Athletic Bilbao
Ander Herrera gesa pemain pasukan Bilbao supaya menyumbangkan gol dan bukannya meletakkan segala tanggungjawab itu ke atas bahu Gaizka Toquero.
Atletico Madrid
Sevilla mengesahkan bahawa pemain Atletico Madrid, Jose Antonio Reyes telah bersetuju mengikat kontrak tiga tahun setengah di Sanchez Pizjuan.
Barcelona
Lionel Messi nafi bahawa dia demam sebelum perlawanan Copa menentang Osasuna, tetapi menegaskan bahawa dia tidak sihat di pagi perlawanan itu.
Espanyol
Sergio Garcia jaringkan gol di tempat lawan bagi Espanyol mengekori Cordoba dalam pertemuan pertama di dalam Copa del Rey di Nuevo Arcangel.
Getafe
Pertahanan Getafe, Juan Valera berkata perlawanan menentang Bilbao adalah penting kerana kemenangan akan mengurangkan tekanan pada pasukannya.
Granada
Pengurus, Fabri Gonzalez mengingatkan Granada supaya menikmati perlawanan menentang salah satu pasukan terbaik di dunia pada hujung minggu ini.
Levante
Pengurus Levante, Juan Ignacio berkata dia tidak meminta pemain baru, walaupun kehilangan anggota kerana kecederaan dan Piala Negara Afrika.
Malaga
Martin Demichelis berkata Malaga telah membuktikan yang mereka mampu bersaing, dan berharap dapat menonjolkan keyakinan diri pada minggu ini.
Osasuna
Pengurus Osasuna, Mendilibar geram dengan sikap Barcelona sebelum pertemuan mereka dan tidak yakin skuadnya mampu mara di dalam Copa del Rey.
Racing Santander
Pengurus Racing, Juanjo Gonzalez yakin pasukannya akan menunjukkan imej yang berbeza pada hari Sabtu ini berbanding aksi mereka di dalam Copa.
Rayo Vallecano
Pengurus Rayo, Jose Ramon Sandoval berkata dia tidak akan menghalang Pedro Botelho daripada keluar kerana dia hanya mahukan pemain yang komited.
Real Betis
Real Betis dilapor telah mengenalpasti pemain Girondins, Mikael Ciani sebagai calon sasaran, tetapi syarat wajib beli menjadi batu penghalang.
Real Madrid
Berita baik untuk pengurus Real Madrid, Jose Mourinho kerana Sergio Ramos telah pulih sepenuhnya dan boleh turun menentang pasukan Granada.
Real Mallorca
Pengurus Real Mallorca, Joaquin Caparros marah dengan sikap pemainnya ketika tewas dalam Copa di Anoeta, dan anggap ia sebagai aksi yang teruk.
Real Sociedad
Pengurus Real Sociedad, Philippe Montanier gembira dengan sikap pemainnya dan kejayaan mereka menghalang Mallorca daripada menjaringkan gol.
Real Zaragoza
Penjaga gol Real Zaragoza, Roberto percaya kemenangan ke atas Racing akan membantu mereka kembali bersaing dan kembali dihormati pihak lawan.
Sevilla
Valencia mendahului Sevilla di dalam pertemuan pertama Copa del Rey setelah Jonas menjaringkan gol tunggal perlawanan selepas setengah jam.
Sporting Gijon
Penyerang Sporting Gijon, Oscar Trejo mendakwa bahawa Emiliano Armenteros mahu berpindah ke El Molinon sekiranya dia keluar daripada Sevilla.
Valencia
Valencia mendahului Sevilla di dalam pertemuan pertama Copa del Rey setelah Jonas menjaringkan gol tunggal perlawanan selepas setengah jam.
Villarreal
Pemain tengah skuad China, Feng Renliang akan menghabiskan masa menjalani ujian di Villarreal dengan harapan untuk mendapatkan kontrak di situ.
No comments:
Post a Comment