AC Milan
PSG dilapor telah menyediakan EUR61 juta untuk menyatukan semula Carlo Ancelotti dengan pemain AC Milan, Pato dan Kaka daripada Real Madrid.
AS Roma
Direktor AS Roma dilapor telah menjadikan pemain tengah remaja Pescara, Marco Veratti sebagai objektif pertama mereka di dalam bulan Januari.
Atalanta
Pemain Atalanta, Ezequiel Schelotto jangka pasukannya akan menghadapi kesukaran menentang Milan, tetapi mereka tidak gentar dengan Rossoneri.
Bologna
Torino dilapor mahu merosakan rancangan perpindahan Andrea Mantovani ke Bologna dengan meyakinkannya supaya turun bermain di dalam Serie B.
Cagliari
Penyerang Cagliari, Victor Ibarbo mahu membuktikan yang dia layak menerima perhatian sebelum dia mempertimbangkan perpindahan ke kelab besar.
Catania
CEO Catania, Pietro Lo Monaco mendakwa bahawa kelab Serie A itu telah menerima tawaran daripada Fulham untuk penyerang Argentina, Maxi Lopez.
Cesena
Cesena dilapor akan menghubungi Fiorentina untuk bertanyakan sama ada mereka berpeluang mengambil pemain tengah, Gianni Munari pada bulan ini.
Chievo
Chievo dilapor akan mengalihkan perhatian mereka kepada pemain milik Genoa, Riccardo Meggiorini bila kontrak peminjamannya di Novara tamat.
Fiorentina
Cesena dilapor akan menghubungi Fiorentina untuk bertanyakan sama ada mereka berpeluang mengambil pemain tengah, Gianni Munari pada bulan ini.
Genoa
Pengurus, Delio Rossi berkata dia tidak menghalang Fiorentina daripada menjual Alberto Gilardino kerana penyerang itu mahu menyertai Genoa.
Inter Milan
Pemain tengah Serbia, Dejan Stankovic mungkin akan berpindah ke Major League Soccer sebelum kontraknya di Inter tamat pada musim panas 2014.
Juventus
Pengurus Juventus, Antonio Conte mempertahankan keputusan kelab itu mengambil Marco Borriello dan bandingkan ketibaannya kepada Andrea Pirlo.
Lazio
Lazio dilapor akan bersaing dengan Palermo untuk mendapatkan penyerang Catania, Maxi Lopez yang telah mereka ikuti sejak dia berada di Gremio.
Lecce
Direktor sukan Lecce, Carlo Osti menafikan dakwaan bahawa mereka akan menukarkan penjaga gol, Julio Sergio dengan Gianluca Curci pada bulan ini.
Napoli
Presiden Napoli, Aurelio De Laurentiis mengumumkan bahawa kelab itu telah melanjutkan kontrak pemain sayap, Christian Maggio sehingga Jun 2015.
Novara
Chievo dilapor akan mengalihkan perhatian mereka kepada pemain milik Genoa, Riccardo Meggiorini bila kontrak peminjamannya di Novara tamat.
Palermo
Palermo terima ketibaan penyerang, Agon Mehmeti dan pemain tengah, Franco Vazquez yang kedua-duanya telah menandatangani kontrak sehingga 2016.
Parma
Penyerang Parma, Tommaso Rocchi berkata dia tidak bimbang mengenai pasaran musim sejuk kerana dia tahu kelab itu mahu dia terus kekal di situ.
Siena
Agen Massimo Maccarono berkata penyerang veteran itu mahu kembali ke Siena bulan ini, tetapi pihak kelab itu masih belum menghubungi Sampdoria.
Udinese
Agen Michele Pazienza mengesahkan minat Udinese untuk mendapatkan pemain itu, tetapi dia tidak akan keluar daripada Juventus pada bulan Januari.
No comments:
Post a Comment