Sunday, January 1, 2012

Serie A

AC Milan
Pemain pertahanan Milan, Thiago Silva adalah pemain Brazil di Eropah yang terbaik tahun lalu, setelah berjaya mengatasi Dani Alves dan Hulk.

AS Roma
Agen Gianluca Curci mengalukan minat daripada Catania untuk penjaga gol Roma itu, tetapi mengaku Rossazzurri belum membuat sebarang tawaran.

Atalanta
Maxi Moralez adalah penjaring gol kedua terbanyak untuk Atalanta dengan 4 gol setelah membuat 20 cubaan dalam 15 kemunculannya pada musim ini.

Bologna
Bologna dilapor akan membawa masuk pemain milik Torino, Matteo Rubin yang menghabiskan separuh pertama musim ini sebagai pemain pinjaman Parma.

Cagliari
Cagliari dilapor berharap dapat menggunakan hubungan baik dengan kelab Juve Stabia untuk mendapatkan khidmat pemain tengah, Riccardo Cazzola.

Catania
Catania dilapor telah beberapa kali menolak permintaan Genoa untuk membuka rundingan bagi mendapatkan khidmat Francesco Lodi pada bulan ini.

Cesena
Cesena dilapor telah berjaya mengatasi kelab lain untuk meminjam khidmat penyerang Lazio, Libor Kozak dengan pilihan untuk membelinya kemudian.

Chievo
Direktor sukan Chievo, Giovanni Sartori mengaku impiannya adalah untuk mengambil pemain AS Roma, Simone Perotta yang sesuai untuk pasukannya.

Fiorentina
Fiorentina akan bersaing dengan Parma untuk mendapatkan khidmat pemain Juventus, Fabio Grosso yang akan tamat kontrak pada hujung musim ini.

Genoa
Catania dilapor telah beberapa kali menolak permintaan Genoa untuk membuka rundingan bagi mendapatkan khidmat Francesco Lodi pada bulan ini.

Inter Milan
Jefferson Farfan sedang berusaha untuk menyertai Inter Milan, tetapi pihak Nerazzurri belum yakin dan akan ambil masa untuk membuat keputusan.

Juventus
Juventus mungkin perlu bersaing dengan Arsenal dan Real Madrid untuk mendapatkan pemain CSKA Moscow, Alan Dzagoev yang bernilai EUR15 juta.

Lazio
Cesena dilapor telah berjaya mengatasi kelab lain untuk meminjam khidmat penyerang Lazio, Libor Kozak dengan pilihan untuk membelinya kemudian.

Lecce
Tottenham dilapor telah menunjukkan minat terhadap pemain tengah Lecce, Djamel Mesbah yang juga menjadi sasaran kelab Bundesliga, Freiburg.

Napoli
Berita buruk untuk Napoli kerana penyerang Malaga, Jose Salomon Rondon mahu kekal bersama kelab Sepanyol itu sehingga akhir kempen musim ini.

Novara
Penyerang Napoli, Giuseppe Mascara telah meminta lebih banyak masa untuk pertimbangkan sama ada dia mahu mengikut Leandro Rinaudo ke Novara.

Palermo
Persembahan baik Herctor Moreno untuk Espanyol dilapor telah menarik perhatian kelab Serie A, Palermo yang sedang mencari pemain pertahanan.

Parma
Parma akan bersaing dengan Fiorentina untuk mendapatkan khidmat pemain Juventus, Fabio Grosso yang akan tamat kontrak pada hujung musim ini.

Siena
Siena dilapor akan bersaing dengan Parma, Novara, Bologna serta Cesena untuk mendapatkan khidmat Luc Castaignos daripada kelab Inter Milan.

Udinese
Udinese dilapor telah berjaya mengatasi saingan kelab lain untuk mendapatkan khidmat Gelson Fernandes yang ketika ini dimiliki oleh St Etienne.

No comments:

Post a Comment