AC Milan
Adriano Galliani menegaskan bahawa AC Milan hanya akan mengambil penyerang Catania, Maxi Lopez jika Carlos Tevez tidak berpindah ke San Siro.
AS Roma
Pablo Osvaldo anggap Francesco Totti sebagai pemain Itali terbaik dalam sejarah, setelah dia menjadi penjaring gol terbanyak dalam satu kelab.
Atalanta
Internacional dilapor telah mengenalpasti Maxi Moralez daripada Atalanta sebagai pengganti jika Andres D'Alessandro keluar dari kelab mereka.
Bologna
Pertahanan Bologna, Andrea Raggi percaya mereka sedang menuju ke arah yang betul dan agak malang gagal jaringkan gol ketika menentang Parma.
Cagliari
Cagliari dilapor mungkin akan cuba mendapatkan penyerang Udinese, Antonio Floro Flores yang berada di bangku simpanan ketika menentang Catania.
Catania
Adriano Galliani menegaskan bahawa AC Milan hanya akan mengambil penyerang Catania, Maxi Lopez jika Carlos Tevez tidak berpindah ke San Siro.
Cesena
Presiden Cesena, Igor Campedelli mengesahkan yang Eder akan ke Sampdoria kerana penyerang itu tidak lagi sesuai dengan sistem baru di kelabnya.
Chievo
Mimmo Di Carlo berkata Chievo menunjukkan semangat yang betul dalam separuh perlawanan menentang Lecce, tetapi percaya mereka semakin bagus.
Fiorentina
Pengurus Itali, Cesare Prandelli memuji urusniaga Fiorentina mengambil penyerang Juventus, Amauri yang akan menjalani ujian kesihatan hari ini.
Genoa
Presiden Genoa, Enrico Preziosi mengaku berminat untuk mengambil penyerang Fiorentina, Alessio Cerci, tetapi rundingan masih di peringkat awal.
Inter Milan
Laporan daripada Perancis mengatakan bahawa Inter Milan telah tolak tawaran bernilai EUR8 juta daripada Paris Saint-Germain untuk Thiago Motta.
Juventus
Juventus dilapor bakal melengkapkan perpindahan Fredy Guarin setelah FC Porto dilapor bersetuju menurunkan harganya kepada EUR11 juta sahaja.
Lazio
Pengurus, Edy Reja percaya Lazio sepatutnya menang ke atas Inter kerana mereka telah mencipta lebih banyak peluang berbanding skuad Nerazzurri.
Lecce
Pengurus, Serse Cosmi memuji Lecce kerana menunjukkan keazaman ketika menentang Chievo dan percaya ia adalah petanda baik untuk baki musim ini.
Napoli
Pengurus, Walter Mazzarri mengaku Napoli membuat terlalu banyak kesilapan di hadapan gol Siena ada kerana ramai pemain muda dalam skuadnya.
Novara
Penolong pengurus Inter, Beppe Baresi mengesahkan yang mereka mahu meminjamkan pemain baru, Juan Jesus kepada Novara sehingga musim ini tamat.
Palermo
Torino mengumumkan bahawa mereka telah berjaya meminjam khidmat penjaga gol kelab Palermo, Francesco Benussi sehingga kempen musim ini tamat.
Parma
Presiden Parma, Tommaso Ghirardi membayangkan bahawa mungkin ada beberapa pemain baru akan tiba di kelab itu sebelum pasaran ditutup bulan ini.
Siena
Pengurus Siena, Giuseppe Sannino gembira melihat pasukannya bermain dengan bijak ketika menentang Napoli dan menjarakkan diri dari pesaing.
Udinese
Cagliari dilapor mungkin akan cuba mendapatkan penyerang Udinese, Antonio Floro Flores yang berada di bangku simpanan ketika menentang Catania.
No comments:
Post a Comment