Thursday, January 26, 2012

Serie A

AC Milan
Milan mara ke separuh akhir Coppa setelah Robinho, Seedorf dan Ibrahimovic jaringkan gol untuk menyingkirkan Lazio daripada pertandingan itu.

AS Roma
Marquinho dilapor telah tiba di Roma untuk melengkapkan perpindahannya daripada Fluminense, berikutan persetujuan yang dicapai dua minggu lalu.

Atalanta
Pemain Atalanta, Fabio Caserta telah menolak tawaran daripada Nocerina, Gubbio dan Juve Stabia kerana masih berharap dapat kembali ke Cesena.

Bologna
Agen Gaby Mudingayi nafikan yang Lazio telah membuat tawaran dan percaya pemain tengah itu akan kekal di Bologna sehingga hujung musim ini.

Cagliari
Presiden Cagliari, Massimo Cellino masih berminat mendapatkan penyerang Juventus, Luca Toni walaupun setelah membawa masuk Mauricio Pinilla.

Catania
Naib presiden, Adriano Galliani berkata Jumaat ini mereka akan mengetahui sama ada Maxi Lopez akan berpindah ke Milan atau kekal di Catania.

Cesena
Masa depan Antonio Candreva masih lagi samar kerana kelab Cesena dilaporkan hanya berminat untuk menjual pemain tengah itu pada bulan ini.

Chievo
Padova mengumumkan bahawa pemain tengah Chievo, Simone Bentivoglio telah dipinjamkan kepada kelab itu dengan pilihan untuk membelinya nanti.

Fiorentina
Agen Kevin Constant menafikan sebarang pengetahuan mengenai rundingan di antara Genoa dan Fiorentina mengenai masa depan pemain tengah itu.

Genoa
Udinese dan Genoa dilapor berminat untuk mendapatkan pemain tengah Valenciennes, Carlos Sanchez yang akan tamat kontrak pada hujung musim ini.

Inter Milan
Cristian Chivu menegaskan yang dia akan kekal di Inter Milan dan agennya akan memulakan rundingan melanjutkan kontraknya pada bulan depan.

Juventus
Pemain pertahanan Uruguay, Martin Caceres mengaku dia tidak sangka akan dapat kembali ke Juventus selepas meninggalkan kelab itu pada 2010.

Lazio
Milan mara ke separuh akhir Coppa setelah Robinho, Seedorf dan Ibrahimovic jaringkan gol untuk menyingkirkan Lazio daripada pertandingan itu.

Lecce
Direktor Lecce, Carlo Osti mengaku urusniaga untuk penyerang Xamax, Haris Seferovic selesai dengan cepat dan dia akan mula berlatih hari ini.

Napoli
Chelsea dilapor mungkin mengalihkan perhatian kepada penyerang Napoli, Edinson Cavani kerana tidak sanggup membayar EUR100 juta untuk Hulk.

Novara
Direktor sukan Novara, Mauro Pederzoli menafikan yang pertahanan Internacional, Juan Jesus akan tiba kerana mereka gagal mencapai persetujuan.

Palermo
Maurizio Zamparini berkata dia meminjamkan Mauricio Pinilla kepada Cagliari kerana pemain itu sudah tiada semangat untuk bermain di Palermo.

Parma
Pemain tengah, McDonald Mariga dilapor akan bermain kali terakhir untuk Real Sociedad pada hujung minggu ini sebelum berpindah menyertai Parma.

Siena
Naib presiden Siena, Valentina Mezzaroma berharap mereka akan terus mara dalam Coppa Italia serta berjaya mengambil Pippo Inzaghi dari Milan.

Udinese
Udinese dan Genoa dilapor berminat untuk mendapatkan pemain tengah Valenciennes, Carlos Sanchez yang akan tamat kontrak pada hujung musim ini.

No comments:

Post a Comment