada hujung musim ini.
Cesena
Cesena tidak mahu tewas buat kali keempat berturut-turut bila mereka menentang Atalanta, yang mahu menang di tempat lawan buat kali ketiga.
Chievo
Penyerang Chievo, Davide Moscardelli masih belum bersetuju berpindah ke Novara dalam urusniaga yang melibatkan perpindahan Takayuki Morimoto.
Fiorentina
Fiorentina mahu menang buat kali kali kedua dari lima perlawanan bila menentang Siena yang tidak mahu tewas buat kali kelima di tempat lawan.
Genoa
Genoa dilapor telah meningkatkan usaha untuk mendapatkan khidmat pemain tengah Juventus, Michele Pazienza yang juga menjadi sasaran Udinese.
Inter Milan
Agen Thiago Motta memberitahu Inter supaya menjual pemain itu kepada Paris St-Germain jika mereka tidak menganggapnya sebagai pemain penting.
Juventus
Pengurus Juventus, Antonio Conte bimbang mengenai skuadnya yang dilanda kecederaan menjelang perlawanan menentang Udinese yang bernilai 6 mata.
Lazio
Pemain pertahanan Lazio, Andre Diaz digantung tiga perlawanan Coppa Italia setelah menumbuk pemain Milan, Mark Van Bommel pada babak kedua.
Lecce
Lecce tidak mahu tewas buat kali ketiga dalam lima perlawanan bila menentang Inter Milan yang mahu menang di tempat lawan buat kali keenam.
Napoli
Pengurus Napoli, Walter Mazzarri akan terlepas kedua-dua pertemuan dengan Chelsea setelah dia digantung dua perlawanan dan didenda EUR3,000.
Novara
Penyerang Chievo, Davide Moscardelli masih belum bersetuju berpindah ke Novara dalam urusniaga yang melibatkan perpindahan Takayuki Morimoto.
Palermo
Palermo telah meminjamkan pemain pertahanan, Mauro Cetto kepada kelab Perancis, Lille tanpa pilihan untuk membelinya hujung pada musim ini.
Parma
Luca Toni kini dikaitkan dengan perpindahan ke Dubai setelah Parma menegaskan yang mereka tidak pernah mengadakan rundingan dengan Juventus.
Siena
Siena mahu mengutip mata buat kali kedua berturut-turut bila mereka menentang skuad Fiorentina yang hanya tewas dua kali di tempat sendiri.
Udinese
Udinese perlu bekerja keras untuk mendapatkan Michele Pazienza daripada Juventus setelah Genoa dilapor telah mula mengorak langkah merebutnya.
No comments:
Post a Comment