Arsenal
Thierry Henry percaya Arsenal akan melihat pemain yang berbeza bila dia muncul bersama Gunners dalam perlawanan Piala FA menentang Leeds nanti.
Aston Villa
Alex McLeishwas puas hati dengan cara Aston Villa mengawal perlawanan, berikutan kemenangan ke atas Bristol Rovers untuk mara di dalam Piala FA.
Blackburn
Steve Kean percaya Blackburn sepatutnya masih kekal di dalam Piala FA, berikutan aksi babak pertama mereka ketika menentang skuad Newcastle.
Bolton
Pengurus, Owen Coyle mengaku Mcclesfield layak diberi satu lagi peluang dalam Piala FA, tetapi percaya Bolton sepatutnya boleh menang mudah.
Chelsea
Chelsea dilapor bakal mengambil Kenneth Omeruo daripada Standard Liege pada bulan ini, kemudian akan terus meminjamkannya kepada ADO Den Haag.
Everton
Pengurus Everton, David Moyes memuji Tamworth setelah mereka berjaya memaksa pasukannya bekerja keras untuk mara ke peringkat keempat Piala FA.
Fulham
Pengurus Fulham, Martin Jol melabelkan Piala FA sebagai pertandingan yang terbaik di dunia, setelah melihat pasukannya menewaskan Charlton.
Liverpool
Liverpool dan pihak Polis Merseyside sedang menyiasat dakwaan bahawa pemain kelab Oldham, Tom Adeyemi telah menjadi sasaran cemuhan perkauman.
Manchester City
Adriano Galliani mengesahkan yang Carlos Tevez bersetuju dengan tawaran AC Milan, dan kini hanya menantikan berita daripada Manchester City.
Manchester United
Laporan mendakwa bahawa Paul Scholes sanggup keluar daripada persaraannya sehingga hujung musim ini bagi melegakan krisis kecederaan Man Utd.
Newcastle United
Pengurus, Alan Pardew berkata kemenangan Piala FA ke atas Blackburn membuktikan Newcastle boleh bermain tanpa beberapa bintang utama mereka.
Norwich City
Pengurus, Paul Lambert gembira melihat pemain Norwich mendominasi perlawanan menentang pasukan Burnley dan mara ke peringkat keempat Piala FA.
Queens Park Rangers
Pengurus QPR, Neil Warnock percaya kebangkitan semula pasukannya ketika menentang MK Dons boleh menjadi titik perubahan pada kempen mereka.
Stoke City
Tony Pulis gembira melihat Stoke berjaya mengelakkan kejutan di dalam Piala FA, setelah mengejar dari belakang untuk menewaskan Gillingham.
Sunderland
Pengurus, Martin O'Neill mengaku tidak mahu menjual pemainnya, walaupun laporan mengatakan Stephane Sessegnon dan Kieran Richardson akan keluar.
Swansea City
Jurulatih, Colin Pascoe memuji pasukan Barnsley setelah skuad Swansea dipaksa bekerja keras untuk mara ke peringkat keempat Piala FA di Oakwell.
Tottenham
Harry Redknapp masih ramalkan yang Giovani Dos Santos akan keluar dari Tottenham, walaupun dia menjaringkan gol yang menewaskan Cheltenham.
West Brom
Roy Hodgson nafikan laporan yang mengatakan Simon Cox akan keluar dari West Brom, setelah melihat dia jaringkan hatrik untuk tewaskan Cardiff.
Wigan Athletic
Pengurus Wigan Athletic, Roberto Martinez memuji reaksi dan semangat juang Swindon yang menyaksikan mereka menewaskan Latics di dalam Piala FA.
Wolverhampton
Kelab Wolverhampton dan Birmingham perlu bertemu sekali lagi di dalam Piala FA pada minggu hadapan, setelah hanya mampu seri di St Andrew's.
No comments:
Post a Comment